Thursday, March 11, 2010

SIAPA PENGGANTI...?

SYAIKHUL AZHAR DR. SAYYID TANTAWI MENGADAP ILAHI

Jenazah Almarhum Syeikhul Azhar Dr. Muhammad Sayyid At-Tantawi 82 tahun, yang meninggal dunia di Riyadh awal pagi kelmarin semasa menunggu di Lapangan Terbang Antarabangsa Al-Malik Khalid untuk pulang ke Mesir telah selamat disembahyangkan di Masjid Nabawi di Madinah al-Munawwarah hari Rabu (semalam) dan disemadikan di perkuburan Al-Baqi’ Madinah.

Almarhun meninggal dunia selepas diserang sakit jantung secara mengejut semasa bersiap sedia untuk berangkat pulang keMesir selepas menghadiri Majlis Anugerah Hadiah Malik Faisol Antarabangsa.

Hadir semasa upacara solat jenazah tersebut wakil Amir Madinah Syeikh Sulaiman bin Muhammad Al-Jarish, Duta Mesir ke Arab Saudi, wakil pengurus besar H hal Ehwal Masjid Nabawi dan pengarah polis wilayah Madinah.

Menurut anak beliau seorang hakim, Amru Muhammad Sayyid Tantawi persetujuan dicapai dengan Presiden Mubarak supaya jenazah disemadikan di perkuburan Al-Baqi’.

Mantan Syeikhul Azhar itu dilahirkan pada 28 Oktober 1928 di Wilayah Sohaj, belajar dan menghafaz al-Quran di Bandar Iskandariah Utara Mesir. Beliau mendapat ijazah Ph.D dalam bidang Hadith dan Tafsir tahun 1966 dengan kepujian pangkat pertama dan bertugas sebagai pensyarah di Fakulti Usuluddin Universiti Al-Azhar. Beliau pernah bertugas di Libya selama empat tahun dan pernah menjadi dekan Fakulti Pengajian Tinggi di Universiti Islam Madinah dan dilantik sebagai Mufti Mesir selama 10 tahun iaitu pada 28 Oktober 1986 dan dilantik sebagai Syeikhul Azhar tahun 1996. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh beliau.

No comments:

Post a Comment