Sunday, July 12, 2009

Membendung Penularan Selsema Babi (Influenza H1N1)

Dewan Ulamak PAS Negeri Perak menyokong penuh anjuran PAS Pusat yang meminta agar semua ahli, penyokong dan rakyat yang beragama Islam beramai-ramai melakukan Solat Hajat di masjid, surau, padang atau dirumah masing-masing dengan doa, semoga Allah membantu kita menghentikan wabak ini dari terus merebak. Sesungguhnya setiap yang terjadi itu datangnya dari Allah, dan hikmahnya Allah mahu kita bersatu dan terus mengingatinya. Jadikan wabak ini sebagai satu peringatan dari Allah dan ini menunjukkan bahawa Allah masih menyayangi kita dan mahukan kita kembali kepadanya. Setiap Ahli Jawatankuasa Kawasan juga disarankan agar mengadakan hubungan rapat dengan pihak Jabatan Kesihatan bagi mendapatkan maklumat terkini mengenainya dari masa ke semasa. Adalah amat baik jika sekiranya setiap AJK Kawasan dapat menganjurkan program taklimat kepada semua ahli dan masyarakat seluruhnya mengenai peranan yang boleh dimainkan oleh setiap individu bagi membendung penularan wabak ini.

No comments:

Post a Comment