bersama kepimpinan ulamak




Program Terdekat. Jom Para Naqibat Kita Hadirkan Diri




Monday, March 22, 2010

KEMBARA ILMU DI YAMAN

SEMALAM juga selepas catatan ini dibuat diCC kami sengaja melawat sebuah sekolah rendah Islam swasta Sekolah Umar ibn Abdul Aziz. Satu percubaan sbnrnya utk melihat apakah benar banner yg tergantung diluar itu menjadi kenyataan. Banner itu membawa maksud "Sekali lawatan sudah cukup untuk membuatkan sekolah ini menjadi sekolah anda", jadi kita meminta izin dari jaga untuk berjumpa guru besar seorang wanita Sudan yg menyambut dg baik. Ana nyatakan tujuan kedatangan adalah untuk mengetahui perjalanan sek ini, dan perkara lain yg berkaitan. Nampaknya lawatan mengejut ini memang memeranjatkan apatah lagi dari orang luar. Banyak juga soalan ana dirujuk kpd guru lain yg dipanggil membantu. Sek ini adalah sek rendah utk murid lelaki dan perempuan. Menariknya bila kita dari M'sia mereka terus kata ada seorang murid M'sia bljar disitu dan trus dipimpin guru kelasnya dtg ke pej Guru Besar. Kemudian ana juga mohon kebenaran GB untuk memantau satu kelas utk melihat bagaimana proses P&P berjalan dan bagaimana respon muridnya. GB tidak menolak sblknya memberiatahu seorang guru yg berpurdah (adat wanita Yaman..tp GB tidak berpurdah)kami diminta masuk memantau. Seronok melihat respon murid2 yg tak takut langsung. Bila disoal semua angkat tangan untuk menjawab. Cikgu pun yg awalnya agak gugup dari suaranya yg tersangkut-sangkut dpt mengendalikan kelas dgn cekap semua murid dilibatkan. Tajuknya apa? Ini yg menariknya, tajuk ttg Baitul Maqdis. Cikgu yg hanya nampak mata ini mencungkil maklumat dari murid siapa yg tahu ttg B.Maqdis, masjid Aqso, dimana lokasinya, dll soalan ttg yahudi, Israel, Isra' Mikraj dll. Kemudian disuruh baca buku teks secara bergilir lelaki dan perempuan. Mereka kebanyakannya lancar membaca sdgkan itu tahun empat asas. Bila sampai kepada kesimpulan dari apa yg dipelajari cikgu meminta murid2 sebut secara rawak dan menulisnya atas papan HIJAU. Disini kami minta izin keluar dan ana ucapkan kata perembahan yg baik. Dia pun dengan suara seronok berterima kasih. Kami pun keluar dari kelas ke pej GB dan melaporkan pemerhatian kami GB pula teruja dan minta satu-satu guru lelaki disitu (guru Sains) untuk pastikan pelajaran apa yang kami pantau itu. Petangnya selepas solat Asar di masjid Khulafa'ur-Rasyidin kami keluar ke bandar lama San'aa utk ke rumah peninggalan ulamak terkemuka Yaman iaitu Al-Imam Yahya seorang tokok ilmuan Yaman. Rumahnya diatas gunung batu dijadikan replika dijual digerai2 bazar terkenal dg nama Darul Hajar. Tapi.........

No comments:

Post a Comment

KULIAH SETIAP AHAD MINGGU KEDUA




Kempen Tiga B