Thursday, May 28, 2009

Memahami Hukum Tahalluf As Siasi

Memahami Hukum Tahalluf As Siasi
Mukaddimah
Selari dengan senario perkembangan politik yang menyelubungi PAS serta kecenderungan ke arah persefahaman dengan parti-parti alternatif lain seumpama PKN, DAP dan PRM yang mengarah ke arah pengekploitan isu oleh parti-parti yang memerintah terutamanya UMNO, maka dirasakan perlu bahawa diutarakan kepada setiap unit Penerangan dan Penyelidikan UPU seluruh Kawasan Selayang akan keperluan memahami agenda ini.
Antara agenda psikologi dan saraf yang bakal diutarakan oleh BN ialah:-
1. Persoalan kafir mengkafir
2. Kepimpinan Negara Oleh Bukan Islam
3. Mengundi Bukan Islam
4. Berkerjasama Dengan Bukan Islam
Semua isu ini banyak berkaitan dengan persoalah tahalluf yang diutarakan oleh PAS dan melihat kepada perkembangan terkini, sekalipun PAS berada di peringkat offensif (menyerang) namun PAS masih perlu ada strategi yang mantap untuk mengatasi isu yang ditimbulkan ini.
Artikel yang dibentangkan ini adalah antara langkah untuk memberi faham kepada setiap jentera Penerangan dan Penyelidikan akan dasar isu dan disebarkan luaskan melalui beberapa kaedah:-
1. Dijadikan sebahagian daripada isi kandungan kuliah oleh para murabbi PAS di setiap madrasah/surau atau masjid.
2. Mengenalpasti setiap UPU mempunyai individu yang banyak berinteaksi dengan masyarakat umum seperti di kedai kopi, pasar atau seumpamanya dan mula membicarakan hal ini secara langsung.
3. Menerbitkan risalah ringkas yang menghuraikan isu dasar ini untuk disebarkan disetiap UPU yang dikenalpasti kubu kuat UMNO, pengundi atas pagar etc.
4. Bahan utama dalam usrah agar setiap ahli mengetahuI isu dasar secara ilmiah (nas dan dalil) untuk berhujah dengan baik dan bernas dengan masyarakat umum.
Takrif
Tahalluf adalah suatu perjanjian persefahaman untuk berkerjasama dan bantu membantu untuk menghadapi lawan. Boleh berlaku di bawah beberapa situasi berdasarkan sirah Rasulullah dan para sahabah:-
1. Boleh berlaku antara kumpulan Islam seperti perjanjian dengan puak Aus dan Khazraj untuk tujuan penyatuan umat di bawah panji Islam dan penegakkan negara Islam
2. Boleh berlaku dengan golongan bukan Islam seperti persefahaman antara Rasulullah dengan golongan Bani Hashim dan Bani Abdul Mutolib sebelum hijrah. Juga perjanjian antara Rasulullah dengan Kabilah Khaza’ah selepas perjanjian Hudaibiyah.
3. Rasulullah mengiktiraf perjanjian antara sesama gologan jahiliyah yang bersatu untuk menentang kezaliman iaitu peristiwa melibatkan seorang lelaki dari kabilah Zabid telah dizalimi oleh Al-A’as bin Wasil. Beberapa orang bangsawan Mekah yang bersimpati membuat persepakatan perfahaman di rumah Abdullah bin Jad’an untuk menentang sebarang bentuk kezaliman. Berhubung ini Rasulullah bersabda:-
“Sesungguhnya aku telah menyaksikan di rumah Abdullah suatu pakatan yang aku sangat suka kepadanya seperti sayang kepada unta merah. Kalau aku diajak kepadanya di zaman Islam nescaya aku menyahutnya”
Kaedah Hukum
Diizinkan oleh syarak apabila melengkapi syarat-syarat yang boleh dilaksanakan Tahalluf dan bukan ketikamana Tahalluf tidak diizinkan.
Syarat-Syarat
1. Membawa Maslahah dan Tidak Mengikat Sehingga Menjejaskan Prinsip
1.1 Hubungan Rasulullah dengan keluarga dari kalangan Bani Hashim dan Bani Abdul Mutolib khasnya Abu Tolib. Walaupun mereka tidak Islam, tetapi mereka mempertahankan Rasulullah dengan bersedia berkorban apa sahaja. Tetapi apabila Abu Tolib cuba memujuk Rasulullah dengan tawaran golongan bangsawan Quraisy agar baginda bertolak ansur, maka dengan tegas baginda bersabda dengan sabda yang mashyur:-
“Wahai bapa saudaraku. Demi Allah! Kalau mereka meletakkan matahari di kananku dan bulan di kiriku agar aku meninggalkan urusan ini, nescaya aku tidak akan meninggalkankannya sehinggalah Allah memberi kemenangan kepada agamanya ataupun aku mati kerananya”
Akhirnya Abu Tolib dan keluarganya (kecuali Abu Lahab) mengambil keputusan untuk mempertahankan Rasulullah . Ini adalah kerjasama yang jelas antara seorang Rasul dan Abu Tolib yang masih belum Islam. Dan ini berterusan sehingga Abu Tolib meninggal.
1.2 Hubungan antara Abu Bakar dengan Ibnu Dugnah yang sedia memberikan perlindungan kepadanya terpaksa dibatalkan apabila Ibnu Dugnah mensyaratkan kepada Abu Bakar agar jangan membaca al-Quran di luar rumah kerana boleh mempengaruhi orang lain.
Maslahah Diizinkan
1. Ke Arah Kedaulatan Islam dan Perlaksanaan Syariat
Apabila semakin ramai orang Islam yang terjebak dengan pelbagai ideologi asing (seumpama sekularisme, komunisme, sosialisme), dan ketika itu pula kedapatan kumpulan bukan Islam yang sanggup memberikan laluan kepada perlaksanaan Islam untuk mencantas ideologi asing ini. Maka hubungan dengan kumpulan ini boleh dibuat dalam konteks berkerjasama ketika berpilihanraya, persidangan dewan dan seumpamanya dengan syarat mereka bersedia untuk menerima kepimpinan Islam, mengakui kedaulatan dan perlaksanaannya dengan sepenuhnya.
Pada masa yang sama kita tidak memaksa mereka untuk menganut Islam tetapi mengambil peluang memperkenalkan Islam kepada mereka.
Ini berlandaskan kepada dalil Pembentukan Piagam Madinah dengan puak muhajirin Quraish dan puak Yahudi yang bermastautin di Madinah.
Dalam konteks Piagam Madinah ini disebut bahawa Rasulullah telah sanggup mengorbankan dua perkara kecil (tetapi besar pada pandangan kita dan orang yang tidak memahami) yang turut tidak dipersetujui oleh dua sahabat besar baginda iaitu Saidina Umar dan Saidina Ali iaitu:-
i. Menghilangkan perkataan Bismillah pada permulaan isi perjanjian piagam ini
ii. Menghilangkan perkataan Muhammad Rasulullah sesudah Muhammad dan diganti dengan hanya Muhammad bin Abdullah sahaja.
Apapun penghapusan ini tidak menjejaskan isi kandungan asas Piagam Madinah (terdapat 47 fasal dan peraturan) yakni menuntut agar semua puak Muhajirin Quraisy dan 12 Kabilah Yahudi yang berada di Madinah ketika itu untuk bernaung di bawah pentadbiran dan pemerintahan yang ditunjangi oleh Rasulullah.
2. Menentang Kezaliman, Penyelewengan dan Keruntuhan Moral
Melibatkan perkara yang dirasai oleh semua golongan termasuk juga golongan bukan Islam. Bolah diadakan persefahaman dalam perkara ini seperti mendesak diwujudkan keadilan dalam undang-undang (kes Anwar Ibrahim), pembebasan tahanan tanpa bicara (kes ISA), kejujuran dan kesaksamaan (kes SPR dan kempen pilihanraya) dan seumpamanya.
Dalilnya ialah persetujuan Rasulullah terhadap Persefahaman Pakatan Menentang Kezaliman Semasa Zaman Jahiliyah seperti sabda Rasulullah:-
“Tolonglah saudaramu yang zalim dan yang dizalimi”
2. Mengakui Kepimpinan Islam dan Tidak Menjejaskan Matlamat Perjuangan
