Monday, November 23, 2009

Khutbah Aidil Adha 11

خطبة عيد الأضحى
الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر , الله أكبر، الله أكبر، الله أكبرالله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، وَِللهِ الْحَمْد. الْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ، وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ، وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ. أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٍ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، الرَّحْمَةُ الْمُهْدَاةُ، وَالنِّعْمَةُ الْمُسْدَاةُ، وَالسِّرَاجُ الْمُنِيْرُ. وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى حَبِيْبِنَا وَشَفِيْعِنَا وَقُدْوَتِنَا مُحَمَّدٍ نَّبِيِّ الرَّحْمَةِ وَشَفِيْعِ اْلأُمَّةِ وَعَلَى اَلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ وَالاَهُ. أَمَّا بَعْدُ. فَيَا عِبَادَ اللهِ، اتَّقُوا اللهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُوْنَ
. اَللهُ اَكْبَرُ اَللهُ اَكْبَرُ اَللهُ اَكْبَرُ وَِللهِ الْحَمْدُ Wahai hamba-hamba Allah,
Bertaqwalah kamu kepada Allah agar kita mendapat kejayaan. Di hari ini seluruh Umat Islam menyambut Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Qurban. Hari ini kita memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim Alaihis salam sebagaimana firman Allah :
وَإِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ ِلأَبِيهِ آَزَرَ أَتَتَّخِذُ أَصْنَامًا آَلِهَةً إِنِّي أَرَاكَ وَقَوْمَكَ فِي ضَلاَلٍ مُبِينٍ
Dan (ingatlah) di waktu Ibrahim berkata kepada bapaknya Aazar: "Patutkah kamu menjadikan berhala-berhala sebagai tuhan? Sesungguhnya aku melihat kamu dan kaummu dalam kesesatan yang nyata". (Al-An’am : 74) Nabi Allah Ibrahim Alaihis salam terpaksa melakukan pengorbanan dalam usaha menegakkan aqidah tauhid dengan menolak segala bentuk ketuhanan dan kekuasaan selain daripada Allah yang Maha Esa. Nabi Ibrahim terpaksa mengorbankan kasih sayangnya terhadap bapanya dan bangun menentang kekuasaan pembesar-pembesar yang berpengaruh dan memerintah masyarakat ketika itu. Pengorbanan besar ini menyebabkan beliau dibakar di dalam api yang besar, dihalau oleh bapanya sendiri dan diancam oleh pihak berkuasa di tanahairnya sendiri. Itulah fitrah bagi orang yang beriman dan bertaqwa dan sanggup berqurban mempertahankan Agama Allah. Firman Allah dalam Surah Al-Ankabut ayat 1 hingga 3 : Alif, Lam, Mim, Adakah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan begitu sahaja untuk mereka berkata; “Kami telah beriman”. Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka. Maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan mengetahui juga orang-orang yang berdusta.
Muslimin Muslimat Sekelian, Mudah sahaja bagi Nabi Allah Ibrahim untuk melepaskan diri daripada kesusahan yang ditempuhinya. Baginda boleh sahaja beribadat dengan tenang di rumahnya, sambil bersyukur dengan keamanan kampung halaman yang didiaminya dan bertoleransi dengan kaumnya yang menyembah berhala dalam aktiviti harian seperti bersukan, berekreasi dan sebagainya. Namun apakah itu yang dilakukan oleh Nabi Allah Ibrahim.
اَللهُ اَكْبَرُ اَللهُ اَكْبَرُ اَللهُ اَكْبَرُ وَِللهِ الْحَمْدُ Muslimin Muslimat yang dirahmati Allah, Segala pengorbanan yang dilakukan oleh nabi Ibrahim itu, hanyalah sekadar menunaikan tanggungjawab terhadap Allah. Allah menghendaki lebih daripada perlaksanaan tanggungjawab tersebut, malah cinta dan kasih sayang Nabi Ibrahim terhadap Allah perlu dibuktikan melalui pengorbanan yang lebih besar pula. Nabi Ibrahim terpaksa mengorbankan kasih sayangnya terhadap isteri dan anaknya yang ditinggalkan di kawasan yang kering kontang demi membuktikan cintanya kepada Allah. Malah tanpa ragunya baginda menyembelih anaknya, Nabi Allah Ismail semata-mata bagi membuktikan cintanya kepada Allah. Maka apakah memadai kita mengatakan kita cintakan Allah dengan hanya beribadat seadanya yang terkadang terlalai dek kesibukan tugas seharian serta keseronokan melayan anak-anak dan isteri tercinta. Apakah memadai pengakuan cinta kita kepada Allah dengan hanya menyertai ibadat korban sepanggu dua tetapi berkira-kira ketika diminta berkorban jiwa dan harta dalam perjuangan menegakkan Syariat Allah.
