Friday, March 26, 2010

KEMBARA DI YAMAN

SUDAH seminggu di Yaman, tak terasa betapa pantas masa berlalu. Yaman terlalu banyak keistimewaannya. Kehidupan yang amat simple dan agak mundur kalau dibandingkan dengan negara kita M'sia secara zahirnya tapi disebalik itu ada banyak benda disini yang tidak ada ditempat lain hatta di Mesir sekalipun. Yaman kos hidupnya murah 100 US bersamaan 22200 riyal. Maaf terpaksa berenti disini kerana ada program...

Tuesday, March 23, 2010

KEMBARA ILMU DI YAMAN

Catatan yg dipapar disini adalah catatan spontan dan santai ditulis diCC kerana kemudahan internet amat terhad dikawasan kami tinggal hanya CC saja medium yg ada. Niat kami untuk melawat Jabal Nabi Syuaib dan Darul Hajar tidak kesampaian setelah melalui perjalanan yg indah menawan dan ketika hampir tiba dibahagian bawah teksi kami telah disekat oleh askar Yaman dan mengambil paspot kami berempat. Pemandu teksi jagi kaget terkedu. Ana turun mendapatkan askar yang bengis mukanya bermisai perang dan dia mengarahkan ikutnya kekabin dan memaklumkan kpd kawannya ttg kami dari M'sia. Pegawai yg sorang ni baik dan bertanya apa tujuan lawatan dan meminta pemandu teksi datang utk memberi butiran peribadi dan no kereta dll. Setelah membelek paspot tiga orang kami dan surat pengesahan (ganti paspot)seorang pelajar yg menjadi pemandu pelancong kami yg kecut dlm kereta krn takut dsbbkan paspotnya masih di pej imigeresen krn ursn visa. Kmdian pegawai ini menghubungi mnrusi walki talki dgn pos lbh atas brgkali dg menyatakan disini ada 4 orang M'sia yg nak melawat jabal. Kedengaran suara bertanya ada pas kebenaran dari pej pelancongan? Setelah diberitau tiada, suara garau dlm w/talki mengarahkan suruh depa patah balik! Diapun kata smbl geleng2 kpl tak boleh, katanya lagi kamu patah balik dan pergi kepejabat pelancongan di.... kemudian dtg semula, sekejap saja prosesnya, katanya. Kamipun berputar semula dan beliau menyerahkan paspot kami bila teksi betul2 brd di jalan pulang. Sebenarnya jabal Nabi Syuaib satu2nya gunung yg ada air terjun diYaman kata orang-orang yg prnh sampai. Dlm hati ini teringin nak menyaksikan bbrp lagi kesan sejarah yg terdapt melalui perjalan ini antaranya ialah bumi dua kebun (ardhul jannatain) yg terakam indah dlam surah Al-Kahfi ayat 23 ttg dua org pemilik kebun yg berjiran, seorang mukmin sedangkan seorang lagi kufur nikmat dan dg sombong bongkak menyatakan tak mungkin kebun yg begitu lebat mengeluarkan hasil akan musnah. Kemudian Allah menghukumnya dg memusnahkan kebunnya habis rentung. Kawasan yg hangus terbakar ini masih ada hingga hari ini.