2.1 Rasulullah menangguhkan Tahalluf dengan puak Bani Syaiban apabila mereka tidak bersedia untuk bersama menegakkan negara Islam dan mempertahankannya apabila menerima ancaman musuh di mana Bani Syaiban menyatakan mereka tidak sanggup menghadapi Parsi tetapi sanggup menghadapi kabilah Arab sahaja jika berlaku peperangan ketika Piagam Madinah dibentuk.
2.2 Rasulullah membatalkan cadangan untuk Tahalluf dengan Bani Amar apabila mereka mahu bekongsi jawatan kepimpinan negara tanpa menerima Islamnya dalam Piagam Madinah.
3. Tidak Berwala’ Kepada Musuh dan Tidak Redha Dengan Pakatan Mereka
Mengakui dengan kepimpinan orang bukan Islam dan bertahalluf dengan musuh Islam untuk memerangi orang Islam. Firman Allah:-
“Janganlah orang yang beriman itu mengambil orang kafir sebagai wali dengan meninggalkan orang yang beriman. Barangsiapa yang berbuat demikian maka lepas dia dari Allah, melainkan kerana memelihara diri dari sesuatu yang ditakuti dari mereka dan Allah memperingatkan kamu terhadap dirinya (siksanya) dan hanya kepada Allah kembalimu”
Berwali bermakna menjadikannya sebagai pemimpin, teman akrab, pelindung atau penolong. Keadaan takut adalah darurat. Kesetiaan dalam keadaan itu dilahirkan secara zahir tetapi hatinya tidak redha disamping berusaha untuk membinasakan diri dengan merancang bagi meneruskan perjuangan dengan hijrah dan sebagainya.
Mawada’ah
Disana terdapat persefahaman sementara waktu dengan golongan yang bermusuh kerana maslahah. Persefahaman ini dinamakan Mawada’ah dan ada juga ulamak yang meletakkannya dalam perkara Hadanah (Gencatan Senjata)
Disebut dalam syarah mazhab, diantara maslahahnya ialah:-
1. Mengharapkan mereka masuk Islam atau mereka akan membayar jizyah atau menolong kerena memerangi golongan yang lain. Tetapi ulamak bertelingkah menentukan tempoh masanya, ada yang menghadkan empat bulan dan ada juga yang mengharuskan menurut maslahah diantaranya kerana orang Islam masih berada dalam kelemahan.
2. Adapun jika tiada apa maslahah atau mudharat lebih banyak dari maslahah maka tiada diharuskan.
Isti’anah (Meminta Bantuan Atau Pertolongan)
Apabila adanya persefahaman maka berlakulah tolong menolong yakni mereka berjanji untuk menolong kita dan kita juga berjanji untuk menolong mereka dalam perkara yang diizinkan syarak tanpa mengorbankan prinsip dan dasar Islam.
1. Mereka Menolong Kita
Menurut As-Syeikh Syed Sabiq dalam Fiqus Sunnah – Harus menerima pertolongan orang-orang fasik dan munafik kerana Rasulullah membenarkan Abdullah bin Ubai menyertai peperangan bersama-samanya dan kisah penyertaan Abu Mahjan yang mabuk dalam peperangan menentang Quraisyh.
Adapun pertolongan dari orang kafir, terdapat khilaf di kalangan fuqaha’:-
1. Imam Malik dan Imam Ahmad tidak mengharuskannya secara mutlak. Imam Abu Hanifah mengharuskannya dengan syarat orang Islam yang mengusai urusannnya.
2. Imam Syafei mengharuskannya dengan dua syarat:-
2.1 Apabila orang Islam dalam keadaan lemah
1.2 Apabila didapati orang bukan Islam itu cenderung kepada Islam dan memandang baik terhadapnya. Dibenarkan dia memberi pertolongan dengan diberi imbuhan dan bukan bahagian ghanimah (harta rampasan perang)
2. Kita Menolong Mereka
Menurut Syahrusi dalam kitab al-Mabsut dan Syeibani dalam kitab al-syairul kabir, Rasulullah menghantar Tamar Ajwad kepada Abu Sufyan dan mengutus lima ratus dinar ke Mekah supaya dibahagikan kepada orang yang perlu dibantu ketika Mekah dilanda kemarau.
Menurut Ibnu Qaim al Jawazih dalam kitab Ziadul Ma’ad, apabila Samamah bin ‘Asal, seorang pemimpin Bani Hanifah memeluk Islam, beliau telah memerintah supaya jangan dihantar bekalan gandum ke Mekah sehingga Mekah berada dalam kesempitan hidup. Berikutan itu pimpinan Musyrikin Mekah mengutus wakil untuk merayu kepada Rasulullah supaya menasihati Samamah agar menghentikan sekatan tersebut dan ini dilaksanakan.
Kesimpulan
Tahalluf itu boleh dibahagikan menurut keadaan berikut:-
1. Dalam peringkat membentuk kerajaan hendaklah dengan syarat:-
1.1 Kepimpinan mestilah di tangan orang Islam
1.2 Mengiktiraf negara Islam
1.3 Menerima perlembagaan Islam dan syariatnya
2. Tanpa Membentuk Negara:-
2.1 Kerana maslahah untuk menghadapi musuh yang besar
2.2 Maslahah bersama untuk menentang kezaliman, penyelewengan membebaskan
orang tahanan tanpa diadili dan seumpamanya
2.3 Berlindung sementara di masa lemah
2.4 Tidak terikat dengan syarat yang bercanggah dengan Islam dan kepentingan harakah
Islamiyah
Perhatian
Dalam soal Tahalluf ini hendaklah diberi perhatian kepada beberapa perkara yang boleh menjejaskan maslahah, antaranya ialah:-
1. Matlamat menegakkan negara Islam adalah sangat penting dalam strategi yang diambil oleh harakah islamiyah. Oleh itu jangan terikat dengan janji yang boleh menghalanginya atau syarat-syarat yang mengikatnya.
2. Mengutamakan persefahaman dengan kumpulan Islam yang berpengaruh dan mempunyai titik pertemuan dalam perkara prinsip yang boleh dipercayai, bukannya yang lemah dan tidak berperanan, kemudian barulah dengan kumpulan bukan Islam.
3. Kita sedang berhadapan dengan masyarakat yang cetek pengetahuan terhadap Islam. Mereka tidak tahu perbezaan diantara Islam dan perbandingan dengan ideologi asing seperti sekularisme, kapitalisme, sosialisme, komunisme dan seumpamanya.. Oleh itu golongan islam hendaklah mempunyai sakhsiah yang kuat, yang membezakan mereka dengan parti-parti lain dan perlu diberi kefahaman tentang perbezaan antara Islam dengan ideologi lain. Jika tidak maka tahalluf dengan kumpulan bukan Islam akan memberi kesan negatif.
4. Persefahaman dengan kumpulan bukan Islam tidak berpanjangan, samada mereka akan menerima Islam atau pertarungan akan berlaku juga akhirnya. Oleh itu hendaklah membuat ikatan-ikatan yang longgar yang tidak membelenggukan kita dan kepentingan prinsip perjuangan kemudian nanti.
5. Kenyataan lisan dan senario semasa yang perlu dihadapi dengan tegas agar tidak menjejaskan prinsip kerana kumpulan lain pasti cuba menyatakan prinsip berdasarkan selera tersendiri seperti PKN dengan demokrasi ala UMNO, DAP dengan Malaysian Malaysia dan PRM dengan Sosialisme (Kesaksamaan).
6. Berwaspada apabila berhadapan dengan tipudaya mereka (jika ada) dengan bergantung harap sepenuhnya kepada Allah dan kebijaksanaan kurniaNya.
Penutup
Tahalluf boleh dilakukan dalam konteks untuk menguasai negara secara menyeluruh dan secara khusus menghadapi isu atau situasi yang khusus dengan memenuhi syarat dan nas yang diizinkan syarak.
Apabila adanya golongan samada Islam atau fasik atau munafik atau musyrik mengemukakan perkara yang dihormati oleh Islam atau benar menurut dasar dan perlaksanaannya atau diharuskan dan membawa maslahah yang nyata, maka hendaklah diterima dengan syarat tidak ada dalam perlaksanaannya perkara yang boleh menjejaskan jamaah atau hak dan cara yang tidak diizinkan oleh syarak.
http://al-futhuhat.blogspot.com/2009/05/tahalluf-as-siasi.html