اَللهُ اَكْبَرُ اَللهُ اَكْبَرُ اَللهُ اَكْبَرُ وَِللهِ الْحَمْدُ Sidang Jemaah sekelian, Kita tidak akan berada di negara ini dengan aman dan bebas tanpa pengorbanan nenek moyang kita yang bangkit menentang penjajah. Tanpa usaha gigih dan pengorbanan pejuang-pejuang terdahulu yang membangkitkan kesedaran ummat untuk berhimpun dan menzohirkan kebencian terhadap Malayan Union, nescaya hari ini kita masih bertuankan penjajah. Seluruh rakyat mengorbankan keselesaan mereka beristirehat di rumah, mengorbankan keuntungan perniagaan yang melimpah ruah, mengorbankan kesopanan dan kesantunan mereka sebagai Bangsa Melayu yang berhemah, bagi menggerunkan penjajah. Maka apakah yang kita korbankan hari ini demi mempertahankan maruah dan kedaulatan Agama Allah. اَللهُ اَكْبَرُ اَللهُ اَكْبَرُ اَللهُ اَكْبَرُ وَِللهِ الْحَمْدُ Wahai saudara-saudaraku sekelian, Semua kita wajib melakukan pengorbanan sebagaimana umat terdahulu melakukannya. Pengorbanan terbesar yang perlu kita lakukan adalah menundukkan hawa nafsu agar kita mampu melaksanakan segala titah perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya. Amar Makruf Nahi Munkar hendaklah dilaksanakan mengikut kemampuan dan kemahiran masing-masing. Budaya ilmu hendaklah disemarakkan agar tidak ada lagi Umat Islam yang jahil dengan cara hidup Islam yang sempurna dan amat indah. Asas taqwa hendaklah sentiasa dimantapkan di sanubari setiap anak-anak. Ketuanan Syariat Allah hendaklah didaulatkan dan dipertahankan walaupun terpaksa menitiskan peluh dan darah. اَللهُ اَكْبَرُ اَللهُ اَكْبَرُ اَللهُ اَكْبَرُ وَِللهِ الْحَمْدُ Muslimin Muslimat Sekelian, Allah swt berfirman :
Dan barangsiapa yang berpaling dari peringatanku, maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit, dan kami akan himpunkannya pada Hari Kiamat kelak dalam keadaan buta. Dia akan berkata; Ya tuhanku, kenapa engkau himpunkan aku dalam keadaan buta sedangkan aku dahulunya boleh melihat. Allah berfirman; demikianlah telah datang kepadamu ayat-ayat Kami, maka kamu melupakannya, dan begitu juga pada hari ini kamu dilupakan. Dan demikianlah kami membalas sesiapa yang melampaui batas dan tidak percaya kepada ayat-ayat tuhannya. Dan sesungguhnya azab Akhirat itu lebih bersangatan dan kekal.
بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ, وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ, وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ, أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ ِليْ وَلَكُمْ وَ لِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَالْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ
. خطبة يغكدوا
اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ، وَِللهِ الْحَمْدُ. اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى هَدَانَا لِهَذَا وَمَا كُنَّا لِنَهْتَدِىَ لَوْ لاَ أَنْ هَدَانَا اللهُ. أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ، صَدَقَ وَعْدَهُ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ، وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ. وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ. اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَنْ تَبِعَهُ وَنَصَرَهُ وَوَالاَهُ. أَمَّا بَعْدُ. فَيَا عِبَادَ اللهِ اتَّقُوا اللهََ، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُونَ. اَللهُ اَكْبَرُ اَللهُ اَكْبَرُ اَللهُ اَكْبَرُ وَِللهِ الْحَمْدُ
Muslimin Muslimat yang dirahmati Allah, Kita memerlukan pengurbanan bagi menyelamatkan Umat Islam yang kebanyakkannya leka dan alpa terhadap tanggungjawab terhadap agama. Kita perlu berqurban menyedarkan mereka yang mengambil mudah dan meremehkan perintah Allah dan Rasulnya. Kita memerlukan pengurbanan yang begitu banyak bagi mengalahkan penganjur-penganjur maksiat yang ada di mana-mana ketika mana kita sedang melipatgandakan usaha membawa masyarakat kembali beragama. Malah kita juga memerlukan pengurbanan bagi menghadapi Umat Islam yang hilang semangat dan daya juang. اَللهُ اَكْبَرُ اَللهُ اَكْبَرُ اَللهُ اَكْبَرُ وَِللهِ الْحَمْدُ Hadhirin Hadhirat yang dirahmati Allah, Tidak akan ada masa depan yang gemilang bagi Islam jika Umatnya masih leka dan tidak mahu berqurban. Apakah gunanya kita memerintah Negara jika kita hanya mampu mengurban Islam berbanding berqurban untuknya. Kita sering mengambil berat bagi menyediakan kenderaan di padang Mahsyar melalui ibadah qurban, tetapi kita sering melupakan persediaan bekalan bagi menjawab pertanyaan Allah di Hari Pembalasan.
Pada hari ini marilah kitabersyukur kepada Allah yang telah mengurniakan kepada kita iman dan Islam. Marilah kita mengurbankan masa lapang kita untuk menghisab diri kita, keluarga kita, masyarakat kita dan Negara kita samada memenuhi tuntutan Allah atau tidak. Marilah kita mengucapkan selawat dan salam kepada Rasulullah saw yang telah menyampaikan Islam kepada kita.