Monday, March 22, 2010

KEMBARA ILMU DI YAMAN

SEMALAM juga selepas catatan ini dibuat diCC kami sengaja melawat sebuah sekolah rendah Islam swasta Sekolah Umar ibn Abdul Aziz. Satu percubaan sbnrnya utk melihat apakah benar banner yg tergantung diluar itu menjadi kenyataan. Banner itu membawa maksud "Sekali lawatan sudah cukup untuk membuatkan sekolah ini menjadi sekolah anda", jadi kita meminta izin dari jaga untuk berjumpa guru besar seorang wanita Sudan yg menyambut dg baik. Ana nyatakan tujuan kedatangan adalah untuk mengetahui perjalanan sek ini, dan perkara lain yg berkaitan. Nampaknya lawatan mengejut ini memang memeranjatkan apatah lagi dari orang luar. Banyak juga soalan ana dirujuk kpd guru lain yg dipanggil membantu. Sek ini adalah sek rendah utk murid lelaki dan perempuan. Menariknya bila kita dari M'sia mereka terus kata ada seorang murid M'sia bljar disitu dan trus dipimpin guru kelasnya dtg ke pej Guru Besar. Kemudian ana juga mohon kebenaran GB untuk memantau satu kelas utk melihat bagaimana proses P&P berjalan dan bagaimana respon muridnya. GB tidak menolak sblknya memberiatahu seorang guru yg berpurdah (adat wanita Yaman..tp GB tidak berpurdah)kami diminta masuk memantau. Seronok melihat respon murid2 yg tak takut langsung. Bila disoal semua angkat tangan untuk menjawab. Cikgu pun yg awalnya agak gugup dari suaranya yg tersangkut-sangkut dpt mengendalikan kelas dgn cekap semua murid dilibatkan. Tajuknya apa? Ini yg menariknya, tajuk ttg Baitul Maqdis. Cikgu yg hanya nampak mata ini mencungkil maklumat dari murid siapa yg tahu ttg B.Maqdis, masjid Aqso, dimana lokasinya, dll soalan ttg yahudi, Israel, Isra' Mikraj dll. Kemudian disuruh baca buku teks secara bergilir lelaki dan perempuan. Mereka kebanyakannya lancar membaca sdgkan itu tahun empat asas. Bila sampai kepada kesimpulan dari apa yg dipelajari cikgu meminta murid2 sebut secara rawak dan menulisnya atas papan HIJAU. Disini kami minta izin keluar dan ana ucapkan kata perembahan yg baik. Dia pun dengan suara seronok berterima kasih. Kami pun keluar dari kelas ke pej GB dan melaporkan pemerhatian kami GB pula teruja dan minta satu-satu guru lelaki disitu (guru Sains) untuk pastikan pelajaran apa yang kami pantau itu. Petangnya selepas solat Asar di masjid Khulafa'ur-Rasyidin kami keluar ke bandar lama San'aa utk ke rumah peninggalan ulamak terkemuka Yaman iaitu Al-Imam Yahya seorang tokok ilmuan Yaman. Rumahnya diatas gunung batu dijadikan replika dijual digerai2 bazar terkenal dg nama Darul Hajar. Tapi.........

Sunday, March 21, 2010

PENGEMBARAAN ILMU DI YAMAN

HARI ini merupakan hari ketiga kami berada di San'aa Yaman, setelah tiba pagi Jumaat 19 Mac baru-baru ini. Perjalanan kami dari KLIA memakan masa 16 jam setelah pesawa Yemenia membawa kami ke Jakarta, Dubai dan seterusnya San'aa. Klia Jakarta 1 jam 45, Jakarta ke Dubai 7 jam, satu perjalanan yg agak menjemukan kerana terlalu lama terperuk ditempat duduk cuma menariknya menyaksikan kehebatan dan keajaiban terbang diatas awan yg cerah memanjang sdgkan waktu M'sia ketika itu sudah hampir waktu Isya'. Kata penumpang Indonesia disebelah, masih sore pak. Ternyata juga hasil pemerhatian ringkas lpgn terbang Klia jauh terkehadapan modennya berbanding Jakarta yang simpel dan San'aa pun begitu. Jumaat kami solat di masjid berhampiran Istana Presiden Yaman. Jumaat disini kebanjiran dengan ribuan manusia hinggakan jemaah melimpah diatas jalan raya. Isu yg disentuh adalah tentang ancaman terhadap masjid Al-Aqsa dan ancaman keatas Yaman yg dihimpit oleh pelbagai usaha utk meminda undang-undang syariah sedia ada dengan percubaan memasukkan perisytiharan Shidao yg menghalang perkahwinan awal dan menganggap itu sebagai jenayah trhdp wanita, meniduri isteri sendiri tanpa kemahuannya boleh dituduh merogol isteri sendiri dan salah disisi undang-undang. Juga disentuh tentang usaha mewujudkan kumpulan gay dan lesbian di Yaman yg sedang diusahakan supaya boleh didaftarkan persatuan mereka atas nama kebebasan hak dan seterusnya kearah menuntut keharusan berkahwin antara lelaki sama sejenis dan perempuan sama sejenis. Khutbah disampaikan oleh Syeikh Hazzaq yg kemudian menggesa jemaah berjihad dengan harta membantu umat Islam Quds yg cuba diusir oleh rejim yahudi dari Masjid Al-Aqsa yg skrg ini terdiri diatas tiang-tiang yang rapoh kerana pelbagai terowong telah digali dibawahnya. Dan yahudi merancang untuk mencipta gempa bumi buatan yang akan mewujudkan gegaran seterusnya mengakibatkan Al-Aqsa roboh dengan sendirinya dan dengan itu mudah bagi mereka membina haikal Nabi Sulaiman. Mengakhiri khutbah beliau mengajak semua jemaah berdemonstrasi menyatakan bantahan terhadp rejim yahudi keatas Al-Aqsa. Solat berjemaah dirata-rata masjid disini paling kurang 5 saf kalau satu sof 30 orang kiralah sendiri. Solat Subuh pun begitu.

