UCAPAN TAHNIAH DARI KAMI

UCAPAN TAHNIAH DARI KAMI

Monday, January 18, 2010

KHUTBAH JUMAAT PALESTIN MENGUTUK AL-QARDAWY

PARA JEMAAH DITEBING BARAT MEMBANTAH SERANGAN PARA KHATIB TERHADAP SYEIKH AL-QARDAWY
Ramallah. Beberapa siri pertikaman lidah terjadi antara para makmum dengan para imam dibeberapa masjid di Tebing Barat setelah imam-imam pro kerajaan Palestin menyerang peribadi Dr. Yusuf Al-Qardawy Pengerusi Kesatuan Ulama’ Muslimin Sedunia menerusi khutbah Jumaat. Saksi berkata: ratusan jemaah dibandar Al-Birah di kawasan tengah Tebing Barat memboikot imam masjid setelah beliau didapati menyerang peribadi Al-Qardawy semasa khutbah Jumaat, dan pertengkaran telah berlaku antara kedua-dua pihak yang mengundang pasukan keselamatan kerajaan Palestin terpaksa campur tangan. Saksi juga menegaskan sebahagian anggota keselamatan telah memukul para jemaah yang mula bertakbir dan beberapa orang ditahan dalam kejadian itu. Bantahan juga dilakukan oleh para jemaah di Masjid Al-Ibrahimy dan diberapa masjid lagi di Bandar Khalil terhadap para imam pro kerajaan dan khutbah Jumaat telah terhenti selepas para imam mencerca Al-Qardawy. Saksi-saksi berkata para jemaah di Masjid Ibrahimy telah memaksa khatib Jumaat turun dari mimbar kerana serangannya terhadap Al-Qardawy ditengah gelombang bantahan dan laungan takbir yang menyebabkan khutbah terhenti setelah tenggelam dalam gema takbir para jemaah. Pertengkaran serupa juga berlaku di Masjid Besar As-Salahy di Nablus utara Tebing Barat para jemaah memaksa khatib turun dari mimbar kerana sebab yang sama. Sumber-sumber Palestin berkata puluhan masjid menyaksikan kejadian serupa sementara terdapat sebilangan khatib enggan mematuhi arahan membaca teks khutbah yang diedarkan menteri wakaf kerajaan boneka Israel Mahmud Abbas. Kementerian Wakaf kerajaan Ramallah sebelum ini memaksa para imam masjid menghentam Al-Qardawy berikutan kenyataannya: “Presiden Palestin layak direjam sekiranya beliau menyokong serangan Zionis terhadap Ghazzah” Dipihak yang lain Pergerakan HAMAS telah membidas serangan media di Ramallah yang dilancarkan media gerakan Fatah dan pihak berkuasa Palestin terhadap Dr. Yusuf Al-Qardawy Pengerusi Kesatuan Ulama’ Muslimin Sedunia dengan menyifatkannya sebagai “beracun” dan mencerminkan “keruntuhan akhlak” yang terjadi dalam gerakan Fatah dan kerajaan Mahmud Abbas. Jurucakap HAMAS Samy Abu Zuhri dalam kenyataan bertulis menyeru Syeikh Al-Qardawy agar tidak melayan serangan media seperti ini. Beliau berkata: “Kami dalam HAMAS menegaskan bahawa rakyat Palestin dan umat Arab serta umat Islam seluruhnya bediri teguh dibelakang Syeikh Al-Qardawy, dan bahawa suara-suara sumbang ini tidak mewakili rakyat kami sebaliknya ia mewakili agenda luar yang mengarahkannya. Kami menyeru Syeikh Al-Qardawy supaya terus mendedahkan konspirasi terhadap umat dan rakyat Palestin dan tidak melayan kerenah seperti ini” Sementara itu Dr. Abdus-Sattar Qasim, pensyarah politik University Al-Quds telah mengkritik usaha menyerang peribadi Al-Qardawy. Beliau berkata terdapat beberapa kalangan rakyat Palestin dan Mesir dari penyokong pihak berkuasa Palestin dan rejim Mesir yang menyerang Syeikh Al-Qardawy, mereka ini adakalanya terkeluar dari adab kesopanan dengan melempar maki hamun terhadapa beliau. Beliau, dalam satu kenyataan bertulisnya menambah bahawa Syeikh Al-Qardawy adalah terlalu besar dan agung untuk disebut oleh lidah mereka ini walau dengan kebaikan sekalipun. Mereka ini sekarang memfatwakan bahawa memaki hamun Al-Qardawy adalah halal, tetapi mereka tidak pula menyebut dalam kamus mana: adakah halal dalam kamus orang fasiq atau golongan konspirator atau golongan talibarut Zionis atau golongan yang mengiktiraf musuh utama dan pembunuh umat Islam rejim Zionis ataupun golongan pengemis dipintu Amerika atau orang-orang yang berkonspirasi dengan golongan Zionis terhadap Ghazzah” Beliau seterusnya berkata:” Bila orang-orang berdosa terjebak lalu melakukan kecurangan terhadap umat, keluarga, isteri dan anak-anak, seterusnya mereka tergelincir dalam lumpur kerjasama dengan musuh Allah, dan musuh umat dan watan, mereka ini tidak lagi memiliki ruang didepan mereka kecuali mencela diri sendiri melalui celaan terhadap orang lain dan mereka juga tak dapat lari dari malu besar yang mereka sendiri palitkan pada diri mereka melainkan dengan melempar tuduhan keatas orang lain” Dr. Abdus-Sattar menegaskan bahawa Syeikh Al-Qardawi adalah salah seorang tokoh umat, bijak pandai agama dan simbol kepada umat Islam seluruhnya. Beliau merangkumi ilmu, adab dan kemuliaan pekerti. Beliau adalah tokoh watan yang sering membela isu-isu umat Islam dimana jua, beliau tidak pernah membiarkan sebarang krisis yang melanda umat ini atau sebahagian anggota umat melainkan beliau berada dihadapan para pejuang yang berjihad dengan ucapan dan fatwa, ceramah dan seminar menerusi pelbagai pendekatan. Beliau seorang yang ikhlas kerana Allah dan kepada umat ini dan kepada seluruh pelusuk Negara Islam, beliau menghabiskan hidupnya sebagai sebilah pedang yang tajam lagi ampuh dalam menghadapi pelbagai pencabulan yang dihadapi umat. Dr. Abdus-Sattar menambah bahawa Syeikh Al-Qardawy tidak pernah berkata bahawa Presiden Palestin wajib direjam sebaliknya apa yang beliau katakan bahawa Presiden wajar direjam sekiranya beliau menyokong serangan Zionis keatas Ghazzah. Ini adalah kata yang umum yang tidak mengandungi sebarang petunjuk melainkan bila perbuatan tersebut telah terjadi. Dan saya ingin tegaskan bahawa setiap orang Arab yang menyokong serangan keatas Ghazzah sama ada dengan kata-kata jelas atau kiasan, sama ada dengan sembunyi atau terang-terangan memang wajar direjam di Masjidil Haram atau dipintu masuk Masjid Al-Aqsa. Beliau menambah:” Saya ingin memohon maaf kepada Syeikh Al-Qardawi terhadap apa yang dilakukan oleh puak jahil itu dan saya yakin bahawa berjuta yang terdapat dibumi Syam dan Arab ini akan memohon maaf kepada Syeikh Al-Qardawy.

No comments:

Post a Comment