Tuesday, August 25, 2009

Penguatkuasaan Enakmen Jenayah Syariah

SHAH ALAM 24 Ogos - Pegawai masjid yang terdiri daripada nazir, imam, bilal dan siak di lebih 370 masjid di Selangor diberi surat kuasa untuk membantu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menguatkuasakan Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali, berkata, surat kuasa itu diberikan dua minggu lepas. - BERNAMA
Dewan Ulamak mengucapkan tahniah atas kesungguhan yang ditunjukkan oleh Datuk Dr. Hasan Ali dalam memastikan perlaksanaan Enakmen tersebut secara lebih berkesan. Kalaulah nak diharapkan kepada Pegawai-Pegawai Penguatkuasa Tetap dan Sukarela yang dilantik maka pastinya terlalu banyak kekurangan yang dihadapi. Dengan bantuan daripada pihak masjid, maka pastinya dapat meningkatkan keberkesanannya di samping dapat mengembalikan peranan masjid dalam kehidupan masyarakat Islam.
Di Negeri Perak juga ada peruntukan yang memberi kuasa kepada para Imam bagi melaksanakan tangkapan. Bukan sedikit antara mereka yang sanggup melakukannya. Masih ramai di masjid-masjid yang masih mempunyai kesedaran mengenai tanggungjawab nahi mungkar yang dituntut oleh Allah. Namun belum ada usaha yang bersungguh daripada Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Agama Islam Perak bagi mengeluarkan surat kuasa kepada para imam. Semoga pihak yang berbidangkuasa dapat mengambil langkah segera bagi mencontohi Selangor dalam kes ini.

No comments:

Post a Comment