bersama kepimpinan ulamak




Sunday, December 6, 2009

MAJLIS SYURA PUSAT “MASYUMI"

DARI SEJARAH SILAM

  • KEPEKAAN ULAMA’ NUSANTARA DALAM SOAL POLITIK UMMAH
  • KEWAJIPAN MEMENANGKAN ISLAM DALAM PILIHANRAYA
  • KEPENTINGAN PILIHANRAYA DAN KEWAJIPAN PERSEDIAAN MENGHADAPINYA.

FATWA ‘ALIM ‘ULAMA’ MENGENAI PILIHANRAYA UMUM

Muktamar ‘Alim ‘Ulama’ dan Muballigh Islam se Indonesia yang dilangsungkan tanggal 27 Rejab I Sya’ban 1372 bersamaan dengan 11—l5hb., April 1953 di Medan;

Sesudah memperhatikan Undang-undang Pilihanraya Umum untuk memilih anggota-anggota Parlimen dan Dewan Perwakilan Rakyat (Indonesia) dan sesudah memahamkan:

a) Surah as-Syura ayat 13 yang menyuruh menegakkan Agama Islam (yang berbunyi):

“ALlah telah menerangkan kepada kamu - di antara perkara-perkara agama yang Ia tetapkan hukumnya apa yang telah diperintahkanNya kepada Nabi Nuh, dan yang telah Kami (ALlah) wahikan kepadamu (wahai Muhammad), dan juga yang telah Kami perintah kan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi ‘Isa, iaitu: “Tegakkanlah agama dan janganlah kamu berpecah belah padanya...”(Surah al-Syura: Ayat 13)

b) “Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi ‘wali’ (pemimpin) dengan meninggalkan orang yang beriman. Adakah kamu hendak mengadakan alasan yang terang-nyata bagi ALlah untuk (menyeksa) kamu”. (Surah al-Nisa’: Ayat 144)

“Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orangYahudi dan Nasrani sebagai pemimpin; sebahagian inereka menjadi pemimpin sebahagian yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan merekasebagai pemimpin (kawan rapat), maka sesungguhnya ia adalah dan golongan mereka itu (Yahudi dan Nasrani). Sesungguhnya ALlah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim”. (Surah al-Ma’idah: Ayat 51)

“Wahai orang yang beriman! janganlah kamu mengambil musuhKu dan musuhmu sebagai wali (pemimpin) kamu...” (Surah al-Mumtahanah: Ayat 1)

Nas-nas di bahagian “b” itu antara lain menyimpulkan tentang penentuan batas-batas orang yang boleh diangkat menjadi penguasa (pemimpin).

c) Surah aI-Ma’idah ayat 44,45,47 yang isinya menyuruh menjalankan undang-undang yang sesuai dengan hukum-hukum ALlah:

“Sesiapa yang tidak menjalankan hukum yang diturunkan oleh ALlah, mereka itulah orang-orang yang fasiq”.

“Sesiapa yang tidak menjalankan hukum yang diturun kan oleh ALlah, mereka itulah orang-orang yang zalim”.

“Sesiapa yang tidak men jalankan hukum yang diturun kan oleh ALlah, mereka itulah orang-orang yang kafir”.

d) Surah an-Nissa’ ayat 59 yang menyuruh menta’ati ALlah RasulNya dan UliIamri yang beriman:

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu ta’at kepada ALlah, dan hendaklah kamu ta’at kepada Rasul, dan pemerintah di kalangan kamu (berirnan)”.

e) Surah al-Haj ayat 41* dan surah ali-’Imran ayat 110, yang menyuruh berbuat kebajikan dan melarang kemunkaran:

“laitu orang-orang yang apabila Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, rnenyuruh mengerjakan yang ma’ruf dan melarang dan berbuat yang munkar; dan kepada ALlah kembali segala urusan”.

* Dalam teks asal dinyatakan Surah aI-Haj ayat 11; ternyata bila diteliti ianya bercanggah dengan penghuraian maksud umum bahagian ini. Kami merasakan ayat yang sebenar adalah ayat 41 kerana beralasankan kepada maksud umum bahagian ini, iaitu: menyuruh berbuat kebajikan dan melarang berbuat kemunkaran. Wallahu‘A’Iam. — Editor.

“Karnu adalah sebaik-baik ummat yang dilahirkan untuk manusia, kamu menyuruh mengerjakan yang ma ‘ruf dan melarang yang munkar, dan kamu beriman kepada ALlah”. (Surah ali-Imran: Ayat 110)

f) Surah al-Ma’idah ayat 35, yang maksudnya menyuruh mencari wasilah kepada ALlah:

“Wahai orang-orang yang berirnan, bertaqwalah kepada ALlah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada Nya (wasilah), dan berjihadlah pada jalanNya supaya kamu mendapat keuntungan (kemenangan)”.

g) Qa’idah Usul yang berbunyi:

“Hukum wasilah (jalan) itu, juga hukurn tujuannya”.

dan:

“Setiap apa yang tidak sempurna kewajipannya melainkan dengan sesuatu itu, maka ianya juga rnenjadi Wa jib”.