Tuesday, May 26, 2009

Ucaputama Konvension PAS Ke 14

KECEMERLANGAN DAKWAH TERAS KEMENANGAN
MUQADDIMAH
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana sekali lagi kita dipertemukan di dalam konvensyen pada kali ini dalam suasana mahabbah dan ukhuwah meskipun berhadapan dengan kemelut politik negeri Perak yang berlarutan, namun semangat juang yang sedia ada meningkatkan kesedaran kita untuk memahami betapa pentingnya sifat istiqamah dan intima dalam perjuangan parti. Justeru itu dalam konvensyen pada kali ini saya mengajak semua ahli agar bermuhasabah dan berbincang untuk memperbaiki kelemahan, menyusun strategi, mengumpul kekuatan ke arah memajukan jemaah bagi kebaikan di dunia dan akhirat.
Pada kesempatan ini saya mengalu-alukan kehadiran tuan/puan dari seluruh negeri kawasan dan cawangan, pimpinan sayap parti serta mengalu-alukan juga wakil-wakil parti politik rakan Pakatan Rakyat, NGO serta orang perseorangan yang sudi hadir pada hari ini.
Saya juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada jawatankuasa pengelola konvensyen ini terutama PAS Kawasan Teluk Intan yang menjadi tuan rumah dan bertungkus lumus bagi menjayakan konvensyen pada kali ini. Semoga keterlibatan tuan/puan akan lebih memberikan makna yang besar dalam usaha kita memantapkan perjuangan.
Konvensyen PAS Perak kali ke-14 ini diadakan ketika berlaku kemelut politik negeri Perak. Dalam konvensyen pada tahun lalu, kita berada dalam suasana menyambut kemenangan politik bersama dengan rakan-rakan dari Pakatan Rakyat, apabila PAS diberi mandat sebagai Menteri Besar Perak walaupun hanya memenangi 6 kerusi Dun. Ketika itu kita memperkatakan peranan pimpinan yang menduduki jawatan-jawatan EXCO, Ahli-Ahli Majlis Kerajaan Tempatan, Ahli-Ahli Lembaga dalam GLC, agar masing-masing membuktikan kemampuan dan berkebolehan mengangkat imej parti dan menampilkan kepimpinan dalam mendokong kerajaan Pakatan Rakyat. Bahkan di peringkat akar umbi juga, kita menggesa ahli-ahli yang terpilih menjadi ketua-ketua kampong supaya menjalankan tugas dengan penuh ikhlas memikul amanah masing-masing.
Hari ini kita berkonvensyen, ketika kerajaan pilihan rakyat telah dirampas oleh UMNO/BN dengan begitu rakus tanpa memperdulikan undang-undang dan perlembagaan. Namun disebalik peristiwa yang sangat mencabar itu, terdapat hikmah yang besar, kerana kita dapat menyaksikan bahawa sokongan dan dokongan rakan Pakatan Rakyat dari rakan non-muslim semakin mantap dan menyakinkan kerana mereka melihat Islam yang menjadi dasar perjuangan PAS memberikan jaminan atau saham semua rakyat dengan adil dan saksama. Ini bukan kerana slogan kita PAS untuk semua tetapi lebih daripada itu mereka mendapati bahwa ajaran Islam menjamin keadilan dan kebajikan untuk semua. Antara mereka sudah mula merujuk kepada nas-nas Al-Quran dan cuba memahaminya.
Namun dalam perkembangan positif di kalangan masyarakat non-muslim, kita seolah-olah tertanya-tanya mengapa orang Melayu masih belum membuat perubahan dalam pendirian politik mereka yang terus menyokong UMNO/BN. Mengapa mereka tidak mendokong perjuangan PAS.
Konvensyen pada kali ini akan memfokuskan kepada persoalan dakwah sesuai dengan tema KECEMERLANGAN DAKWAH TERAS KEMENANGAN, kerana kita melihat bahawa prospek dakwah banyak memberikan input serta buah yang berguna terhadap masa depan parti serta persepsi masyarakat terhadap PAS bahawa PAS bukan sahaja parti politik tetapi juga bekerja keras untuk dakwah, tarbiyah, pendidikan dan sebagainya.
Justeru Konvensyen ini diharapkan akan membahas serta menggariskan hala tuju, bagaimana kemenangan boleh dicapai apabila kita mampu meletakkan MISI DAKWAH sebagai agenda penting parti hingga mencapai kecemerlangan. Kita mestilah mempunyai keyakinan bahawa Kecemerlangan Dakwah itulah yang menjadi Teras kemenangan perjuangan bagi mendaulatkan Islam.
Kerajaan Pakatan Rakyat di Negeri Perak telah menyatakan 5 prinsip utama dalam mengemudi Kerajaan. Walaupun kerajaan Pakatan Rakyat telah dirampas oleh UMNO-BN, gerakerja kita untuk merealisasikan kerajaan yang ADIL, TELUS, BERKEBAJIKAN, BERINTEGRITI dan BERAMANAH terus menjadi Visi dan Misi kita dalam perjuangan seterusnya. Kita yakin Perak merupakan model utama bagi Kerajaan Pakatan Rakyat yang mantap dan berkesan. Bagi kita PAS Perak khususnya di kalangan aktivis PAS Perak pelbagai peringkat, ia merupakan pengalaman dakwah yang amat penting untuk menjaga kemenangan pada masa akan datang. DAKWAH SATU PERJUANGAN
Dakwah adalah satu tanggungjawab dan amanah dari Allah SWT. Ia di antara sifat-sifat wajib bagi Rasul. Gerakerja dakwah perlu dilaksanakan
dengan kesungguhan tanpa jemu, rasa bimbang atau takut celaan dari pencela. Pelarian dari tanggungjawab ini akan mengundang murka Allah SWT dan mengakibatkan turunnya bala Allah SWT. Dalam hal ini Nabi SAW memberi amaran keras kepada mereka yang tidak melaksanakannya samada secara kelompok atau individu, seperti mana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud “Apabila kamu melihat Umatku takut untuk berkata kepada orang zalim: Wahai orang zalim, maka telah diucapkan selamat tinggal untuk mereka”
Yang dimaksudkan dengan dakwah ialah panggilan ke jalan Allah. Allah SWT berfirman;
قُلْ هَـذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللّهِ عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَاْ وَمَنِ اتَّبَعَنِي وَسُبْحَانَ اللّهِ وَمَا أَنَاْ مِنَ الْمُشْرِكِينَ
“Katakanlah ‘Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku, mengajak (kamu) dengan hujjah yang nyata akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”(surah Yusuf 108 )
Dan yang dimaksudkan dengan ajakan ke jalan Allah ialah ke jalan agama Islam, agama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW:
إِنَّ الدِّينَ عِندَ اللّهِ الإِسْلاَمُ
“Sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam…” (surah Ali Imran 19).
Islam merupakan objek dakwah dan Rasul sendiri merupakan unsur pertama dakwah. Rasullullah SAW telah menyampaikan Islam semenjak beliau diangkat menjadi rasul sampai akhir hayat baginda, baginda diutus untuk berdakwah.
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ إِنَّا أَرْسَلْنَاكَ شَاهِداً وَمُبَشِّراً وَنَذِيراً وَدَاعِياً إِلَى اللَّهِ بِإِذْنِهِ وَسِرَاجاً مُّنِيراً
“Hai Nabi! Kami mengutuskan engkau sebagai saksi atas umat dan untuk memberi khabar suka dan khabar takut. Dan untuk menyeru manusia kepada agama Allah dengan izin Nya, serta menjadi pelita yang menerangi. (surah al-Ahzab: 45-46).
Nabi sebagai juru dakwah (daei) yang pertama, yang memanggil umat manusia ke jalan agama Islam dan dengan demikian rasul sebagai unsur dakwah yang ke dua. Umat Islam diajak atau diseru ke jalan Allah, baik orang Arab dan bukan Arab. Misi dakwah yang bersifat universal dan baginda diutus kepada umat manusia seluruhnya.
وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلاَّ كَافَّةً لِّلنَّاسِ بَشِيراً وَنَذِيراً وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لاَ يَعْلَمُونَ
“Dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai Rasul pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman) dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar); akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”. (surah Saba’: 28)
Manusia yang diajak dan diseru ke dalam Islam merupakan unsur dakwah ke tiga. Rasulullah SAW menyampaikan dakwahnya menurut metoda dan melalui media yang diwahyukan, seperti yang dinyatakan dalam al-Quran dan Sunnah. Maka metoda dan media serta segala yang berkaitan dengan metoda dan media merupakan unsur dakwah yang ke empat. Dalam urusan tersebut dapat kita nyatakan bahawa dakwah mempunyai unsur, objek dakwah, juru dakwah (daei), penerima dakwah (mad’u), metoda (uslub) dan media (wasilah).
PAS : SEBUAH GERAKAN ISLAM
Gerakan Islam mestilah sebuah gerakan Islah yang menjurus kepada perjuang kepada interaksi sosial dan kesedaran seorang untuk membina kebaikan serta menonjolkan nilai Al-Quran dalam dirinya. Gerakan Islam bertanggungjawab untuk mengerah dan mengarahkan kader-kader atau aktivis berkemampuan untuk melibatkan diri dalam perjuangan. Gerakan Islam mesti muncul gerakan yang memberi fokus kepada masa depan umat memandu masyarakat ke arah Al-Quran. Gerakan Islam berperanan untuk menyelamatkan sesuatu bangsa dan negara. Allah telah menyebut dalam Al-Quran bahawa antara sebab kehancuran sesebuah negara apabila golongan mewah melakukan kerosakan secara berleluasa dan berada diluar batasan yang normal. Firman Alllah:
وَإِذَا أَرَدْنَا أَن نُّهْلِكَ قَرْيَةً أَمَرْنَا مُتْرَفِيهَا فَفَسَقُواْ فِيهَا فَحَقَّ عَلَيْهَا الْقَوْلُ فَدَمَّرْنَاهَا تَدْمِيراً
“Dan jika kami hendak binasakan sesebuah negeri, maka kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu supaya mentaati Allah tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri tersebut, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya ketentuan kami, kemudian Kami hancurkan negeri ini sehancur-hancurnya” (surah al-Isra: 16)
Sesebuah negara itu akan hancur sekiranya rakyat di negara itu tidak menahan kezaliman dan ketidakadilan yang dilakukan oleh golongan al-mutrafin. Hanya golongan Islah yang dapat menyelamatkan negara tersebut dari menerima ketentuan Ilahi.
Ayat-ayat di atas menjelaskan bahawa tugas gerakan Islam adalah penyelamat bangsa dan negara yang berada di dalam kemurkaan Ilahi akibat perbuatan Al-Mutrafin. Sekiranya Gerakan Islam tidak memainkan peranan sebagai juru Islah sudah pasti kita akan menerima ketentuan Ilahi.
Masa depan kerangka besar perjuangan PAS menuntut kita meneliti kesungguhan dan keberkesanan program dakwah dan tarbiyah untuk menuju kemenangan bergaya cemerlang di samping menilai kembali wasail dakwah dan tarbiyah yang perlu dijayakan. Imam syahid Syed Qutub RH pernah menjelaskan tentang perlunya tanzim yang kemas dan mantap agar kemenangan dapat dicapai dengan gemilang.
Agenda-agenda dakwah dan tarbiyah selepas ini perlu dimantapkan dan diperhebat sesuai dengan perubahan masa dan suasana. Justeru matlamat mega ini perlu dipopular dan ditafaqquhkan dengan penampilan skema dan modul terkini dan terangsang agar semua generasi masa kini memupuk semangat mesra dakwah. Sudah tentu acuan rabbani dan matlamat parti yang digariskan dalam perlembagaan parti itu dilaksanakan iaitu usaha-usaha mengajak dan menggalakkan badan-badan, pertubuhan dan orang perseorangan bagi mengenali dan memahami serta memperjuangkan konsep dan pandangan hidup Islam. Kita sudah berjaya apabila kefahaman, budaya hidup serta syariat Islam telah berjaya difahami oleh kebanyakan masyarakat termasuk bukan Islam. Mereka berusaha untuk mendekati serta memahaminya dengan penuh tekun dan perihatin melalui pemerhatian pada watak pimpinan, ahli-ahli serta perbandingan mereka dengan corak hidup ahli-ahli yang tidak menyokong perjuangan Islam, penyusunan gerak kerja dakwah yang tersusun, istiqamah dan mentaati pemimpin menjadi bahan bukti keyakinan mereka. Walau bagaimana ia masih perlu diperkasakan lagi bagi mencapai kegemilangan.
PEMBINAAN BUDAYA DAKWAH
Seluruh ahli dan kepimpinan dituntut agar memiliki sifat mesra dakwah. Dakwah dan tarbiyah sering beriringan mempadu antara satu dengan yang lain.Kita perlu memikirkan formula dan wasail dakwah yang terbaik untuk menempa kecemerlangan kini mahu pun kemudian agar beriringan dengan kesucian dan kemurnian hati dan akal, mantap serta padu akidahnya. Kita perlu melahirkan generasi du’at (pendakwah) yang berusaha menarik manusia kepada kebaikan. Di saat UMNO/BN yang hilang integrity dan karam dengan slogan Islam hadhari PAS bangun dengan wajah-wajah baru dalam dakwah, menanggung rasa cintakan umat, menggalas beban dan sengsara, menyentak hati-hati yang ragu dengan pendekatan yang tak pernah terfikir kejayaannya. Tahaluf siasi yang dilaksanakan oleh pendekatan PAS membuka banyak pihak terutama ahli serta rakyat sendiri bagaimana keindahan dakwah boleh dinikmati oleh semua golongan asal saja kalimah diaplikasi dan dilaksanakan oleh orang yang keluar dari Madrasah Tarbiyah Rabbaniyah. Setiap ahli mesti merasai diri sebagai DAEI.
Sekurang-kurangnya ada bebarapa faktor yang melambatkan proses membudayakan dakwah:
1. Dakwah bukan tugas semua orang dan ia hanya untuk orang tertentu dan yang memegang jawatan tertentu.
2. Keporak-perandaan senario politik dan rendahnya mentaliti pemikiran masyarakat dalam mewajarkan mafhum dakwah.
3. Terbatasnya thiqah serta curangnya mental dan fizikal dalam mewarnai dakwah terutama dakwah bilhal.
4. Terperangkapnya sebahagian ulama dan pendakwah dengan rasa keegoan diri sehingga berada dalam gelanggang dakwah jumud, tertutup dan fardiyah sehingga membataskan ruang kerjasama dan bersepadu dalam arena dakwah kulliyyah.
5. Kejumudan ahli-ahli dalam menangani gerakerja dakwah secara terancang malah ada yang terlepas pandang dengan hanya mengalihkan kepada isu politik semata-mata tanpa dihiraukan peluang dan ruang dakwah yang lebih terbuka.
MATLAMAT DAKWAH
Ahli hendaklah sentiasa prihatin dan sentiasa mempunyai fikrah dakwah (fikrah da’wiyah) dan berusaha bagi mencapai matlamat parti. Longgar dan lompang dalam mencapai hasrat parti akan mengikis keyakinan masyarakat terhadap jenama parti yang memang sudah terkenal sebagai parti dakwah. Keterlibatan beberapa individu dalam dakwah liar tidak harus dipandang ringan kerana ia akan menjejaskan imej parti. Kesepaduan antara matlamat dan wasilah perlu dipertemukan agar kedua-duanya dapat dihasilkan dengan tepat dan berjenama. Dalam hal ini dapat dipastikan bahawa di antara matlamat dakwah ialah:
1. Meningkatkan kualiti daei serta pengurusan dakwah sesuai dengan keperluan zaman
2. Memberi kafahaman Islam sebenar dalam semua aspek terutama dalam pembentukan minda rakyat
3. Mengeratkan ukhuwah di kalangan masyarakat dan kaum di negara ini
4. Memberi khidmat kebajikan di kalangan masyarakat Islam dan bukan Islam dalam menangani gejala sosial dan juga isu-isu nasional
5. Memartabatkan Islam sebagai addin dan mampu menyelesaikan segala keperluan untuk semua yang berkaitan akidah, syariat dan akhlak
AKTIVIS GERAKAN DAN PENDAKWAH
Pendakwah yang berjaya mempunyai pemikiran yang boleh melihat dan membaca realiti sekelilingnya. Melihat kepada realiti perkembangan politik semasa khususnya di negeri Perak, petugas-petugas PAS mesti melihat semua pergerakan, aktiviti dan program mestilah mengarah kepada gerakan dakwah. Sheikh Jum’ah Amin Abdul Aziz telah menggariskan intipati penting sebagai gerakan dakwah dalam bukunya Fiqh Dakwah:
1. Rabbaniyyah-bersumberkan dari wahyu Allah Ta’ala.
2. Wasatiyyah-pendekatan Kesederhanan dan seimbang.
3. Ijabiyyah-Positif dalam memandang alam, manusia dan kehidupan.
4. Waqi’iyah-Memahami reality semasa.
5. Akhlaqiyyah-menjaga adab, etika dan tatasusila sebagaimana akhlak Rasullullah SAW.
6. Syumuliyyah-Pendekatan yang menyeluruh.
7. Alamiyyah-Pendekatan global.
8. Syuriyyah-syura sebagai sistem terpenting dalam membuat keputusan.
9. Jihadiyyah-Melaksanakan tugas Dakwah dengan seluruh potensi dimanfaatkan secara maksima.
10. Salafiyyah-Memastikan keaslian dan kemurnian Islam terpelihara dari penyimpangan.
Semua petugas dan aktivis PAS Perak, mestilah melihat secara menyeluruh bahawa pendekatan dakwah mestilah sentiasa diteruskan dan dipupuk walau apapun yang berlaku terhadap kegawatan politik yang berlaku. Dakwah perlu diangkat menjadi satu kerjaya yang profesional. Langkah awal yang perlu di ambil perhatian ialah dengan mengemukakan satu layanan perkhidmatan yang setaraf kepada tenaga muda yang terbaik untuk berkecimpung di arena dakwah secara bebas dan terjamin. Kalau kita bersikap ala-kadar terhadap segala pergerakan dan program kita maka kita tidak mampu untuk berkembang jauh dari masalah yang dihadapi.
DAKWAH YANG BERKESAN
Gerakan dakwah yang berkesan memerlukan komitmen daripada pimpinan-pimpinan dalam pelbagai peringkat. Tanggungjawab ini mestilah dipikul oleh semua pimpinan bagi memastikan terdapat kemajuan dan ketinggian untuk menjadi contoh terbaik kepada manusia keseluruhannya dalam menganjurkan kebaikan dan mencegah kemungkaran.
Allah berfirman:
“Kamu telah dijadikan sebaik-baik umat kepada seluruh manusia untuk menganjurkan kebaikan dan mencegah kemungkaran dan beriman kepada Allah”
Setiap pendokong PAS, mestilah menjadi pemimpin dalam beragama dan menganjurkan nilai-nilai yang terpuji. Tugas kita mestilah mengajak manusia untuk melakukan kebaikan sehingga kebaikan-kebaikan dapat dibina. Untuk melaksanakannya kita petugas PAS, mestilah menunjukkan contoh yang terbaik dalam menegakkan keadilan, memelihara hak-hak asasi manusia dan sebagainya.
Telah di riwayatkan ketika Saad Ibn Abi Waqas menakluk Hems, sebuah Bandar di utara Syria, beliau telah mengutip jizyah daripada penduduk bukan beragama Islam. Apabila beliau diarahkan untuk bertugas di bandar lain, beliau telah memulangkan semula cukai yang dikutipnya dengan berkata:
“Kami telah memungut duit ini untuk melindungi anda, tetapi sekarang kami akan berpindah dan tidak dapat lagi melindungi anda semua, oleh itu kami memulangkan semula duit anda”. Lalu berkata penduduk beragama Kristian tersebut:
“Tidak pernah ada orang melayan kami sebaik ini sama ada orang Rom atau Parsi”. Kerana kagum dengan kemuliaan dan keadilan Islam, ramai mereka memeluk agama Islam. Itulah kesan keadilan dan kemuliaan Islam yang mampu menawan masyarakat bukan Islam dan akhirnya kebenaran dan kemuliaan Islam diakui oleh masyarakat.
Khalifah Umar Ibn Abdul Aziz adalah satu contoh yang terbaik sebagai contoh seorang negarawan yang adil. Semasa pemerintahannya kemiskinan dapat dihapuskan sehingga tidak ada orang miskin yang menerima zakat. Natijahnya ramai orang bukan Islam telah menganut Islam sehingga ada gabenornya mengadu kerana hasil jizyah berkurangan. Lalu Khalifah Umar mengutuskan kepada mereka surat yang mengatakan bahawa Allah telah mengutuskan Nabi Muhammad SAW kepada manusia sebagai petunjuk dan bukannya sebagai pemungut cukai.
Hakikatnya peranan umat Islam dalam dakwah adalah paling berkesan dalam menyebarkan syiar Islam. Allah telah mengingatkan kita bahawa sekiranya umat Islam seluruhnya meninggalkan atau berpaling daripada melakukan tugas dakwah ini, Allah akan mengantikannya dengan umat yang lain yang akan melaksanakannya dengan lebih baik. Bagi mencapai dakwah yang berkesan, umat Islam mesti membina niat untuk melakukan tugas yang terbaik dan berkhidmat menyeru yang baik dan mencegah kemungkaran. Sebagaimana yang ditekankan, bahawa setiap muslim lelaki atau wanita adalah bertanggungjawab untuk berdakwah mengikut kadar kemampuannya. Menjalankan dakwah adalah penting untuk menjaga keimanan seseorang dan mengelakkan diri daripada kekufuran.
REALITI POLITIK PERAK: PAS PERAK MISI DAHWAH DALAM SIASAH
Semua pendokong PAS Perak, malah secara umumnya PAS seluruh Malaysia serta penyokong-penyokong dari pelbagai peringkat telah melihat bagaimana kita telah berjaya menguruskan kemenangan kita. Hampir sebelas bulan kita bersama-sama Pakatan Rakyat telah memimpin Kerajaan Negeri Perak. Walaupun kita dirampas secara tidak demokratik oleh UMNO/BN, tetapi disebalik peristiwa tersebut terdapat hikmah yang besar yang tidak pernah kita lihat sebelum ini. Perak telah menjadi negeri yang pertama sebagai model Kerajaan Pakatan Rakyat yang diterajui PAS. Model kerajaan Pakatan Rakyat yang memberikan penekanan kepada keadilan dan kebajikan kepada rakyat keseluruhannya yang terdiri dari berbagai kaum.
Selama 11 bulan kita diamanahkan untuk memimpin Kerajaan Pakatan Rakyat, namun kesan dakwah yang kita laksanakan amat besar ertinya kepada perjuangan dan perkembangan Islam di Negara kita. Politik dan dakwah tidak boleh dipisahkan. Gerakan politik yang kita laksanakan selama ini merupakan salah satu misi dakwah kita. Di Perak kita telah berjaya melaksanakan tanggungjawab politik secara berkesan dan bertanggungjawab. Misi dakwah yang kita lakukan di dalam parti politik telah berjaya menyatukan rakyat di negeri Perak. Masyarakat bukan Islam yang selama ini dipesongkan pemahaman dan pemikiranya tentang Islam, telah berjaya kita yakinkan tentang kebenaran, keadilan dan kemuliaan Islam. Masyarakat bukan Islam tidak lagi takut untuk bersahabat dengan PAS yang membawa Visi dan Misi Islam. Malah mereka tidak segan silu untuk membela kebenaran dan keadilan Islam malah ia memberi motivasi kepada petugas-petugas dan aktivis kita untuk terus berjuang menegakkan Islam dalam gerakan kita. Ini salah satu keberkesanan kita dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab bagi melaksanakan tugas dakwah.
Kecenderungan rakyat bukan muslim kini sudah mula mencari keindahan syariat Islam dan dinamika perubahan. Apabila PAS mengutarakan slogan PAS Untuk Semua (PAS For All) ternyata ia merupakan satu slogan yang matang dan bersifat terbuka. Mereka melihat sepenuhnya akan kebenaran Islam menerusi kacamata politik. Mereka lebih yakin melihat menerusi teropong politik daripada minda lain. Kezaliman serta keangkuhan UMNO/BN di samping hilangnya integriti adalah punca perbandingan dibuat. Secara tidak disedari orang-orang bukan Islam sudah berjaya duduk semeja malah mendengar dan membaca ayat-ayat Allah. Inilah satu peluang memperkenalkan produk dakwah sepertimana yang diamalkan Nabi Muhammad SAW dalam siri dakwah baginda bergaul dengan bukan Islam, menziarahi musuh-musuh politik, kanak-kanak, orang tua, bersukan, bermujadalah dan sebagainya.
Dalam kontek minda politik hari ini sudah semestinya pendekatan politik dakwah akan memberikan kesan positif, berkualiti serta cepat, jauh mengatasi pendekatan yang tidak berjenama politik. Mengapa ini tidak dijelmakan secara yang lebih konprehensif dan sistematik agar persepsi politik kotor yang dipelopori oleh musuh-musuh kita sebelum ini dapat dipadamkan dengan satu struktur dan mekanisme baru dalam membina polisi dakwah yang luhur dan suci. Buta dakwah dan siasah secara bersepadu perlu ditangani jika tidak ia akan menghasilkan daei yang terpisah dari politik.
AGENDA MEMPERKASA URUSAN DAKWAH
1. Membangun Tenaga Sumber
a) Pemimpin pelbagai peringkat, negeri, dewan, kawasan dan cawangan PAS.
b) Pemimpin NGO’s Islam pelbagai peringkat
c) Golongan profesional seperti guru, doktor, peguam dan lain-lain
d) Belia-belia aktivis Gerakan
e) Tokoh pimpinan masyarakat seperti Ketua Kampung, Pengerusi dan
AJK dalam pelbagai persatuan dalam masyarakat.
f) Pimpinan masjid dan surau.
2. Latihan Pendakwah Secara Sistematik a) Sumber tenaga – diberi latihan sebagai Pendakwah.
b) Perkukuhkan program tarbiyyah
c) Memperkasakan peranan Ulama/Ulama Muda
d) Mengurus pimpinan muda dengan pelbagai latihan.
e) Membentuk kumpulan ulama yang berkemahiran dalam bermuzkarah / berbahas
f) Menggiatkan lagi program Usrah diperingkat kawasan dan cawangan (satu cawangan satu usrah)
3. Program Ibadah
a) Penubuhan halaqah, zikir dan munajat di semua peringkat dewan-dewan dan kawasan serta cawangan
b) Penubuhan kumpulan-kumpulan sukarelawan mengajar mengaji Al-Quran dan ibadat solat terutama di peringkat pemuda dan muslimat
4. Kelab Penyokong PAS
a) Perkasakan pelaksanaannya
b) Kemaskinikan organisasi
c) Latihan Peningkatan Kefahamanan
5. Program Kebajikan Menyeluruh
a) Membela masyarakat miskin dan terpinggir
b) Membela anak yatim dan ibu tunggal
c) Mengurus bantuan pendidikan
d) Mentarbiyyah kelompok yang terpinggir
e) Memberikan khidmat pengurusan jenazah
6. Program Pendidikan
a) Tafaquh fiddin untuk masyarakat
b) Kelas bimbingan/tuisyen
c) Motivasi
7. Program Rekreasi dan Hiburan
a) Penubuhan kumpulan-kumpulan nasyid dan drama
b) Penubuhan Kelab Sukan dan Rekreasi di kalangan muda mudi
8. Program Masyarakat bukan Islam
a) Dialog Pemimpin Masyarakat pelbagai peringkat
b) Program bersama dengan masyarakat bukan Islam
Usaha-usaha yang lebih praktikal perlu dilaksanakan bagi menyuburkan misi dakwah kita. Setiap aktiviti dan program yang ingin kita lakukan mestilah mempunyai matlamat yang jelas iaitu untuk mencapai misi dakwah. MUHASABAH GERAKAN ISLAM : PAS
Setiap tahun kita mengadakan Konvensyen dan Muktamar, bagi melihat sejauh manakah keberkesanan gerakan dakwah kita. Amanah dakwah yang kita pikul ini perlu kita laksanakan dengan penuh iltizam. Sebagai pimpinan peringkat negeri mahupun peringkat dewan atau kawasan dan cawangan tidak harus mengenal erti kecewa, penat atau ingin bersara dalam perjuangan menegakkan risalah murni ini. Perjuangan ini adalah perjuangan sepanjang hayat dan bersifat jangka panjang. Perjuangan ini menuntut semua aktivis gerakan berjuang dengan penuh kesabaran kerana hasilnya perjuangan dakwah tidak boleh dinikmati dengan segera. Ada kalanya kita perolehi nikmat perjuangan semasa kita hidup dan ada kalanya nikmat perjuangan akan dirasai oleh generasi akan datang. Tugas kita hanyalah berdakwah menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran dan hasilnya kita serahkan kepada Allah SWT.
PENUTUP
Kita berdoa agar kita akan terus mengukuhkan semangat yang tinggi dan dapat menghadapi cabaran dengan ikhlas, tabah dan tawakkal. Semoga aktivis kita dapat meneruskan budaya gerakan dakwah dengan penuh tanggungjawab dan penghayatan yang tinggi, maka insyaAllah ikatan hati dan ruh akan bertambah kuat dan ukhuwah di kalangan kita semakin mantap. InsyaAllah kita akan terus membina saf dan terus mengukuhkan Gerakan Islam PAS sebagai satu gerakan dakwah yang utama bagi menegakkan syariat dan syiar Islam. Kita telah menyakini dan menyedari bahawa kita berdakwah melalui politik dan yakin kita akan mendapat kemenangan.
Sekian, wabillahit taufiq wal hidayah.
Allahu Akhbar Allahu Akhbar Allahu akhbar