إِنَّ اللهَ وَمَلآئِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ، يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ صَلُّواْ عَلَيْهِ وَسَلِّمُواْ تَسْلِيمًا – الأحزاب : 56
Sesungguhnya Allah dan para malaikatnya sentiasa berselawat ke atas Nabi, wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam ke atas nya.Marilah kita bersama-sama selepas khutbah ini, untuk bersama-sama melaksana dan menyaksikan ibadah semoga dapat memberikan keinsafan kepada kita, jika sekiranya lembu-lembupun sanggup berkorban dalam usaha membantu kita mencari keredhaan Allah maka wajarkah kita menjadi sebodoh lembu dengan berterusan membangkitkan kemurkaan Allah.
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سيدنا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ. وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، فِى الْعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ. اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَالْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ اْلأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَاْلأَمْوَاتِ. رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَِلإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِاْلإِيمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِى قُلُوبِنَا غِلاًّ لِلَّذِينَ آمَنُواْ رَبَّنَا إِنَّكَ رَؤُوفٌ رَحِيمٌ. اَللَّهُمَّ أَعِزَّ اْلإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِينَ. اَللَّهُمَّ انْصُرِ اْلإِسلاَمَ وَالْمُسْلِمِينَ، وَأَذِلَّ الشِّرْكَ وَالْمُشْرِكِينَ، وَالنِّفَاقَ وَالْمُنَافِقِينَ، وَالظُّلْمَ وَالظَّلِمِينَ. وَانْصُرْنَا عَلَى هَؤُلآءِ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَنَا وَيَصُدُّونَنَا عَنْ سَبِيلِ اللهِ. اَللَّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا الْمُجَاهِدِيْنَ وَالْمُسْتَضْعَفِيْنَ فِى فِلَسْطِينَ، وَفِى لُبْنَانِ وَفِى الْعِرَاقِ، وَفِى شِيشَانَ، وَفِى كَشْمِير، وَفِى كُلِّ مَكَانٍ. اَللَّهُمَّ قَوِّ عَزَائِمَهُمْ، وَاجْمَعْ كَلِمَتَهُمْ. اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكََفَرَةَ وَالْمُنَافِقِينَ وَأهْلِكْ أَعْدَاۤءَكَ أَعْدَاۤءَ الدِّيْنِ وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ. اَللَّهُمَّ يَا مُجْرِىَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ اْلأَحْزَابِ، اِهزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ. اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سُلْطَانُ اَزْلَنْ مُحِبُّ الدِّيْنُ شَاهِ ابْنُ اَلْمَرْحُوْمِ سُلْطَانِ يُوْسُفِ عِزُّ الدِّيْنِ شَاهِ غَفَرَاللهُ لَهُ رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ. رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا. رَبَّنَا آتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمْ. وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ. اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، وَِللهِ الْحَمْدُ.

Wednesday, November 18, 2009

Khutbah Aidil Adha 1

KHUTBAH AIDIL ADHA 2009.
* اَللهُ أَكْبَرُ, اَللهُ أَكْبَرُ, اَللهُ أَكْبَرُ, * اَللهُ أَكْبَرُ, اَللهُ أَكْبَرُ, اَللهُ أَكْبَرُ * اَللهُ أَكْبَرُ, اَللهُ أَكْبَرُ, اَللهُ أَكْبَرُ, * وَللهِ الْحَمْدُ
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِى جَعَلَ هذاَ الْيَوْمَ عِيْدًا كَبِيْرًا وَسُرُوْرًا
اَللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ للهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاَ. لاَ اِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ, صَدَقَ وَعْدَهُ, وَنَصَرَ عَبْدَهُ, وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ. أَشْهَدُ أَنْ لاَ اِلَهَ إِلاَّ الله ُ وَحْدَهُ َلا شَرِيْكَ لَهُ, وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ
اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَالتَّابِعِينَ وَتَابِعِى التَّابِعِينَ لَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلىَ يَوْمِ الدِّيْنِ. فَيَا عِبادَ الله. اتَّقُوْا الله وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَى, فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ
Wahai hamba-hamba Allah, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan melaksanakan segala suruhannya dan meninggalkan segalalarangannya dan carilah bekalan, sesungguhnya sebaik-baik bekalan adalah taqwa. Wahai hamba-hamba Allah yang dirahmati Allah S.W.T,
Kedatangan bulan Zulhijjah bersama kelebihan dan keistimewaannya yang tersendiri mestilah digunakan sebaiknya oleh umat Islam terutama dengan berpuasa sunat hari Arafah bagi kita yang tidak mengerjakan ibadat haji disamping melaungkan takbir bermula pagi 9 Zulhijjah hingga berakhirnya hari Tasyriq iaitu hari ke 13 Zulhijjah. Eidil Adha itu sendiri membawa maksud hari raya korban di mana sepanjang hari raya sehingga berakhirnya Hari Tasyriq maka kita disunatkan untuk melakukan ibadat korban binatang ternakan di mana antara matlamat kepada ibadat korban ini adalah bagi memupuk semangat untuk berkorban apa sahaja untuk meninggikan agama serta menghilangkan rasa sayang yang keterlaluan terhadap harta dunia.
