Tuesday, March 23, 2010

KEMBARA ILMU DI YAMAN

Catatan yg dipapar disini adalah catatan spontan dan santai ditulis diCC kerana kemudahan internet amat terhad dikawasan kami tinggal hanya CC saja medium yg ada. Niat kami untuk melawat Jabal Nabi Syuaib dan Darul Hajar tidak kesampaian setelah melalui perjalanan yg indah menawan dan ketika hampir tiba dibahagian bawah teksi kami telah disekat oleh askar Yaman dan mengambil paspot kami berempat. Pemandu teksi jagi kaget terkedu. Ana turun mendapatkan askar yang bengis mukanya bermisai perang dan dia mengarahkan ikutnya kekabin dan memaklumkan kpd kawannya ttg kami dari M'sia. Pegawai yg sorang ni baik dan bertanya apa tujuan lawatan dan meminta pemandu teksi datang utk memberi butiran peribadi dan no kereta dll. Setelah membelek paspot tiga orang kami dan surat pengesahan (ganti paspot)seorang pelajar yg menjadi pemandu pelancong kami yg kecut dlm kereta krn takut dsbbkan paspotnya masih di pej imigeresen krn ursn visa. Kmdian pegawai ini menghubungi mnrusi walki talki dgn pos lbh atas brgkali dg menyatakan disini ada 4 orang M'sia yg nak melawat jabal. Kedengaran suara bertanya ada pas kebenaran dari pej pelancongan? Setelah diberitau tiada, suara garau dlm w/talki mengarahkan suruh depa patah balik! Diapun kata smbl geleng2 kpl tak boleh, katanya lagi kamu patah balik dan pergi kepejabat pelancongan di.... kemudian dtg semula, sekejap saja prosesnya, katanya. Kamipun berputar semula dan beliau menyerahkan paspot kami bila teksi betul2 brd di jalan pulang. Sebenarnya jabal Nabi Syuaib satu2nya gunung yg ada air terjun diYaman kata orang-orang yg prnh sampai. Dlm hati ini teringin nak menyaksikan bbrp lagi kesan sejarah yg terdapt melalui perjalan ini antaranya ialah bumi dua kebun (ardhul jannatain) yg terakam indah dlam surah Al-Kahfi ayat 23 ttg dua org pemilik kebun yg berjiran, seorang mukmin sedangkan seorang lagi kufur nikmat dan dg sombong bongkak menyatakan tak mungkin kebun yg begitu lebat mengeluarkan hasil akan musnah. Kemudian Allah menghukumnya dg memusnahkan kebunnya habis rentung. Kawasan yg hangus terbakar ini masih ada hingga hari ini.

No comments:

Post a Comment