Tuesday, November 3, 2009

Tangkapan Dr. Asri : Sudut Pandangan Berbeza

Peristiwa tangkapan semalam amat menggemparkan negara dengan reaksi berbagai pihak terhadap apa yang berlaku. Selain reaksi individu, bloggers, NGO dan pimpinan negara, pimpinan PAS juga tidak ketinggalan dalam melahirkan berbagai pandangan. Tidak menghairankan bagi sesetengah pimpinan yang menjadi teman sekuliah atau seuniversiti dengan beliau untuk meluahkan kemarahan. Selain daripada berbagai teguran dan bantahan terhadap JAIS yang begitu banyak diperkatakan terdapat beberapa persoalan boleh kita fikirkan sebagai memahami peranan dan tanggungjawab masing-masing. Antaranya ialah :

  • Adakah PAS tidak memerlukan undang-undang kawalan bagi Mengajar Tanpa Tauliah jika sekiranya kita memerintah. Undang-undang ini amat penting bagi mensabitkan ajaran salah dan sesat yang amat sukar untuk disabitkan dengan kesalahan tersebut. Pengamal undang-undang di Mahkamah Syariah amat memahami keperluan ini.
  • Kesalahan besar Dr. Asri bukan sangat kerana tidak ada tauliah tetapi ajaran wahabi @ salafi yang diperjuangkannya. Tiada kajian lengkap mengenai kesan buruk ajaran ini terhadap parti yang juga mempunyai ahli yang berpegang dengan ajaran ini, namun kesan terhadap masyarakat umum sehingga memporakporandakan beberapa buah kariah terutamanya di negeri ini tidak mungkin dapat dinafikan.
  • Tidakkah tindakan kita menghentam secara semberono terhadap tindakan JAIS ini hanya menambahkan satu lagi kesan negatif terhadap keyakinan masyarakat terhadap institusi agama sedangkan kita lantang meminta orang lain menghormatinya ketika isu Kartika digembar gemburkan. Adakah kita pasti berlaku penyalahgunaan kuasa dalam perlaksanaannya sedangkan kita agak jahil dengan tatacara jenayah yang diperuntukkan.
  • Adakah reaksi yang sama diberikan bagi tangkapan yang dibuat oleh SPRM dan sebagainya dan bukan oleh Jabatan Agama.
  • Adakah wajar dikatakan hujah dilawan dengan hujah sedangkan ianya melibatkan penguatkuasaan undang-undang oleh pemerintah. Hujah bagi tertuduh hanya didengari dan dibincangkan di mahkamah.

No comments:

Post a Comment