Saudara-saudaraku yang dirahmati Allah.
Sejak akhir-akhir ini masyarakat kita menghadapi berbagai masalah yang meruncing yang tak pernah selesai bahkan hari ke hari semakin meningkat. Antara masalah yang dapat kita lihat adalah :
1. Jenayah bunuh yang semakin meningkat, rompak dan pecah rumah semakin berleluasa.
2. masalah remaja dari hari ke hari makin tidak boleh diatasi, rempit, zina, buang anak, berkhatwat, berpakaian barat yang menjolok mata, punk, dadah yang penagihnya melebihi 200 ribu orang kebanyakannya di kalangan anak melayu ini semua sebahagian masalah remaja yang telah meresapi jiwa anak-anak kita.
3. Rakyat hari ini makin tertekan dengan pelbagai cukai, tol, akhirnya barangan harian semakin meningkat. Rakyat juga dididik dengan kebendaan dan kemewahan, mereka digalakkan dan dididik berhutang walaupun keperluan hutang yang tidak mendesak, akhirnya mereka terpaksa menghabiskan masa untuk membayar hutang, lebih malang anak-anak terabai, anak-anak tidak membesar sebagai mukmin kerana kurangnya kasih sayang kedua ibu bapa yang terpaksa berhempas pulas mencari duit siang dan malam membayar hutang. Hanya sekadar inginkan sedikit kemewahan dunia, keutamaan membesarkan anak terabai.
4. Rakyat juga menghadapi pelbagai penyakit yang tidak pernah wujud sebelum ini, Aids, H1N1 @ ( selsema babi ) dan sebagainya.
5. Sistem pendidikan yang tidak berkesan adalah satu masalah yang kita hadapi kini, rakyat hanya memiliki sekolah yang cantik dan canggih tetapi tidak melahirkan pelajar yang berakhlak. Pendidikan Islam di petangkan pendidikan yang berasaskan kebendaan dipagikan, maka sekolah agama KAFA tidak diutamakan… diajar anak-anak tentang Islam diwaktu mereka telah keletihan. Sekolah Agama tidak diwujudkan, mereka membiarkan rakyat sahaja menwujudkan. sekiranya ada terbinapun itu adalah hasil desakan rakyat dan sebagai saingan yang ingin dikawal. Natijahnya anak-anak kita tidak mendapat asas-asas pendidikan islam yang sempurna. Lebih malang, kesan daripadanya lahirlah pelajar yang rosak akhlak walaupun berilmu.
6. Sistem ekonomi kita yang berasaskan riba yang menindas dan menekan rakyat juga salah satu masalah kita hadapi.
7. Sistem penyiaran kita iaitu TV dan Radio yang tidak diasaskan dan ditubuhkan menurut kehendak Islam, TV dan Radio menyembah kebendaan dan keuntungan tidak menyembah Allah yang Maha Esa. Mereka tidak mengatur program-program yang boleh mendidik. Mereka menyediakan apa yang boleh menguntungkan, bukan yang selaras dengan adab dan akhlak Islam. Filem-filem dan drama-drama diambil dari punca-punca yang diolah oleh yahudi dan nasora yang mendidik anak-anak kita kebebasan antara lelaki perempuan, menyuntik cara hidup yang bercangah dengan kehidupan Islam seperti pakaian yang menjolok mata, gaya rambut yang menyerupai artis-artis barat, kebebasan, fesyen, dan sebagainya. Pemberita-pemberita wanita semakin seksi, artis-artis makin galak. Semua ini memperlihatkan kesongsangan dan kesesatan yang jelas sedang TV dan Radiolah medium yang paling berkesan untuk mendidik anak-anak kita. Akhirnya anak kita lalai dan terus lalai dengan hiburan ini, semakin malang masa mereka yang sepatutnya digunakan membaca al-Quran, mendalami sirah kehidupan Rasulullah dan Hadith-Hadithnya digunakan untuk berhibur. Malang semakin malang ada dikalangan anak-anak kita mencontohi cara hidup barat yang dipaparkan sehingga ada yang tidak kenal jalan ke masjid tetapi lebih kenal jalan ke taman bunga, maka natijahnya lahirlah anak luar nikah dan pelbagai gejala yang tidak dapat kita gambarkan sebelum ini. Saudara-saudaraku yang dirahmati Allah
Itu adalah sebahagian masalah yang kita hadapi. Masalah ini mengelapkan masa depan anak-anak kita. Penyelesaiannya adalah al-Quran. Kita seolah-olah hidup di dalam kegelapan jahiliah, kita hidup di atas sistem barat yang merosakkan. Oleh itu marilah kita menyelesaikan masalah ini dengan kembali kepada al-Quran. Allah berfirman dalam Surah Asy-Syura ayat 52 yang bermaksud :-
akan tetapi Kami jadikan Al-Quran: cahaya Yang menerangi, Kami beri petunjuk dengannya sesiapa Yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba kami. dan Sesungguhnya Engkau (Wahai Muhammad) adalah memberi petunjuk Dengan Al-Quran itu ke jalan Yang lurus,( Surah asy-Syura ayat 52 )
Dalam surah Surah al-A’raf ayat 157 Allah berfirman :
maka orang-orang Yang beriman kepadaNya, dan memuliakannya, juga menolongnya, serta mengikut Nur (cahaya) Yang diturunkan kepadanya (Al-Quran), mereka itulah orang-orang Yang berjaya.