MEMUTUSKAN:

Memfatwakan kepada seluruh ummat Indonesia sebagai berikut:

1. Tiap-tiap warga negara Indonesia yang beragama Islam, laki-laki dan perempuan, yang mempunyai hak memilih menurut Undang-undang Pemilihan Umum Indonesia yang telah disahkan:

a) WAJIB menjalankan hak-pilihnya dengan jalan mendaf tarkan diri sebagai pemilih dan memberikan suaranya (undinya) kelak pada waktu diadakan pemungutan suara.

b) WAJIB memilih hanya calun-calun yang mempunyai cita-cita terlaksananya ajaran dan hukum Islam dalam negara.

2. Kaum Muslimin, laki-laki dan perempuan yang telah mukallaf (akal-baligh), wajib berusaha dan memberikan segala macam bantuan dan pengorbanan untuk tercapainya kemenangan Islam dalam pemilihan umum yang akan datang.

Medan, 30 Rejab 1372 (14 April 1953)

KEPUTUSAN MAJLIS SYURA

1. Dengan ‘inayah dan taufiq ALlah Subhanahu wa Ta’ala dan berdasarkan menegakkan “baldatun tayyibatun”, maka Majlis Syura Pusat Masyumi mengeluarkan fatwa sebagai berikut:

a) Mengadakan pemilihan umum untuk membentuk parlimen Konstiuante adalah wajib hukumnya.

b) Kerana kemenangan Islam dan ummatnya tergantung kepada turut serta tiap-tiap seseorang (individu) Muslim laki laki dan wanita dalam perjuangan pemilihan umum, maka adalah: wajib ‘am hukumnya atas tiap-tiap Muslim Mus limat yang mukallaf, dan segala golongan, kalangan dan tingkatan turut serta benjuang dalam pemilihan umum tersebut.

c) Kerana kemenangan itu tergantung kepada pemberian suara (undi) buat memilih pemuka-pemuka (tokoh-tokoh atau wakil-wakil) Islam, maka:

i) Wajib atas tiap-tiap pemilih Muslim hanya memilih calun-calun yang bercita-cita politik Islam.

ii) Terlarang hukumnya memilih calun-calun yang tidak, apa lagi yang anti cita-cita Islam.

iii) Buat melaksanakan perjuangan pemilihan yang menjamin kemenangan maka wajiblah tiap-tiap Muslim dan Muslimat menyiapkan segala alat kelengkapan yang diperlukan oleh perjuangan itu baik lahir maupun batin.

2. Ummat Islam seluruhnya dianjurkan memperkuatkan persatuan kerjasama dan saling mengerti yang sebaik-baiknya yang menjamin kemenangan Islam.

Jakarta:

10 Jamadilakhir 1372,

24 Februani 1953.

MAJLIS SYURA PUSAT “MASYUMI”

Ketua,

K.H.A. RAHMAN SYIHAB

Sekretaris,

K.H.M. SALEH SAUDI

BERITA A.P.B. No. 941th. ke VIII

ALIM ‘ULAMA’ MALAYA DAN SOAL PEMILIHAN UMUM DI INDONESIA.

(Ummat Islam Indonesia wajib turut serta giat di dalam pemilihan umum nanti).

Seluruh ‘Alim ‘Ulama’ Malaya dalam suatu sidangnya yang telah diadakan di Selangor dan dikunjungi oleh para ‘Alim ‘Ulama’ Malaya dan berbagai tempat di Malaya telah memutuskan bahawa turut sertanya ummat Islam Indonesia dalam pemilihan umum yang diadakan di Indonesia nanti, adalah fardu ‘ain hukumnya, dan adalah haram jika ummat Islam Indonesia tidak ikut serta di dalam pemilihan umum nanti.

Lebih jauh diterangkan, bahawa keputusan ‘Alim ‘Ulama’ Malaya tadi, sekarang telah diperkuatkan pula oleh Majlis Syari’iyyah, yang kedudukannya persis Mahkamah Islam Tinggi di Indonesia. Semua Majlis Syar’iyyah di berbagai tempat di Malaya telah memutuskan pula fardu ‘ain bagi umat Islam Indonesia untuk turut serta dalam pemilihan umum yang akan datang nanti di Indonesia.

Keputusan tersebut diambil oleh ‘Alim ‘Ulama’ seluruh Malaya kemudian diperkuat oleh Majlis Syar’iyyah di berbagai tempat di Malaya, dengan pertimbangan bahawa jika di dalam pemilihan umum nànti ummat Islam mendapat kekalahan, maka sudah pasti perkembangan agama Islam akan tergencet (tertekan) atau tindakan-tindakan anti agama lebih hebat lagi, kerana umat Islam terang-terang dianggap golongan kecil.

Tetapi sebaliknya jika di dalam pemilihan umum nanti umat Islam Indonesia mendapat kemenangan yang gilang-gemilang, maka perkembangan Agama Islam akan maju-pesat, dan Segala cita-cita serta keinginan umat Islam sebagai golongan yang besar akan dapat dilaksanakan dalam segala lapangan. Kerana pemilihan umum itu akan menentukan juga terhadap agama Islam di Indonesia, maka ditetapkannya fardu ‘ain hukumnya turut serta ummat Islam di Indonesia dalam pemilihan umum yang akan datang nanti.

Jakarta, 22.4.1953.

No comments:

Post a Comment

KULIAH SETIAP AHAD MINGGU KEDUA




Kempen Tiga B