Thursday, September 30, 2010

HILANGNYA SEBUTIR MUTIARA

Jam 1.30 pg hari ini, Khamis 30/09/2010, seorang ulamak terkemuka negeri Perak Tuan Guru Dato' Paduka Hj Abdul Latif Abd Rahman yg lebih dikenali dg nama Pak Teh pondok Kroh (Pengkalan Hulu) telah kembali menemui Allah. Berita ini amat mengejutkan ramai apatah lagi bagi murid-murid almarhum, kerana Pak Teh kelihatan sihat semasa menyampaikan kuliah Isya' di madrasah pondoknya. Menurut cerita beberapa muridnya, kuliah Isya' Pak Teh malam tadi amat berbeza dari yg biasa. Ianya lebih panjang dari kuliah Isya' biasa dan menghurai hadis tentang kematian yang berlaku di kalangan keluarga Ummu Salamah dan ucapan ta'ziyah ( لله ما أعطى وله ما أخذ) yg diajar oleh baginda dalam hadis seorang dari puteri baginda yg mengadu anak kecilnya tenat dan mengharapkan baginda segera datang menjenguknya. Begitulah antara kelainan yg berlaku dalam kuliah terakhir beliau yg dikatakan cukup bertenaga. Dan suatu hal yg agak pelik tapi benar ialah bahawa kewafatan Pak Teh bertepatan dg tarikh lahir beliau ke 74. Dewan Ulamak Perak sesungguhnya merasa kehilangan yg mengejutkan walaupun redha dg ketetapan Allah S.W.T kerana almarhum adalah tenaga pengajar utama dalam program Tafaqquh fi-adDin sejak ianya dilancarkan 2002 di Musalla Ehsan Paya Ranggam, Pdg Rengas. Justeru Dewan Ulama' merakamkan ucapan ta'ziah kepada Mak Teh sekeluarga diatas kehilangan besar seorang tokoh ilmuan Islam seperti Almarhum Pak Teh ini. Semoga Allah mencucuri rahmatNya keatas ruh Pak Teh dan menempatkan beliau di tempat yg tertinggi dalam syurgaNya. Amin ya Rabbal 'Alamin!

Tuesday, September 21, 2010

Aku, Lim, Islam & Hidayah... kisah yang perlu dibaca

Dari Jeram Pasu: Isnin, 6hb. September, 2010 - 10:11 am

Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak bernama Lim Wei Choon. Sama-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah. Selepas SPM, aku masuk ke Tingkatan 6 manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama. 

Setiap kali hari raya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumahku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali untuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim. Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku. Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance', semuanya kami kongsi bersama-sama. 

Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami. 20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari kakaknya. Hubungan aku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. maklumlah, di zaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan. 

Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar, kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya. "He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago... Subhanallah! Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku. 

Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan... Assalamu'alaikum... Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang. Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah. 'Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang ma" 

Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku. Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual. beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan. 

Talha, kau kawan baik aku kan? betul tak? Memanglah... Kenapa kau tanya macam tu? Kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa? Sorry Lim. Aku tak faham... diseksa? What do you mean? Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house. Tapi, mengapakah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni? Dan mengapa aku di Islamkan oleh seorang bekas paderi kristian? 

Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata. Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka? Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk Islam hingga aku mati. Aku akan dakwa semua orang Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain. Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah dengan melahirkan kau didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku. 

Aku masih tunduk dan terkedu tak terkata apa-apa kerana sangat malu. Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah. Tetapi apa yang aku lihat, orang Melayu ni tidak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa Melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah? Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal... sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah. 

Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir. Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar. 

Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telah dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu. Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru. Aku ingin berdakwah! Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih dari 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku Islam tulen?) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serius tentang kebenaran Islam? Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam. 