Dalam Surah Ibrahim ayat 1 pula Allah berfirman :
Alif, Laam, Raa'. ini ialah Kitab (Al-Quran) Kami turunkan Dia kepadamu (Wahai Muhammad), supaya Engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman - Dengan izin Tuhan mereka - ke jalan Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Terpuji. Manusia hari ini buta seumpama seekor unta yang kehausan di padang pasir yang kering kontang mencari-cari air di sekelilingnya sehingga dia mati kehausan sedangkan ia mempunyai air simpanan dibelakangnya. Mereka mempunyai petunjuk al-Quran di dalam rumah mereka sendiri kadang-kadang kita letak di dalam almari perhiasan, ada juga yang letak di atas almari dan sebagainya namun petujuk cahaya al-Quran itu tersimpan sahaja, mereka menghadapi pelbagai masalah namun tidak dapat menemui penyelesaiannya, mereka tercari-cari, dan tercari-cari dan akhirnya terus dalam kegelapan kerana tidak mengunakannya. Saudara-saudaraku yang rahmati Allah,
Perancangan musuh iaitu yahudi dan nasora yang terancang juga menyebabkan kita menghadapi masalah-masalah yang disebutkan tadi. Perancangan ini melalui wakil-wakil mereka yang terdidik dengan pendidikan mereka, sebahagian mereka terdiri dari kalangan orang Islam itu sendiri. Allah menyatakan secara jelas perancangan mereka di dalam al-Quran, firman Allah :-
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِنْ تُطِيعُوا فَرِيقًا مِنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ يَرُدُّوكُمْ بَعْدَ إِيمَانِكُمْ كَافِرِينَ
Wahai orang-orang Yang beriman! jika kamu taat akan sesuatu puak dari orang-orang (Yahudi dan Nasrani) Yang diberikan Kitab itu, nescaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi orang-orang kafir sesudah kamu beriman.
Mereka musuh Islam seboleh-bolehnya mendidik bakal pemimpin-pemimpin Negara umat Islam mengagongkan pendidikan barat dan cara kehidupan barat. Akhirnya satu masa dahulu tulisan kita di Malaysia adalah tulisan jawi di ubah kepada tulisan rumi. Kesannya kepada anak-anak kita amat buruk diantaranya ;-
1. Anak anak kita tidak pandai membaca al-Quran jauh sekali memahami dan menghayati.
2. Kitab-kitab sumber rujukan umat Islam yang banyak tidak dapat dibaca oleh generasi selepas itu.
3. Akhlak dan budaya Islam ditinggalkan akibat mengagongkan cara hidup barat.
4. Tulis rumi menjadi perantara mudah menyalurkan budaya dan akhlak barat.
Perancangan-perancangan ini dibuat begitu terancang dan tersusun, sehingga akhir-akhir ini kita tidak perlu lagi pergi ke Genting Highland untuk berhibur, cukuplah kita berada di depan TV dan menghampar telingga di corong Radio. Sebutlah apa sahaja yang kita mahu semua tersedia, Akademi Fantasia dan sebagainya.
Rakyat Malaysia kini dihidangkan oleh pemimpin-pemimpin mereka dengan kegelapan bukan cahaya, sehingga mereka hanya pandai menyelak siaran TV untuk berhibur dan tidak lagi pandai menyelak al-Quran al-Karim untuk membaca dan menghayati. Saudara-saudaraku yang disayangi dan dirahmati Allah.
Setelah kita berbincang tentang masalah yang kita hadapi dan penyelesainya, dan disamping itu terdapat perancangan-perancangan Yahudi dan Nasora melalui anak-anak didik mereka yang diperalatkan. Maka disini mimbar ini menggariskan cara yang terbaik dalam menyelesaikan segala permasalahan yang kita hadapi. Pernyelesaiannya seperti berikut tersebut[i] :-
1. Hendaklah kita memiliki keyakinan yang sungguh-sungguh dan kuat bahwa tidak ada yang dapat menyelamatkan kita kecuali sistem sosial yang diambil dan bersumberkan dari kitab Allah swt. sistem sosial yang tidak berlandaskan al-Quran pasti bakal menemui kegagalan. Contohnya dalam masalah kesihatan yang kita hadapi tidak akan dapat diatasi melainkan dengan menyelesaikan punca-punca terjadi penyakit tersebut. Rasulullah bersabda :-
مَا ظَهَرَتِ الْفَاحِشَةُ فِيْ قَوْمٍ إِلاَّ كَثُرَتْ فِيْهِمُ اْلأَوْجَاعُ الَّتِيْ لَمْ تَكُنْ ِفيْ أَسْلاَفِهِم
“ tidaklah perilaku keji terlihat nyata di tengah-tengah suatu kaum, kecuali akan banyak penyakit menimpa mereka, yang tidak pernah menimpa orang-orang sebelum mereka”. Sebagai contoh masalah Aids akan selesai jika pergaulan bebas tidak berlaku. 2. Wajib menjadikan kitab Allah sebagai kawan karib, kawan bicara, dan guru. Kita harus membacanya. Jangan sampai ada hari yang kita lalui sedangkan kita tidak menjalinkan hubungan dengan Allah swt. melalui al-Quran. Rasulullah saw. Bersabda :-
مَنْ قَرَأَ آيَةً مِنْ كِتاَبِ اللهِ فَلَهُ بِكُلِّ حَرْفٍ عَشْرُ حَسَناَتٍ وَمَنْ يَسْتمع لها كاَنَتْ لَهُ نُورًا يَومَ القيامة.