Monday, May 25, 2009

Ulama PAS perlukan perubahan

Harakahdaily Mon May 25, 09 1:23:38 pm MYT
DUNGUN, 25 Mei (Hrkh) - Gagasan "Kepimpinan Ulama" yang dimulakan sejak tahun 1982 berjaya meletakkan PAS ke tahap sekarang namun di waktu yang sama perubahan ke arah kepimpinan yang lebih baik dan mantap adalah perlu. Ketua Dewan Ulama PAS negeri, Dato' Husin Awang berkata demikian ketika berucap pada Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS Terengganu ke-44, di Dewan Darul Bayan Pinang Merah, Paka, Dungun, baru-baru ini.
"Kita (Dewan Ulama) juga mengharapkan perubahan dalam kepimpinan ini ke arah yang lebih agresif, maju dan mantap," tegasnya.
Katanya, ulama dan profesional bukan lagi menjadi isu dalam kepimpinan PAS kerana golongan ulama? yang profesional boleh memimpin masyarakat serta mentadbir urus negeri dengan baik.
Kata Dato' Husin lagi, kepimpinan ulama wajar memimpin parti dan masyarakat bagi mengekang bencana akidah dan politik yang semakin membarah.
"Ulama harus memimpin masyarakat kerana golongan ini menjadi pengawal kepada agama, menegakkan yang hak dan mencegah kemungkaran," ujarnya.
Tambahnya, iklim politik negara semakin berubah dari tahun ke tahun dan memerlukan pendekatan serta interaksi yang menyakinkan rakyat.
Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS negeri itu telah dirasmikan oleh Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dato' Mohammad Daud Iraqi.