TPU - Untuk perkongsian sebagai teladan... terima kasih pada sumber (tiki md )

أهِمية القرآن في حياة الانسان

للقرآن الكريم فضل عظيم فالماهر به مع السفرة الكرام البررة والذي يقرأه بمشقة له أجران وهو يشفع لصاحبه يوم القيامة كما أن سوره لها فضائل عظام منها:

(1- سورة الفاتحة فهي أعظم سورة في القرآن وهي" السبع المثاني والقرآن العظيم"كما قال الرسول صلى الله عليه وسلم. وتسمى بسورة الحمد ويقرأ في الرقية و الشفاء وهي الواقية والكافية وهي أم القرآن وسميت بذلك لأنها أصل القرآن وقيل لأنها تتقدم القرآن.

عن ابن عباس رضي الله عنهما قال :بينما جبريل قاعد عند النبي صلى الله عليه و سلم سمع نقيضا من فوقه فرفع رأسه.فقال :"هذا باب من السماء فتح اليوم. فنزل منه ملك. فقال:هذا ملك نزل الى الأرض لم ينزل قط الا اليوم. فسلم وقال :أبشر بنورين اوتيتهما لم يؤتهما نبي قبلك فاتحة الكتاب وخواتيم سورة البقرة لن تقرأ بحرف منهما الا أعطيته."(صحيح رواه مسلم وغيره(

(2-سورة البقرة :عن أبي أمامة رضي الله عنه قال :قال النبي صلى الله عليه وسلم:"اقرؤوا البقرة فان أخذها بركة وتركها حسرة ولا يستطعيها البطلة -أي السحرة -".(صحيح رواه مسلم(

(3- آية الكرسي:هي أعظم آية في القرآن وقد قال عنها الرسول صلى الله عليه وسلم:"من قرأ آية الكرسي دبر كل صلاة مكتوبة لم يحل بينه وبين دخول الجنة الا الموت".(حسن رواه ابن حبان(

(4-آخر آيتين في سورة البقرة:قال الرسول صلى الله عليه وسلم:"الآيتان من آخر سورة البقرة من قرأ بهما في ليلة كفتاه ."(صحيح متفق عليه(

و"كفتاه "أي كفتاه في الايمان لما اشتملت عليه من الايمان بالله والملائكة والكتب والرسل وغير ذلك.وقيل كفتاه شر الشيطان.وقيل كفتاه بثوابهما عن طلب شيء آخر.

(5- سورة آل عمران:روى أبو أمامة رضي الله عنه أن رسول الله صلىالله عليه وسلم قال: "اقرؤوا القرآن فانه يأتي شافعا لأصحابه اقرؤوا الزهراوين :البقرة وآل عمران فانهما يأتيان يوم القيامة كأنهما غمامتان تحاجان عن صاحبهما"(رواه مسلم(

(6-الاية الثالثة من سورة المائدة :قال يهودي لعمر ابن الخطاب رضي الله عنه :"يا أمير المؤمنين آية في كتابكم تقرؤونها لو علينا معشر اليهود نزلت هذه الآية لاتخذنا ذلك اليوم عيدا.قال عمر :أية آية؟ قال اليهودي: (.......اليوم أكملت لكم دينكم.....) فقال عمر :فد علمت اليوم الذي أنزلت ليلة الجمعة ونحن مع رسول الله صلى الله عليه وسلم بعرفات.(متفق عليهِ)

(7-سورة الكهف:حفظ اللآيات الأولى منها عصمة من الدجال .وقد قال عنها الرسول صلى الله عليه وسلم :"من قرأ سورة الكهف يوم الجمعة أضاء له النور ما بين الجمعتين "

8-) سورة الفتح:قال عنها الرسول صلى الله عليه وسلم :"لقد أنزلت علي الليلة سورة لهي أحب الي مما طلعت عليه الشمس ثم قرأ (انا فتحنا لك فتحا مبينا(

(9-سورتي السجدة والانسان:عن أبي هريرة رضي الله عنه قال :"كان النبي صلى الله عليه وسلم يقرأفي الجمعة في صلاة الفجر (الم تنزيل.)و(هل أتى على الانسان ....(