Sesiapa menbaca satu ayat dari kitabullah, maka ia memperoleh sepuluh kebaikan untuk setiap huruf. Dan sesiapa yang mendengarkannya, maka ia akan memperolehi cahaya pada hari kiamat. 3. Kita harus memperhatikan adab-adab membacanya dan ketika mendengar al-Quran kita juga harus memperhatikan adab-adab mendengarnya. Hendaklah kita berusaha merenungkan dan meresapinya. 4. Kita wajib mengamalkan hukum-hukum yang terkandung di dalam al-Quran al-Karim yang terbahagi kepada :- 4.1 Hukum-hukum individu yang berkaitan dengan individu seperti solat, puasa, haji, taubat, akhlak dan sebagainya.
4.2 Hukum-hukum yang berkaitan dengan masyarakat, atau hukum-hukum yang berkaitan dengan penguasa. Ini semua kewajipan Negara, contohnya menegakkan undang-undang Allah, Jihad, dan masalah-masalah yang merupakan tugas-tugas Negara menurut Islam.
Inilah tanggungjawab kita terhadap al-Quran yang boleh menyelesaikan segala masalah ummah.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ خطبه كدوا
الحَمْدُ لِلّهِ نَحْمَدُهُ و نَسْتَعِيْنُهُ وَنَسْتَهْدِيْهِ وَنَسْتَغْفِرُهُ، وَنَعُوْذُ بِاللهِ مِنْ شُرُوْرِ أَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيِّئَاتِ أَعْمَالِنْا، مَنْ يَهْدِهِ اللهُ فَلاَ مُضِلَّ لَه، وَمَنْ يُضْلِلْ فَلَا هَادِيَ لَه. أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَه، وَأَشْهَدُ أَنْ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَيْهِ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَالتَّابِعِيْنَ لَهُمْ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ. أَمَّا بَعْدُ: واهي سوداراكو يغ برإيمان! ساي برفسن كفدديريكو دان توان-توان سوفاي برتقوى كفد الله دغن سبنر-نبر تقوى. دان جاغن كامو ماتي ملاينكن ماتي ددالم إسلام. إِنَّ اللهَ وَمَلاَئِكَتِهِ يُصَلُّوْنَ عَلَى النَّبِي، يَاأَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيهِ وَسَلِّمُوْا تَسْلِيْمَا. وَقَالَ الرَّسُوْلُ:
(مَنْ صَلَّى عَلَىَّ مَرَّةً صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا).
( برغسياف برصلوات كفدكو سكالي، الله برصلوات كفدث سفولوه كالي). اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِيْ سَبِيْلِكَ فِيْ كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ , اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانِنَا المُسْلِمِيْنَ فِى عِرَاق وَفِى فَلَسْطِين وَفِى كَشْمِيْر وَفِى الهِنْد وفى أفغانستانِ وَفِى شِيْشَان وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إيندونيسيا وفى تايلند وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَزَكَاتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ عِبَادَ اللهِ ! إِنَّ اللهَ يَأْمُرُكُمْ بِالْعَدْلِ وَالْإِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى، وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ, يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ. فَاذْكُرُوا اللهَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوا عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ, وَاشْكُرُوا عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ, وَاسْأَلُوهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُوْنَ. أَقِمِ الصَّلاَةَ. [i] Ahmad Isa Asyur (2000), Hadits Tsulatsa : Ceramah-Ceramah Hassan al-Banna. Solo, Era Intermedia, h 28-33.
Disediakan oleh : AF Ustaz Arman Yusuf

Monday, November 9, 2009

Bai'ah Talak 3

Ketika mana ahli-ahli PAS sedang berdebar-debar menantikan penganjuran Seminar Memperkasakan Parti di Taman Melewar, media perdana menggembar-gemburkan mengenai Bai'ah Ta'lik Talak 3 yang dilafazkan oleh calon-calon PAS ingin bertanding di dalam pilihanraya. Berbagai persoalan dan bantahan dilaungkan samada oleh ulamak UMNO seperti Jamil Khir, Masyitah dan sebagainya hinggalah kepada ulamak pengampu UMNO seperti Prof. Mahmood Zuhdi dan Tan Seri Harussani. Entah dimana mereka memperolehi nas dan dalil bagi mengharamkan bai'ah tersebut. Antara alasan yang diberikan adalah seperti berikut :
a. Ianya meruntuhkan institusi kekeluargaan.
b. Ianya merupakan satu penghinaan terhadap kaum wanita.
c. Ianya mengembalikan kita balik ke zaman jahiliah, dimana wanita menjadi bahan dagangan, pajakan dan gadaian.
d. Ianya dasar yang berpaksikan kepada alasan dan sandaran aqal dangkal langsung tidak ada sandaran kepada Al Quran.