Thursday, March 11, 2010

SIAPA PENGGANTI...?

SYAIKHUL AZHAR DR. SAYYID TANTAWI MENGADAP ILAHI

Jenazah Almarhum Syeikhul Azhar Dr. Muhammad Sayyid At-Tantawi 82 tahun, yang meninggal dunia di Riyadh awal pagi kelmarin semasa menunggu di Lapangan Terbang Antarabangsa Al-Malik Khalid untuk pulang ke Mesir telah selamat disembahyangkan di Masjid Nabawi di Madinah al-Munawwarah hari Rabu (semalam) dan disemadikan di perkuburan Al-Baqi’ Madinah.

Almarhun meninggal dunia selepas diserang sakit jantung secara mengejut semasa bersiap sedia untuk berangkat pulang keMesir selepas menghadiri Majlis Anugerah Hadiah Malik Faisol Antarabangsa.

Hadir semasa upacara solat jenazah tersebut wakil Amir Madinah Syeikh Sulaiman bin Muhammad Al-Jarish, Duta Mesir ke Arab Saudi, wakil pengurus besar H hal Ehwal Masjid Nabawi dan pengarah polis wilayah Madinah.

Menurut anak beliau seorang hakim, Amru Muhammad Sayyid Tantawi persetujuan dicapai dengan Presiden Mubarak supaya jenazah disemadikan di perkuburan Al-Baqi’.

Mantan Syeikhul Azhar itu dilahirkan pada 28 Oktober 1928 di Wilayah Sohaj, belajar dan menghafaz al-Quran di Bandar Iskandariah Utara Mesir. Beliau mendapat ijazah Ph.D dalam bidang Hadith dan Tafsir tahun 1966 dengan kepujian pangkat pertama dan bertugas sebagai pensyarah di Fakulti Usuluddin Universiti Al-Azhar. Beliau pernah bertugas di Libya selama empat tahun dan pernah menjadi dekan Fakulti Pengajian Tinggi di Universiti Islam Madinah dan dilantik sebagai Mufti Mesir selama 10 tahun iaitu pada 28 Oktober 1986 dan dilantik sebagai Syeikhul Azhar tahun 1996. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh beliau.

Monday, March 8, 2010

AYAT RENUNGAN

قَدْ يَعْلَمُ اللَّهُ الْمُعَوِّقِينَ مِنْكُمْ وَالْقَائِلِينَ لإخْوَانِهِمْ هَلُمَّ إِلَيْنَا وَلا يَأْتُونَ الْبَأْسَ إِلا قَلِيلا (١٨)أَشِحَّةً عَلَيْكُمْ فَإِذَا جَاءَ الْخَوْفُ رَأَيْتَهُمْ يَنْظُرُونَ إِلَيْكَ تَدُورُ أَعْيُنُهُمْ كَالَّذِي يُغْشَى عَلَيْهِ مِنَ الْمَوْتِ فَإِذَا ذَهَبَ الْخَوْفُ سَلَقُوكُمْ بِأَلْسِنَةٍ حِدَادٍ أَشِحَّةً عَلَى الْخَيْرِ أُولَئِكَ لَمْ يُؤْمِنُوا فَأَحْبَطَ اللَّهُ أَعْمَالَهُمْ وَكَانَ ذَلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرًا ١٩
18.Sesungguhnya Allah mengetahui akan orang-orang (munafik) Yang menghalangi di antara kamu, dan orang-orang Yang berkata kepada saudara-saudaranya: "Marilah bersatu Dengan kami", sedang mereka tidak turut berperang melainkan sebentar sahaja.

