Thursday, July 8, 2010

Ustaz Ibrahim Berlepas Ke Malaysia

Uztaz Ibrahim yang ditangkap di Mesir beberapa minggu lalu telah dibebaskan dan sedang menunggu untuk berlepas pulang ke Malaysia pada pukul 4.oo petang ini. Walaubagaimanapun usaha menghubunginya tidak berjaya mungkin disebabkan sekatan terhadap telefon bimbitnya. Setakat ini beliau telah masuk ke balai berlepas dan diharapkan agar tidak ada lagi sebarang masalah yang berbangkit selepas ini samada di airport Kaherah mahupun di Malaysia.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlah bermunajat dan berusaha dengan berbagai cara bagi pembebasan beliau. Semoga beliau dapat kembali selamat menemui keluarga dan kembali meneruskan perjuangan memartabatkan agama Allah.