Membuat Ta'liq dalam perkahwinan termasuk dalam bab Munakahat dan ianya bukan ibadat khusus sebagaimana solat puasa dan sebagainya. Berbeza dengan ibadat yang perlu kepada nas untuk membolehkannya dilakukan, ta'liq harus dilakukan kecuali ada nas yang terang mengharamkanya. Oleh yang demikian pihak yang mengatakannya haram harus mengemukakan dalil pengharamannya, bukan sekadar hentaman berdasarkan akal fikiran semata-mata. Ada beberapa persoalan hukum yang berkait dengan persoalan ini seperti berikut : (http://www.zaharuddin.net/content/view/889/72/)
1) Hukum melafazkan Talaq tiga dengan sekali lafaz
a. Talaq sedemikian adalah HARUS ( dibenarkan) dan jatuh TIGA sekaligus : Ini merupakan ijtihad mazhab Syafie dan Hanbali serta majoriti ulama silam.
(al-Muhazzab, 4/282; Al-Mughni, 7/104 ;)
b. Ia adalah HARAM (DOSA) dan jatuh TIGA : Malik dan Abu Hanifah & Salah satu riwayat dari Ahmad. Ia juga pendapat majoriti Sahabat, tabien dan ulama silam.
(Hasyiah Ad-Dusuqi, 2/385)
c. Ia HARAM tetapi hanya jatuh SATU talaq sahaja : Sebahagian sahabat seperti Ali Abi Talib, Ibn Mas'ud, Abd Rahman Auf, Az-Zubayr Awwam.
Di Negara ini, Mahkamah Syriah adalah pihak yang berbidangkuasa dalam menentukan perkara ini dan biarlah Mahkamah Syriah yang menentukannya jika ada kes lompat parti ini berlaku melibatkan calon-calon PAS nanti.
2) Hukum berbai'ah dengan ta'liq talak.
Mazhab Hanafi dan Ibn Taimiah menegaskan sumpah tersebut adalah bergantung kepada niat, tetapi si pelaku berdosa. Berdasarkan pendapat ini, jika niat suami yang melafaz hanyalah sebagai ancaman kepada isteri atau menegahnya dari melakukan sesuatu perkara. Tatkala itu lafaz ta'liq itu dianggap bukan sumpah sebenar dan apabila ia dilanggari, perlulah si suami membayar kaffarah langgar sumpah yang ditetapkan oleh undang-undang Islam dan isterinya tidak tercerai.
Mazhab Syafie pula menfatwakan bahawa ianya bergantung kepada uruf setempat. Namun kebanyakkan ulasan ulama Syafie menjurus kepada jatuh talaq yang diikat atau dijadikan sumpah, iaitu jika dilanggar dengan sengaja tetapi tidak jatuh jika terlupa atau tidak sengaja.
3) Wajar atau tidak bai'ah dengan lafaz ta'liq tercerai isteri terutamanya dengan tiga talaq.
Pimpinan PAS dan calonnya melafazkan bai'ah sedemikian dalam keadaan sedar dan yakin bahawa mereka akan terus istiqamah dalam perjuangan Islam melalui PAS, dan bai’ah tersebut hanya sebagai pengukuh kepada iltizam tersebut dan bukan untuk meruntuhkan rumahtangga mereka. Mereka menganggap wadah perjuangan ini sebagai suatu yang amat penting dalam hidup mereka. Kecintaan kepada perjuangan suci ini amat dicintai sama seperti cintanya mereka kepada isteri dan rumahtangga mereka.
Mungkin juga seseorang isteri meletakkan syarat berta’lik seperti tersebut kepada suaminya sebagai para syarat kepada kelangsungan rumahtangga mereka. Tidak ada nilai seorang suami bagj seseorang isteri jika sekiranya beliau sanggup mengkhianati perjuangan dan apakah jaminan bahawa rumahtangga mereka juga tidak akan dikhianati.
Maslahah Ammah mesti didahulukan daripada Maslahah Khassah. Bagi mereka yang kenal erti perjuangan, menjaga amanah yang diberikan oleh pengundi adalah amat besar dan pengkhianatannya adalah mudharat yang amat besar. Kejatuhan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak hanya disebabkan pengkhianatan 3 individu yang menumpang nama parti untuk mendapatkan kerusi adalah mala petaka yang amat besar bagi majoriti rakyat Perak yang memilih Pakatan Rakyat bagi memimpin mereka. Maka keruntuhan sebuah institusi keluarga yang sebenarnya ada berbagai cara untuk dibina semula, jauh lebih kecil mudharatnya berbanding keruntuhan sebuah kerajaan yang dipilih oleh orang ramai.