19. mereka bersikap bakhil kedekut terhadap kamu (Wahai orang-orang mukmin untuk memberikan sebarang pertolongan); Dalam pada itu apabila datang (ancaman musuh Yang menimbulkan) ketakutan, Engkau melihat mereka memandang kepadamu (Wahai Muhammad, meminta pertolonganmu) Dengan keadaan mata mereka berputar seperti orang Yang pengsan semasa hampir mati. kemudian apabila hilang perasaan takut itu, mereka mencela kamu Dengan lidah Yang tajam, sambil mereka tamakan kebaikan (yang diberikan Allah kepada kamu). mereka itu tidak beriman, lalu Allah gugurkan amal-amal mereka. dan Yang demikian itu adalah mudah bagi Allah melaksanakannya. Al-Ahzab

PERUTUSAN MURSYIDUL AM PAS

Berikut ialah perutusan penuh Mursyidul Am PAS Selama ini kita tidak berfikir untuk menyebar Islam kepada bukan Islam. Selama ini tok-tok guru pondok kita hanya menyebar Islam sesama orang Islam. Meskipun PAS menolak pendekatan perpaduan dengan Umno, bukan bermakna PAS mengenepikan tanggungjawab menyebar Islam. Sebenarnya, perpaduan melalui Pakatan Rakyat telah membuka ruang bagi PAS menyampaikan kebaikan Islam kepada pemimpin dan ahli parti Pakatan Rakyat yang bukan Islam. Sebaliknya, PAS ada alasan dan sebab-musababnya kenapa menolak perpaduan dengan Umno. Antaranya: 1. Perjuangan Umno sebenarnya amat dhalalah (sesat sesesatnya), kerana menolak Islam dan mengasingkan politik dengan agama. Kesan menolak Islam itulah, banyak pihak tidak faham Islam, termasuk rakan kita yang bukan Islam. 2. Tindak tanduk Umno jelas mengkhianati perjuangan Islam, khususnya terhadap PAS. Berpandukan pengalaman lepas, PAS pernah membuat persetujuan masuk BN, maka ada yang menyokong dan menentang, sehingga ada kecelaruan dan munculnya golongan yang menentang kemasukan PAS dalam BN, seperti mana munculnya Bebas Bersatu sebagai serpihan PAS. Akibatnya lagi muncul pula Berjasa ketika PAS diambang kekalahan selepas diganyang Umno melalui peristiwa darurat 1977. Semuanya adalah nilai dan kesan pengorbanan besar PAS atas semata-mata ingin bersama Umno. Namun, pengorbanan itu tidak dihargai oleh Umno. Malah, PAS telah ditendang keluar. Ia sungguh perit bagi PAS untuk berbaik semula dengan Umno atau masuk balik BN. 3. Oleh sebab itu, PAS rela dan menyatakan komitmen tinggi bersama mengukuhkan perpaduan Pakatan Rakyat. 4. Begitu pula, semenjak pilihan raya umum 2008 lalu sampai ke hari ini, Umno menuduh PAS sebagai boneka DAP. Sedangkan apa yang berlaku di Pulau Pinang sebelum ini, Umno yang mendapat kuasa majoriti. Pun begitu, pemimpin parti Gerakan yang menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Jelas, dalam keadaan itu, meletakkan kedudukan Umno sebagai parti yang menjadi kuda tunggangan (boneka) parti Gerakan. Di samping tidak kurang pula, ada sejumlah kerusi yang sepatutnya Umno bertanding (di kawasan majoriti Melayu), tetapi secara tidak beradab telah menyerahkan kepada pemimpin Gerakan, MCA dan MIC bertanding dengan alasan, kononnya ia simbol permuafakatan kuasa dalam BN. 5. Sekarang PAS dilihat berjaya bersama Pakatan Rakyat. Ia suatu perkembangan baik, memandangkan dulu PAS sendiri rela tidak berkawan dengan DAP, kerana ada pemimpinnya yang menyerang Islam. Sebaliknya sekarang, para pemimpin DAP termasuk Karpal Singh tidak lagi menyerang Islam. Malah berlaku perkembangan yang agak baik apabila sudah ada