كيف ننصر المسجد الأقصى المبارك؟!
بقلم: د. سميحة غريب

كثيرًا ما يتحدث الناس في منتدياتهم ومجالسهم وحواراتهم عن قضية المسجد الأقصى.. الخطيب على منبره، والكاتب في مقاله، والسياسي في تحليلاته وقراراته، والأم في أسرتها مع أبنائها، ورجل الشارع والموظفون في دواوينهم ومكاتبهم.. الكل يشرح مأساة المسجد الأقصى وما آلت إليه أحوال قبلتهم الأولى، وغالبًا ما يكون السؤال: ما العمل؟ ماذا يمكن أن نقدم من خدمة للمسجد الأقصى؟!

وقد كُتب عن هذه القضية عدة دراسات من قِبَل علماء وباحثين، ونحن بدورنا نلخِّص مقترحاتهم ودراساتهم، ونعرضها للاستفادة منها وتطبيقها قدر المستطاع:

أولاً: واجبات الفرد

- استحضار النية الصادقة واستدامتها لنصرة المسجد الأقصى المبارك.

- تحري أوقات الإجابة والدعاء يوميًّا للمسجد الأقصى المبارك بالنصرة والدعاء.

- إبداء النصرة للمسجد الأقصى المبارك، ونشر أخباره وأحواله، من خلال المشاركة في برامج البث المباشر، وبرامج الفتاوى، عبر الإذاعة والتلفاز ومنتديات الإنترنت.

- حضور المناسبات والأنشطة.

- توزيع شريط إسلامي يخدم القضية ريعًا وموضوعًا.

- وضع حصَّالة منزلية باسم "حصَّالة الأقصى" ولنتذكر قول الحبيب صلى الله عليه وسلم: "ما نقص مال من صدقة"، أو حصالة خاصة للأطفال باسم حصالة "صندوق طفل الأقصى".

- التحدث في جمع من الأقارب أو مجموعة العمل الوظيفي أو الأصدقاء يوميًّا لمدة خمس دقائق؛ عن الواجب نحو المسجد الأقصى المبارك، أو لنتحدث إلى 15 شخصًا في الشهر الواحد حول القضية.

- استخدام الرسائل الهاتفية للتذكير بالواجب نحو المسجد الأقصى المبارك.

- أهل الصيام والقيام من أمة محمد صلى الله عليه وسلم والشيوخ الركع.. أصواتكم مسموعة، تقرع أبواب السماء؛ فلا تنسوا سلاحكم العظيم: الدعاء.

ثانيًا: واجبات الأسرة

- جدول الاجتماع الأسري لمدة عشر دقائق؛ لمدارسة تاريخ وقضية المسجد الأقصى المبارك.

- إخراج مصروف الأسرة لمدة يوم واحد؛ تضامنًا مع المسجد الأقصى المبارك، يقي الأسرة مصارع السوء.

- تذكير الأطفال بفضل المسجد الأقصى المبارك من الآيات القرآنية والأحاديث النبوية.

- تلقين الأمهات وربات البيوت أطفالَهنَّ حبَّ الله ورسوله، وحب الأقصى، من خلال الكتب المختارة والشعر والأناشيد المسجلة بالأشرطة وغيرها.

- إنشاء مكتبة صغيرة، تشمل كتيباتٍ ونشراتٍ وأشرطةً، تتضمن موضوعات عن المسجد الأقصى المبارك.

- تكليف الأبناء بعمل لوحات إعلانية وجدارية حول نصرة الأقصى (عبارات، أدعية، كلمات مأثورة)، وتعليقها في أركان المنزل والمدرسة والنادي.

- إضافة عبارة أو كلمة مأثورة عن المسجد الأقصى لبطاقات المعايدة والأفراح والدعوات الشخصية وإعلانات التهنئة والمواساة في الصحف، حبَّذا لو خصَّص الميسورون أوقافًا خاصَّةً يعود ريعها إلى إعمار وإحياء المسجد الأقصى المبارك.

