Wednesday, December 16, 2009

Berita Ringkas Dunia

  • Mahkamah Britain kelmarin mengarahkan polis menangkap Tsebi Levny mantan menteri luar Israel atas tuduhan terlibat dalam jenayah perang keatas rakyat Palestin di Ghaza sewaktu Levny berada di London bagi menghadiri seminar mengenai yahudi, namun Levny gagal ditemui.
  • Hans Blix mantan Ketua Pemeriksaan Senjata PBB keatas Iraq: Senjata Pemusnah Massa terhadap Iraq hanyalah satu helah untuk menyerang Iraq bagi menghapuskan Saddam Husain, sumber The Guardian
  • Tony Blair berbohong mengenai Iraq kononnya Baghdad memiliki senjata kimia dan biologi,The Independent
  • Bekas peguam Saddam Husain, Geophani de Stefano mendesak tindakan undang-undang diambil ke atas mantan PM Britain Tony Blair atas tuduhan menyerang Iraq secara haram selepas kenyataan Blair: Britain tetap akan menyerang Iraq biarpun Baghdad tidak mempunyai senjata pemusnah. Stefano yang mengemukakan permohonan kepada penasihat undang-undang kerajaan Britain terhadap Blair berkata: Blair telah mencabuli Perjanjian Geneva 1957 dengan mengheret negaranya dalam perang haram tanpa sebab yang menasabah.
  • Israel mengutuk perintah yang dikeluarkan mahkamah Britain menahan Tsebi Levny yang menjawat menteri luar ketika serangan Israel keatas Ghaza disebabkan jenayah perang yang beliau lakukan semasa serangan itu. Operasi sulfur telah membunuh 1400 korban lebih dari 900 darinya adalah orang awam termasuk wanita dan kanak-kanak juga menyebabkan kemusnahan besar di Ghaza. Dalam satu kenyataan bertulis yang dikeluarkan kementerian luar rejim berkata: Hasrat Britain mahu berperanan secara lebih berkesan dalam proses damai di Asia Barat akan tergendala jika pimpinan Israel tidak dapat melawat Britain secara yang layak dan terhormat. Kegagalan bertindak segera memperbetulkan kerosakan ini akan menjejaskan hubungan Israel Britain. Perintah yang dikeluarkan mahkamah London Sabtu lalu ditarik balik Isnin berikutnya setelah mahkamah mendapat tahu Levni tidak datang ke Britain. The Guardian on line berkata: Prinsip ini membolehkan kerajaan Negara di seluruh dunia membicarakan orang yang disyakki melakukan jenayah perang biarpun jenayah itu dilakukan diluar negara dan walaupun suspek bukan dari rakyatnya sendiri.
  • Persiapan sedang dijalankan untuk memindahkan tahanan di penjara Guantinamo ke penjara Amerika atas arahan Obama.
  • Dua tentera British mati dalam satu letupan di Afghanistan
  • Agensi berita Iran Irna melaporkan Hashimi Rafsanjani diturunkan pangkat kepada Hujjatul Islam bukan lagi gelaran Ayatollah. Pangkat Ayatollah merujuk pemegangnya memiliki pangkat ijtihad dalam agama iaitu kedudukan yang dianggap lebih tinggi daripada hujjatul Islam, setelah beliau dituduh mengkhianati Khamenie dan menentang sistem pemerintahan Ahmadinijad dalam pilihan raya baru-baru ini. Beratus penunjuk perasaan membantah keputusan pillihan raya presiden yang dikatakan dipalsukan telah ditangkap dan dibawa ke mahkamah yang menghukum mati dan memenjarakan sebahagiannya.
  • Umat Islam di seluruh pelusuk Eropah menghadapi gangguan dan apartide. Laporan yang dikeluarkan Akademi Masyarakat Terbuka sebuah yayasan swasta berkata: Ramai orang Islam mengalami layanan kejam disamping gangguan ekonomi dan sosial biarpun mereka sudah sebati dengan masyarakat dibandar-bandar yang mereka tinggal. Laporan itu menambah, larangan Sweden terhadap pembinaan menara azan baru-baru ini adalah isyarat yang jelas betapa sentiment anti Islam merupakan masalah sebenar diEropah. Laporan akademi itu yang diambil dari lebih 2000 sample yang ditemubual di 11 bandar di tujuh Negara Eropah iaitu Holland, Belgium, Jerman, Denmark, Britain, Peranchis dan Sweden bahawa terdapat antara 15 hingga 20 juta muslim tinggal di Kesatuan Eropah iaitu angka yang dijangka akan mencecah dua kali ganda pada tahun 2025.

No comments:

Post a Comment