kalangan pemimpin Pakatan Rakyat (termasuk DAP) sudah mula pandai baca Al-Quran dan kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan DAP di Pulau Pinang sudah berani berikrar mengambil contoh gaya pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz. Sedangkan Gerakan, MCA dan MIC begitu lama (sejak merdeka) bersama Umno dalam BN, mereka itu tetap tidak faham-faham agama Islam. Jadi, bersempena dengan dua tahun usia Pakatan Rakyat ini, sukacita kiranya para pemimpin dan pendukung perjuangan Pakatan Rakyat dapat menguatkan lagi tekad ke arah membina perpaduan dan persefahaman serta keyakinan agar terus utuh di atas prinsip keadilan untuk semua rakyat. Ini kerana prinsip tersebut adalah sejajar dengan ajaran Islam yang mengutamakan keadilan untuk semua kaum di negara. Sehubungan dengan itu, demi mengukuhkan lagi Pakatan Rakyat dan bagi mempersiapkan diri mendepani banyak lagi cabaran mendatang, maka pihak PAS sewajarnya mengadakan satu seminar atas isu ”hak-hak bukan Islam di dalam pemerintahan berteraskan Islam” bersempena Muktamar PAS akan datang. Ada baiknya seminar itu dapat menjadikan tulisan As-Syeikh Dr. Yusoff al-Qaradhawi, bertajuk Ghairul muslimin fil mujtama’ul-Islami sebagai bahan rujukan penting untuk perbincangan. Mungkin dengan penganugerahan tokoh Maal Hijrah 1431 oleh kerajaan Malaysia kepada as-Syeikh Dr. Yusoff adalah suatu titik persetujuan awal kita bagi menerima idea-idea baik daripada beliau untuk difahami dan diamalkan dalam kerajaan. Sekaligus ia boleh diajak bersama para pemimpin politik bukan Islam menyertai seminar tersebut. Sebenarnya, melalui seminar sedemikian, PAS boleh melakukan pendekatan yang baik dalam menghubungkan kefahaman antara pemimpin Islam dengan bukan Islam. Di samping PAS tidak seharusnya lupa terhadap jasa dan pengorbanan para ulama’ dan pemimpin Islam terdahulu. Dan sesungguhnya, pemimpin PAS sekarang begitu terhutang budi kepada para ulama’ terdahulu, kerana berkat hasil usaha mereka jugalah, sekarang ’orang Kelantan’ sudah berada di mana-mana sahaja dalam pelbagai sektor pembangunan Negeri dan Negara. Dan, apa yang telah dilaksanakan di Kelantan hari ini adalah suatu simbol kejayaan politik Pakatan Rakyat. Maka, PAS dan kerajaan Kelantan hari ini sudah membuat banyak penambahbaikan kepada kedudukan dan kefahaman Islam itu sendiri. Ia turut merangkumi kehendak politik rakyat pelbagai kaum. Semuga akan datang, akan lahir kalangan pemimpin Islam yang mewakili pelbagai kaum – kalangan orang Cina atau India – layak menyambung sejarah Islam. Ini kerana sejarah awal Islam membuktikan orang Cina dan India terlebih dahulu menerima Islam daripada orang Melayu. Ia bermakna, orang Cina dan India layak dan mustahak turut sama menyebarkan Islam di negara ini. Apa yang utama, penglibatan semua kaum dalam politik dan dakwah akan menyuburkan lagi nikmat persaudaraan di sebalik Allah Subhanahu wa taala jadikan manusia itu pelbagai kaum. Firman-Nya, maksudnya, “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).[al-Hujuraat, 49: 13] Semoga amalan dan kebajikan yang kita lakukan mendapat keredhaan Allah Subhanahu wa taala. Panjang usia Pakatan Rakyat, panjanglah keadilan untuk semua rakyat. Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS, merangkap Menteri Besar Kelantan. 22 RabiulAwwal 1431 bersamaan 8 Mac 2010