Memprofesionalkan Ulama' dan mengulama'kan Profesional - Us Nasaruddin Tantawi

Kepimpinan Ulama' sebagaimana yang telah saya nyatakan sebelum ini menimbulkan pelbagai pandangan dan ulasan . Saya setuju pandangan sahabat pembaca agar ianya diserahkan kepada Majlis Syura Ulama' untuk memutuskan bagaimana mahu menterjemah Konsep Kepimpinan Ulama' dalam PAS . Bagaimana definisinya dan bagaimana pula perlaksanaannya . Ianya sesuai dengan kuasa yang ada pada Majlis Syura Ulama' sebagaimana yang sedia termaktub di dalam perlembagaan parti Fasal ke 7 perkara 3 (a) iaitu : Menghurai , menjelas dan mentafsirkan dasar PAS dan mana - mana peruntukan di dalam perlembagaan ini yang menimbulkan kesamaran mengenai maksud dan tujuannya dan membuat ketetapan mengenainya . Saya sangat bersetuju dengan kaedah yang pernah dibawa oleh al marhum Tuan Guru Hj. Fadhil Mohd Noor suatu ketika dahulu iaitu : memprofesionalkan ulama' dan mengulamakan profesional . Saya kira kaedah ini boleh mengendurkan ketegangan dalam membahaskan isu Konsep kepimpinan Ulama' . Sebahagian tidak yakin kepada ulama' kerana kononnya kelemahan mereka yang sangat ketara dalam pengurusan dan pentadbiran . Jika ulama' ini boleh diprofesionalkan , insyaallah selesailah masaalah . Sebahagian pula melihat profesional tidak boleh memimpin di kerusi tertinggi parti kerana kononnya tahap penguasaan ilmu agama mereka lemah . Jika profesional ini boleh diulamakan , insyaallah selesailah masaalah . Sebab kepimpinan bukan milik sesiapa tetapi milik mereka yang layak . Nabi saw kata , jika diserah urusan kepada mereka yang tidak berkelayakan , maka tunggulah kehancurannya . :
إذا وسد الأمر إلى غير أهله فانتظر الساعة
Apabila diserahkan urusan kepada mereka yang bukan ahlinya [ bidangnya ] maka tunggulah saat ketikanya [ kegagalannya ] Persoalannya , siapakah mereka yang layak ? Allah swt. sebut di dalam al quran , sebaik - sebaik orang yang engkau mahu memberi upah [ atau elaun ] untuk menjalankan tugas ialah orang kuat dan amanah .
خير من استأجرت القوي الأمين
Sementara dalam hadis Nabi saw. Baginda pernah bersabda : Siapa yang dikehendaki oleh Allah swt akan kebaikan nescaya akan diberikan kefahaman mendalam tentang Islam .
من يريد الله به خيرا يفقهه في الدين
Menambah kuat faktor " kefahaman Islam yang mendalam ini " ialah penegasan yang pernah dibuat oleh Saidina Omar al Khattab Rha . : fahami olehmu [ akan agama ] terlebih dahulu sebelum kamu dipilih menjadi pemimpin .
تفقهوا قبل أن تسودوا
Walau ada ulama' menafsirkan perkataan Saidina Omar Rha itu sebagai mendalami ilmu kepimpinan bukan ilmu agama tetapi kebanyakkan ulama' menjelaskan kalimah tafaqquh itu dengan maksud mendalami ilmu agama kerana merujuk kepada kalimah yang serupa digunakan oleh nabi saw dan juga di dalam Ayat al quran berikut :
وَمَا كَانَ الْمُؤْمِنُونَ لِيَنْفِرُوا كَافَّةً فَلَوْلَا نَفَرَ مِنْ كُلِّ فِرْقَةٍ مِنْهُمْ طَائِفَةٌ لِيَتَفَقَّهُوا فِي الدِّينِ وَلِيُنْذِرُوا قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُوا إِلَيْهِمْ لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُونَ
Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang Yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu Yang dituntut di Dalam ugama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; Mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah). Ringkasnya , kelayakan memimpin mestilah berilmu , bertaqwa , beriman , amanah , kuat atau mampu melaksanakan tugas dengan baik . Bertolak dari ringkasan itu , jelas ini adalah kriteria ulama' . Sebenarnya , siapa pun boleh menjadi ulama' jika mereka bersungguh - sungguh menuntut ilmu dan mendalami agama .
Sekalipun asalnya mereka adalah seorang engineer , arkitek , doktor perubatan atau lainnya [ profesional ] kemudian ia mempelajari ilmu Islam dengan tekun dan baik seperti menyertai program ILHAM dan memperolehi diploma syariah anjuran PAS atau lainnya , saya percaya kelak mereka juga layak menjadi ulama' .
Tapi tidak semesti berilmu itu mesti ada sijil . Jika dia alim atau berilmu maka layaklah ia memimpin walau tiada sijil . Inilah profesional yang ulamak [ berilmu ] atau mereka telah menjadi ulamak yang profesional dan mereka layak menjadi pemimpin dimana pun posisinya .
Ada juga pendapat mengatakan ulamak juga profesional jika perkataan profesional itu merujuk kepada kemahiran atau penguasaan bidang dan ilmu . Seperti ada orang profesional dalam bidang tafsir dan hadis .
Akhir zaman ini sukar kita nak cari orang mahir dalam semua perkara , justeru itu ia memerlukan kepimpinan yang kolektif . Tinggal lagi untuk menerajui kolektif tersebut mestilah mereka yang menguasai ilmu al quran dan hadis lantaran perjuangan ini bersumberkan Al quran dan sunnah . Sementara yang lain menjadi pembantu dan pelengkap . Namun saya sungguh tidak bersetuju pemimpin terdiri dari kalangan mereka yang tidak berilmu . Kerana faham itu mesti berilmu . Dari ilmu hadhirnya taqwa walaupun ada yang berilmu tetapi jahat . Kita mahu yang berilmu dan soleh . Macam mana setuju tak ?
Posted by Nasrudin Hassan at Tantawi at 20:49

PAS tetap laksanakan " Kepimpinan Ulama"

Ditulis oleh Harakahdaily Saturday, 16 May 2009 KUALA LUMPUR, 16 Mei (Hrkh) - Majlis Syura Ulama PAS menyerahkan kebijaksanaan pewakilan dalam muktamar nanti untuk membuat pilihan memilih pucuk pimpinan yang bersesuaian dengan keputusan Muktamar pada Oktober 1982. Muktamar 1982 itu telah memutuskan dengan jelas dan nyata bahawa PAS melaksanakan dasar kepimpinan ulama dalam menerajui PAS. Majlis Syura Ulama PAS yang bermesyuarat pada 10 Mei lalu yang dihadiri seluruh ahli syura memperincikan keluhan dan rasa tidak puas hati sama ada melalui akhbar atau 'blog'. Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din berkata, keputusan muktamar itu telah digunapakai tanpa sebarang masalah dan dihayati dengan teguh dan patuh. Maka ketika itu Presiden PAS ialah seorang ulama, iaitu Almarhum Yusuf Rawa dan timbalannya pula adalah Almarhum Dato' Fadhil Noor. Jelasnya, apabila Fadhil Noor ditabalkan menjadi Presiden pula maka Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi menjadi timbalannya. "Manakala selepas Hadi naik menjadi peneraju utama maka Ustaz Hassan Shukri pula menjadi timbalannya dan kemudian bertukar kepada Ustaz Nasaruddin Mat Isa hingga sekarang. "Itulah mantapnya kepimpinan ulama yang diterima pakai hingga sekarang," tegas Haron Din ketika dihubungi Harakahdaily baru-baru ini. Beliau juga yakin seluruh ahli PAS memahami prinsip itu dan tidak ada kegusaran kerana mereka akur kepada muktamar. Jelasnya, selagi muktamar tidak ubah keputusannya maka selama itulah PAS akan terus diterajui kepimpinan ulama. Bagaimanapun, beliau kesal dengan propaganda oleh media arus perdana yang memainkan isu dalaman PAS dan melaga-lagakan antara ulama dengan profesional. Katanya, laporan media kerajaan seolah-olah menggambarkan ada pergolakan dalaman PAS dengan merebut jawatan yang dilihat sebagai suatu kurang sihat. "Mungkin mereka (media) terpengaruh dengan politik Umno yang telah begitu parah dalam persaingan merebut jawatan. "Maka akhbar yang dipunyai Umno ini seolah-olah sengaja untuk menggambarkan kemelut politik yang ada dalam PAS, sehingga sebahagian pimpinan PAS yang terheret ke dalam kencah itu lalu membuat komen seperti ada pertarungan dalaman merebut jawatan," jelas beliau. Tambah Haron, modal asas media arus perdana ini adalah pertembungan antara ulama dengan profesional. Mengulas Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) yang akan memantau pemilihan PAS, Haron berkata badan itu perlu bukti yang kukuh jika benar ada unsur-unsur rasuah. Apa yang membimbangkan kata beliau, 'penyakit' rasuah dalam Umno cuba hendak dipalitkan ke dalam PAS. "Keadaan ini seolah-olah hendak menggambarkan bukan sahaja Umno berpolitik wang malah PAS pun sedemikian," katanya. Justeru, tegas beliau selagi tidak ada bukti nyata yang dapat diketengahkan perkara ini PAS menganggap unsur itu tidak wujud.

Friday, May 22, 2009

Mahkamah Rayuan Memihak Kepada Zambry

Mahkamah Rayuan hari ini mengumumkan Datuk Seri Zambry Abd Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.Keputusan itu membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lalu yang mengesahkan kedudukan asal Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. Panel tiga hakim itu - yang telah mendengar hujah kedua-dua pihak di Putrajaya seharian semalam - sebulat suara menerima rayuan Zambry.
Bagi kita keputusan ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan. "Keadilan" mereka dalam mempercepatkan penerimaan permohonan rayuan BN dan menangguhkan penerimaan permohonan rayuan semula DS Nizar jelas mengisyaratkan kesaksamaan mereka.
Walau apapun kita masih ada Mahkamah Persekutuan untuk dirayu. Dalam masa rayuan dibuat, BN akan terus memerintah. Bagi kita sesiapapun boleh memerintah, namun ketaatan mutlak hanya kepada Allah dan Rasulnya. Bertenanglah dan banyakkan bersabar dan serahkan urusan ini kepada Allah.