ثالثًا: واجبات الإعلاميين والصحفيين والمثقفين

- كتابة المقالات في الصحف السيارة بكل ما يتعلق بأحداث تخص المسجد الأقصى المبارك والقدس.

- دعم المقالات والتقارير الصحفية، بالصورة والأدلة، التي توضح حجم معاناة المسجد الأقصى المبارك.

- التصدي للإعلام الغربي والصهيوني، والرد على شبهاته وأباطيله حول المسجد الأقصى. - عقد الندوات والمحاضرات والمؤتمرات بخصوص المسجد الأقصى المبارك.

رابعًا: واجبات العاملين في قطاعات التعليم

- اجعل المسجد الأقصى المبارك همًّا لا ينفكُّ عنك في كل أوقاتك أو جلها.

- اصنع من طلابك محبِّين للمسجد الأقصى المبارك.

- خصِّص للأقصى وقتًا تقرأ فيه لطلبتك الآيات من سور "الإسراء"، وتناولها بالدراسة والتفسير، وافسح المجال للمشاركة والنقاش.

- ادفع طلبتك للمشاركة في الأنشطة المختلفة، كالصحف الجدارية، والمعارض الخاصة بالمسجد الأقصى، وكتابة مواضيع التعبير الشفوي والتحرير.

- توظيف المسرح المدرسي لإبراز قضية المسجد الأقصى المبارك.

- استخدم شريط الكاسيت والفيديو والإنترنت، وكل ما توصَّل إليه العلم؛ في إذكاء حب الأقصى، والتعرف على حاله وتاريخه.

- إنشاء جائزة ومسابقة سنوية مدرسية، بالتعاون مع إدارة المدرسة أو الكلية، يشترك فيها المجتمع المدرسي والمحلي وأولياء الأمور ويكرم الفائزون منهم.

- إعداد بحث عن تاريخ المسجد الأقصى المبارك والمحطات المهمة في تاريخ القدس ومدنها، ولا تنسَ التحفيز لمن يتجاوب.

خامسًا: واجبات الأئمة والخطباء والدعاة

- إحياء دور المساجد في المناسبات المختلفة بمجالس العلم والذكر للحديث عن المسجد الأقصى المبارك.

- إنشاء ركن خاص بالمسجد الأقصى في مكتبة المسجد، وصندوق للتبرعات، ومكتبة صوتية، وتعليق صورة للمسجد الأقصى.

- حضُّ المصلين على الصيام والقيام والدعاء للمسجد الأقصى المبارك.

- لتكن منابرنا شقائق منابر الأقصى وبيت المقدس.

- لا تنسَ تعليق مجلة الحائط "منبر الأقصى والمقدسات"، التي تصدرها مؤسسة الأقصى شهريًّا.

سادسًا: واجبات مستخدمي الإنترنت

- توظيف استخدام قنوات المحادثة والدردشة والحوار المباشر وقنوات المحادثة غير المباشرة، من خلال برامج ساحات الحوار والمنتديات، ولا تنسَ مجموعات الأخبار والحوار المنتشرة على مستوى العالم؛ للحديث عن المسجد الأقصى المبارك.

- بادر إلى إنشاء موقع إسلامي؛ للتعرف على المسجد الأقصى وأخباره، أو على الأقل الإطلاع على مثل هذه المواقع.

- إشهار المواقع المفيدة، والتي تنشر أخبار مسجد الأقصى المبارك كمثال موقع "دافع عن الأقصىhttp://www.help-aqsa.org

- توظيف البريد الإلكتروني؛ إذ يعد وسيلةً ممتازةً ورائعةَ النتائج، وذلك بإرسال تقارير وأخبار ودعوات

- إنشاء موقع خاص بالكتب والأشرطة والمجلات والمحاضرات والأناشيد التي تخدم قضية المسجد الأقصى، بعدة لغات؛ لتكون في متناول مستخدمي الشبكة.