Sunday, March 7, 2010

مؤتمر العلماء الشباب

ينعقد اليوم مؤتمر علماء الشباب التابع لديوان العلماء ولاية فيرق في ظروف يحظي بإقبال حار جدا خارج من المبلغ المستهدف. المؤتمر الذى يقام في فندق سيري ماليزيا ايبوه بدأ الساعة 8.30 صباحا كان يفتتحه رسميا رئيس علماء فيرق. . في خطابه الموجه إلى المشاركين من العلماء حث الحضور من هؤلاء الذين تخرجوا من جميع الجامعات المحلية كانت أو الخارجية الى توحيد صفوفهم لأداء أدوارهم في الدعوة وإلى ترويج تجارة إسلامية والتى عرضها الله نفسه قائلا

يا أيها الذين آمنوا هل أدلكم على تجارة تنجيكم من عذاب اليم تؤمنون بالله و رسوله و تجاهدون في سبيل الله بأموالكم و أنفسكم ذلكم خير لكم إن كنتم تعلمون

تلك هى صفقات رابحة من عند الله سبحانه وتعالى يجب أن نهتم بها ـ وإذا كان المتورطون في business يمكن أن يجتمعوا لمناقشة وإيجاد سبل كيفية تحسين مبيعات منتجاتها وليس للعلماء من سبب ما يمنعهم من أن يتحدوا لترويج المنتجات التي من شأنها أن تنقذ الامة من الجحيم عبرالايمان والجهاد. وأضاف فائلا إن هناك العديد من الأشياء التي يمكن القيام به من قبل العلماء الشباب للمساعدة في قضية الإسلام. يستطيع المسلمون فى سنغافورة على سبيل المثال أن يكونوا متحدين لتحريك الأنشطة الدعوية والتعليم هناك من دون مساعدة الحكومة ولو قليلا عن طريق الاشتراك الشهري من مرتباتهم من 1 إلى 4 دولار. في الواقع هناك العديد من الطرق وقنوات عديدة يمكن القيام به من قبل العلماء وقال مشيرا الى ان منطقة الراحة حيث يتمتع بها بعضنا قد يكون فخا أختلقه أعداء الدعوة لتعويق العلماء عن الجهاد.