Persoalan mudharat dan hukuman berganda yang ditimbulkan oleh sesetengah pihak maka apakah bezanya dengan Ta’liq yang dipaksakan ke atas suami oleh Jabatan Agama Islam Perak seperti berikut :
Jika ada perbalahan di antara kedua aku laki isteri maka mengadu isteriku ………………........... bt ………………kepada mana-mana Kadi Syariah dan sabit pengaduannya pada sisi Kadi itu, maka mengakulah aku akan berta’liq seperti yang dipersetujukan oleh Kadi itu. Sekiranya ingkar aku daripada berta’liq sedemikian itu maka guguirlah satu talaq di atas isteriku itu.
Tiap-tiap aku ruju’ akan isteriku…………………bt…………….dengan tiada redhanya maka tertalaqlah ia satu talaq pula.
Tidakkah ini membayangkan bahawa suami dipaksa melafazkan sumpah tanpa kerelaannya demi menjaga kepentingan isterinya sedangkan ada kaedah lain seperti fasakh yang boleh digunakandan apakah kepentingan majoriti rakyat sebuah negeri atau negara tidak begitu penting sepenting kepentingan seorang isteri kepada seorang lelaki. Apa yang penting lafaz Ta’liq adalah haq suami sama sepertimana hukum cerai yang menjadi hak mutlaq bagi suami. Dalam masa yang sama hak bertanding menggunakan bendera parti adalah hak mutlak parti bukan hak seseorang calon. Oleh kerana sistem demokrasi yang terlalu banyak kepincangannya ini boleh menyebabkan terjadinya pengkhianatan oleh seseorang calon terhadap amanah yang diberikan oleh majoriti rakyat maka kemudharatan ini mesti dicegah.
Parti berhak menetapkan syarat bagi membolehkan seseorang mewakili parti. Seseorang ahli tidak pernah dipaksa mewakili partinya. Dia bebas memilih untuk memenuhi syarat yang ditetapkan oleh parti ataupun tidak bertanding ataupun bertanding bebas atau boleh sahaja melompat parti sebelum bertanding. Oleh yang demikian lafaz ta’liq tersebut adalah hak suami tersebut yang bebas untuk diucapkan sama seperti ta’liq ; “jika kamu keluar dari rumah melalui pintu jatuh talak” yang pastinya tidak mempunyai sebarang kemaslahatan untuk dipelihara.
Untuk semua ahli parti, sebaiknya kita merujuk kepada Majlis Syura Ulamak atau Dewan Ulamak untuk mendapatkan penjelasan dan tidak perlulah kita melatah kerana mustahil perkara yang sebegini besar boleh dilakukan oleh pimpinan hanya berdasarkan nafsu dan pemikiran semata-mata.

Tuesday, November 3, 2009

Tangkapan Dr. Asri : Sudut Pandangan Berbeza

Peristiwa tangkapan semalam amat menggemparkan negara dengan reaksi berbagai pihak terhadap apa yang berlaku. Selain reaksi individu, bloggers, NGO dan pimpinan negara, pimpinan PAS juga tidak ketinggalan dalam melahirkan berbagai pandangan. Tidak menghairankan bagi sesetengah pimpinan yang menjadi teman sekuliah atau seuniversiti dengan beliau untuk meluahkan kemarahan. Selain daripada berbagai teguran dan bantahan terhadap JAIS yang begitu banyak diperkatakan terdapat beberapa persoalan boleh kita fikirkan sebagai memahami peranan dan tanggungjawab masing-masing. Antaranya ialah :

  • Adakah PAS tidak memerlukan undang-undang kawalan bagi Mengajar Tanpa Tauliah jika sekiranya kita memerintah. Undang-undang ini amat penting bagi mensabitkan ajaran salah dan sesat yang amat sukar untuk disabitkan dengan kesalahan tersebut. Pengamal undang-undang di Mahkamah Syariah amat memahami keperluan ini.
  • Kesalahan besar Dr. Asri bukan sangat kerana tidak ada tauliah tetapi ajaran wahabi @ salafi yang diperjuangkannya. Tiada kajian lengkap mengenai kesan buruk ajaran ini terhadap parti yang juga mempunyai ahli yang berpegang dengan ajaran ini, namun kesan terhadap masyarakat umum sehingga memporakporandakan beberapa buah kariah terutamanya di negeri ini tidak mungkin dapat dinafikan.
  • Tidakkah tindakan kita menghentam secara semberono terhadap tindakan JAIS ini hanya menambahkan satu lagi kesan negatif terhadap keyakinan masyarakat terhadap institusi agama sedangkan kita lantang meminta orang lain menghormatinya ketika isu Kartika digembar gemburkan. Adakah kita pasti berlaku penyalahgunaan kuasa dalam perlaksanaannya sedangkan kita agak jahil dengan tatacara jenayah yang diperuntukkan.
  • Adakah reaksi yang sama diberikan bagi tangkapan yang dibuat oleh SPRM dan sebagainya dan bukan oleh Jabatan Agama.
  • Adakah wajar dikatakan hujah dilawan dengan hujah sedangkan ianya melibatkan penguatkuasaan undang-undang oleh pemerintah. Hujah bagi tertuduh hanya didengari dan dibincangkan di mahkamah.