- يمكنك أن تقدم خدمةً متميزةً؛ بتقديم الأخبار ونقل البث الحي والمباشر للمقابلات والندوات والمؤتمرات والخطب الخاصة بنصرة الأقصى، كما يمكنك نشر مقال متميز أو موقع أو كتاب أو روابط تخدم المسجد الأقصى، ويمكنك نسخ مقال متميز وإرساله إلى منتديات يكثر فيها غير الملتزمين.

- يمكنك مراسلة الجامعة العربية ومنظمة المؤتمر الإسلامي؛ لكي يقوما بدورهما كممثليْن لأكثر من مليار ونصف المليار مسلم.

جامعة الدول العربية

http://www.arableagueonline.org/las/arabic/contact.jsp

منظمة المؤتمر الإسلامي

http://www.oic-oci.org/arabic/main/contact_us.htm

سابعًا: واجبات الجمعيات الأهلية والنقابات المهنية والتطبيقية والأندية

- إقامة مهرجانات باسم الأقصى (خطابات، تمثيليات، مهرجان أنشودة).

- عمل معارض ومسرحيات يكون ريعها للأقصى المبارك.

- إصدار بيانات في المناسبات.

- تخصيص ركن لنصرة الأقصى ومعرض دائم في المكتبات ولدى التسجيلات.

Sunday, September 19, 2010

Penyanyi RAP Amerika Memeluk Islam
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته ..
Penyanyi Rap tersohor di Amerika dan dunia yg terkenal dg lagu rap dan hip hop memeluk Islam. Penyanyi yg dikenali dg nama Loon dari kumpulan Bad Boys telah menukar namanya kpd Amir selepas memeluk Islam.
Kepada muda mudi muslim yg terpengaruh dg tamadun barat dan yg meniru-niru barat.. Kepada anak muda yg meminati rap dan yg memakai pakaian ala penyanyi rap...
Kepada anak muda yg meniru setiap gerak geri dan potongan rambut penyanyi rap dan hip hop..
Kepada saudara ini... Berbanggalah dg Islam, dg nilai-nilai Islam, berbanggalah kerana anda muslim yg kenal Allah itu Tuhan dan Nabi Muhammad itu Rasul dan Nabi Allah.
Saudara, setiap hari anda solat lima kali dan dalam surah Fatihah anda membaca
( إهدنا الصراط المستقيم * صراط الذين أنعمت عليهم غير المغضوب عليهم ولا الضآلين )
Tahukah anda siapakah golongan yg sesat itu? Mereka adalah Nasara yg keliru siapakah Allah yg sebenarnya, adakah ia Isa anak Mariam atau Isa dan Ibunya sekali atau siapa sebenarnya?
Nauzubillah dari syirik seperti itu. Allah SWT Esa Yg Tunggal Yg Mencipta segala-galanya dalam kehidupan ini.
** إِنَّمَا أَمْرُهُ إِذَا أَرَادَ شَيْئًا أَنْ يَقُولَ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ } [يس:82]
Bersyukurlah kerana anda seorang muslim yg tahu dan beriman kpd Allah kpd malaikat, kitab-kitab dan seluruh para rasul. Penyanyi rap ini tidak kenal Allah, dia memiliki harta, gadis-gadis dan hiburan namun dia tidak merasa bahagia sedikitpun krn dia tidak kenal siapa penciptanya yg sebenarnya. Justeru dia menangis disebabkan terlalu bahagia setelah mengetahui kebenaran lalu dia memeluk Islam dan menjadi pendakwah Islam. Saudara, jangan meniru orang orang jahil agar anda tidak menjadi jahil, patuhilah ajaran agama Islam dan jauhilah larangannya. Beriltizamlah dg sunnah Nabi Muhammad selagi anda hidup agar anda beroleh Syurga dan menyelamatkan diri dari azab neraka والعياذ بالله
http://www.islamictube.net/watch/f2c00dfc715c5dc5fe88/Former-Bad-boy-Rap-Artist-Loon