Monday, March 1, 2010

على مسار الدعوة
الشيخ محمد الغزالي
نحن ندعو ربنا في كل صلاة أن يهدينا الصراط المستقيم، و الصراط المستقيم ليس خطا وهميا ينشأ عن هوى الأفراد والجماعات، وإنما هو حقيقي يرسمه من الناحية العلمية: القرآن الكريم، ومن الناحية العملية: الرسول الذي حمل الوحي وطبقه وربى جيلا من الناس على عقائده وشرائعه. والتاريخ الإنساني يشهد بقوة ووضوح أن قافلة الإسلام لزمت هذا الصراط حينا من الدهر، وأنها قدمت للعالم نماذج حية في بناء الخلق والمجتمع والدولة.. نعم.. كان السلف الأول عابدين لله، ذوى بصائر ترنو إليه وتستمد منه، وتنضح بالتقوى والأدب في كل عمل يباشرونه. وكانوا ـ إلى ذلك ـ خبراء بالحياة يسوسونها بالعدل والرحمة، ويقمعون غرائز التطلع والحيف، ويرفضون ما سبق الإسلام في ميدان الحكم من فرعونية وكسروية وقيصرية، كما يرفضون ما سبق الإسلام في ميدان التدين من شرك أو تجسيد أو تعطيل.. إن الصراط المستقيم ليس وقوف فرد في المحراب لعبادة الله وكفى، إنه جهاد عام لإقامة إنسانية توقر الله، وتمشى في القارات كلها وفق هداه، وتتعاون في السراء والضراء حتى لا يذل مظلوم، أو يشقى محروم، أو يعيث في الأرض مترف، أو يعبث بالحقوق مغرور. وقد وقعت خلال القرون الطويلة انحرافات دقيقة أو جليلة! وقبل أن نتفرس في هذه الانحرافات ونتحدث عن مداها نريد أن نقرر حقيقة مهمة: إن السلف الأول وحدهم هم مصدر الأسوة، ويعجبني ما روي عن ابن مسعود ـ رضي الله عنه ـ: “من كان مستنا فليستن بمن قد مات، فإن الحي لا تؤمن عليه الفتنة! “ أولئك أصحاب محمد صلى الله عليه وسلم: كانوا أفضل هذه الأمة، أبرها قلوبا، وأعمقها علما، وأقلها تكلفا، اختارهم الله تعالى لصحبة نبيه، ولإقامة دينه، فاعرفوا لهم فضلهم واتبعوهم على أثرهم وتمسكوا بما استطعتم من أخلاقهم وسيرهم فإنهم كانوا على الهدى المستقيم“. إن بعض الذين ضاقوا بالانحرافات المعاصرة في العالم الإسلامي فكروا في العودة إلى الأمس القريب، أو إلى بضعة قرون مضت! فقلت لهم: لا. مثلنا الأعلى في القرن الأول وحده، ففي الحديث عن رسول الله صلى الله عليه وسلم: “إنه من يعش منكم بعدي فسيرى اختلافا كثيرا، فعليكم بسنتي وسنة الخلفاء الراشدين المهديين تمسكوا بها، وعضوا عليها بالنواجذ“ والاقتداء بداهة ليس في ركوب الخيل والإبل، والحرب بالسيف والرمح! الاقتداء في التجرد والخشية وإيثار الآخرة!! أما تأمين الحقيقة فقد استحدثت له وسائل مدنية وعسكرية لا حصر لها، ويجب على حملة الرسالة إتقان هذه الوسائل.. وقد بين أولو العلم ما يجب التزامه شكلا وموضوعا من شئون العبادات المحضة أما غيرها فنسق آخر.. العدل هو العدل، ولكن ضمانات وصوله إلى ناشديه تكثر وتتغاير على مر العصور، وقد قيل: تحدث للناس أقضية بقدر ما استحدثوا من فجور.. والشورى هى الشورى بيد أن ضمانات التعبير عن الرأي وضمانات الوقوف أمام الاستبداد تختلف باختلاف البيئات والملل.. وفي عصرنا هذا قامت أجهزة للدعاية تخدم شتى الملل والنحل بأساليب فاتنة، فإذا لم نسبقها نُسبق، ظلمنا ديننا، وأضعنا حقنا، وكان علينا وزر المفرطين. لماذا يقع الانحراف؟ الصراط المستقيم إذن معروف بالعقل والنقل فلماذا يقع الانحراف عنه؟ والجواب: طبيعة البشر! إننا نخطئ وليس في ذلك عجب! ولكن العجب أن يبقى الخطأ وأن نصر عليه!! والأعجب من ذلك أن يمضى البعض في طريق الانحراف وهو لا يدرى! أو لعله .. يحسب نفسه على صواب.. وميلاد الانحراف خلقيا كان أو اجتماعيا أو سياسيا يبدأ من نقطة ما، ثم يسير مشكلا مع الخط المستقيم زاوية حادة، فإذا قست المسافة بين خط الزيغ والخط المستقيم وجدتها قدر أصبع، ثم تمتد فتصير قدر شبر، ولا يزال الزمان يطيل المسافة بين الخطين حتى تصير قدر ميل أو أميال، ويكون البعد عن الحق شاسعا!! والانحراف المعيب لا يقع في مكان واحد، بل قد تتعدد أسباب الميل، وتكثر المتعرجات التائهة، وتنحل عرا الإسلام عروة عروة بالصمت الجبان وترك الفتن تمشى حبلها على غاربها، بل إن معالم الصراط المستقيم تكاد تخفي مع توارث العوج وذيوع الجهل لولا أن الله سبحانه تعهد دينه بمن يجدد أمره، ويجلو بريقه، ويذود عنه الآفات.. إذا ذكرت كلمة “الدين“ سبق إلى فكر الناس ما وراء المادة والبحوث الغيبية المحيرة في هذا المجال.. فهل الأمر كذلك عندنا؟ كلا.. إن الفاتحين الأوائل ما أثاروا بين الشعوب قضية من هذا الطراز، لقد انطلقوا باسم الله الواحد ينقلون الجماهير من الظلمة إلى النور، من الظلم إلى العدل، من الخرافة إلى الحق، فشغلوا الناس برؤية الميزان الذي أقاموه لكفالة معاشهم ومعادهم عن بحوث ما وراء المادة. الكلام في العقيدة موجز مجمل: (الله لا إله إلا هو له الأسماء الحسنى) والتفاصيل أعمال صالحة تبدأ من إقام الصلاة وتنتهي بتنظيف الطرق! وتقصى من الحياة العامة أسباب الشكوى والهوان: (لقد أرسلنا رسلنا بالبينات وأنزلنا معهم الكتاب والميزان ليقوم الناس بالقسط). كان السلف الذين يحملون الإسلام قديما واقعيين يعرفون مراد الله بذكاء وينفذونه بدقة، والإسلام - كما نعرفه من كتاب ربنا وسنة نبينا - فطرة سليمة لا فطرة ملتاثة، وتعاليم يعيها أولو الألباب لا أولو الثقافة القاصرة والأحكام البلهاء. وقد أحس ورثة المدنيات القديمة أنهم أمام عقل أذكى من عقولهم، وخلق أنبل من أخلاقهم، وبر بالشعوب أوسع من برهم، وأدركوا أن صفحتهم يوم تطوى، فلكي يرى العالم صفحة جديدة أملا بالرحمة والعدل يخطها أولئك الذين رباهم محمد صلى الله عليه وسلم. فهل كذلك الداعون إلى الإسلام في يوم الناس هذا؟!