Sumbangan

Thursday, May 21, 2009

Hukum Bersalam Dengan Wanita Ajnabi

حكم مصافحة الرجل للمرأة الأجنبية
بسم الله، والحمد لله، والصلاة والسلام على سيدنا رسول الله صلى الله عليه وسلم، وعلى آله وصحبه ومن والاه، وبعد. فهذا بحث في حكم مصافحة الرجل للمرأة الأجنبية، وبيان مذاهب العلماء فيه
تعريف المصافحة
المصافحة: هي الأخذ باليد
والتصافح مثله([1 وصافحته صافحة : أفضيت بيدي إلى يده ([2]) وقال ابن منظور: هي مفاعلة من إلصاق صفح الكف بالكف وإقبال الوجه على الوجه([3])وقال الحافظ ابن حجر : المراد بالمصافحة الإفضاء بصفحة اليد إلى صفحة اليد([4])تحديد المراد بالمرأة الأجنبية المرأة الأجنبية: هي من ليست زوجة ولا مَحْرَمًا. والمَحْرَم : مَنْ يَحْرُم نكاحها على التأبيد, إما بالقرابة, أو الرضاعة، أو المصاهرة ([5]). قال الإمام النووي : "واعلم أن حقيقة المحرم من النساء التي يجوز النظر إليها والخلوة بها والمسافرة بها كل من حرم نكاحها على التأبيد بسبب مباح لحرمتها، فقولنا: (على التأبيد) احتراز من أخت المرأة وعمتها وخالتها ونحوهن، وقولنا: (بسبب مباح) احتراز من أم الموطوءة بشبهة وبنتها، فإنهما تحرمان على التأبيد وليستا محرمين؛ لأن وطء الشبهة لا يوصف بالإباحة؛ لأنه ليس بفعل مكلف، وقولنا: (لحرمتها) احتراز من الملاعنة، فإنها محرمة على التأبيد بسبب مباح، وليست محرمًا؛ لأن تحريمها ليس لحرمتها بل عقوبة وتغليظًا، والله أعلم"([6]) واعلم أن المحرمات على التأبيد من النساء هن اللائي لا يحل الزواج بهن بحال من الأحوال ، وتحريمهن إما بالنسب أو بالرضاع أو بسبب المصاهرة. فالمحرمات بالنسب: سبع ، وهن: الأمهات - ويدخل فيهن الجدات وإن علون -، ثم البنات - ويدخل فيهن بناتهن وإن سفلن -، ثم الأخوات - سواء كن شقيقات أو لأب، أو لأم-، ثم العمات والخالات وإن علون - سواء كن من جهة الأب أو الأم-، ثم بنات الأخ وبنات الأخت. والمحرمات من الرضاع: سبع أيضًا كما هو الحال في النسب؛ لقوله صلى الله عليه وسلم: "يحرم من الرضاعة ما يحرم من النسب"([7]). أما المحرمات بسبب المصاهرة: فزوجة الأب، وزوجة الابن، وأم الزوجة - بمجرد العقد على البنت-، وبنت الزوجة - بمجرد الدخول بالأم - وما سبق هن المحرمات على التأبيد. أما المحرمات حرمة مؤقتة فهن: أخت الزوجة، والمطلقة ثلاثًا، والمشغولة بحق زوج آخر بزواج أو عدة، والتي لا تدين بدين سماوي، والخامسة لمن عنده أربع زوجات. أقوال المذاهب الأربعة في حكم مصافحة الأجنبية مذهب الحنفية: ذهب الحنفية إلى حرمة مصافحة الرجل للمرأة إذا كانت شابة ولو أمنت الفتنة، ما لم تكن هناك ضرورة، لكنهم أجازوا مصافحة العجوز التي لا تشتهى.ففي تبين الحقائق شرح كنز الدقائق للزيلعي: "ولا يجوز له أن يمس وجهها, ولا كفيها, وإن أمن الشهوة؛ لوجود المحرم، وانعدام الضرورة والبلوى. وقال عليه الصلاة والسلام: "من مس كف امرأة ليس منها بسبيل وضع على كفه جمر يوم القيامة", وهذا إذا كانت شابة تشتهى، وأما إذا كانت عجوزًا لا تشتهى فلا بأس بمصافحتها ومس يدها؛ لانعدام خوف الفتنة، وقد روي أن أبا بكر رضي الله عنه كان يدخل على بعض القبائل التي كان مسترضعًا فيهم, وكان يصافح العجائز، وعبد الله بن الزبير رضي الله عنه استأجر عجوزًا لتمرضه, وكانت تكبس رجليه, وتفلي رأسه"([8]).

نافذة على شخصية

نافذة على شخصية

الدكتور عبد الكريم زيدان

العالم المجاهد

لا يخلو تاريخ الأمة من بزوغ أنوار علماء أجلاء يجددون أمر الدين ينافحون عنه ويدعون إليه، يشرحون ما استشكل من مغالقه ويفتحون أبواب التغير في الفكر والأخلاق ينيرون القلوب ويزيلون ما ران على الأنفس والأرواح من أدران المادة. وها نحن نفتح في هذا العدد من عالم الرسالة نافذة لنطل منها على عالم جليل مجاهد متواضع الدكتور عبد الكريم زيدان. هذا الرجل الذي نذر نفسه للعلم يعيش به وعيش له متخذاً إياه دوراً يهدي به الأجيال إلى طريق الحق والعزة والانعتاق متمما رسالة الأنبياء في التبليغ، وإجلاء الحقائق وخدمتها، مؤدياً بذلك الأمانة الملقاة على عاتقه بكل صدق وصبر، لم يثره قول حاسد ولا افتراء مفتر، وها هو ينتقل باحثاً عن مواطن الرباط ليشد إليها رحاله مترفعاً عن مكاسب الدنيا الفانية ومتاعها الزائل. هذا العالم المجاهد الذي أبى عليه تواضعه حب الظهور، وشرفه شراء المناصب وكرامته التمسح بأصحاب الجاه والسلطان، كان علينا أن نعترف بفضل هذه الشخصية التي اطلقت من ربوع العراق في ربيع عمرها لتحط رحالها في خريفه في اليمن السعيد، بين هاتين المرحلتين وعلى امتداد أربعة وثمانين سنة بجميع تقلباتها في الدراسة والمناصب، تطلع على حياته وأعماله ومؤلفاته، لتلفت انتباه أجيال الأمة كي تنهل من علمه وتتشرب من أخلاقه وإخلاصه. فمن هو الدكتور عبد الركيم زيدان؟ ولد الدكتور عبد الكريم زيدان بهيج العاني ببغداد سنة 1917 ونشأ فيها وتدرج. تعلم قراءة القرآن الكريم في مكاتب تعليم القرآن الأهلية. أكمل دراسته الابتدائية والثانوية في الجامعة ببغداد حيث درس الحقوق وتخرج فيها. ثم التحق بعد ذلك بمعهد الشريعة الإسلامية من جامعة القاهرة وتخرج سنة 1962 برتبة الشرف الأولى. تخصص الدكتور عبد الكريم في الفقه الإسلامي واطلع على مراجعه المهمة وبخاصة كتب شيخ الإسلام ابن تيمية وتلميذه ابن القيم الجوزية، كما دارس وناقش شيخ العلم في مسائل فقهية عديدة قبل وبعد التحاقه بمعهد الشريعة الإسلامية بجامعة القاهرة. وقد تنقل بين مناصب عدة في العراق وخارجها. تولى أستاذية الشريعة الإسلامية ورئيس قسمها بكلية الحقوق، ثم أستاد الشريعة الإسلامية ورئيس قسم الدين بكلية الآداب جامعة بغداد سابقاً. كما تولى أستاذية الشريعة الإسلامية بكلية الدراسات الإسلامية ببغداد. تولى عمادة هذه الكلية كذلك وهو الآن أستاذ الشريعة الإسلامية بقسم الدراسات الإسلامية ودراسة الماجستير بجامعة صنعاء وبغداد. نشاطاته: شارك في العديد من المؤتمرات والندوات الفقهية ولا يزال. ولعل أهم ما يميز فكر هذا الرجل تمكنه من اختصاصين علميين، الحقوق والشريعة الإسلامية بل وبراعة التعامل معهما لذا فقد قام بإلغاء محاضرات في أسبوع الفقه الإسلامي في دولة الكويت في الستينات. ـ كما استكتب في بعض المواضيع في موسوعة الفقه الإسلامية بدولة الكويت كذلك في الستينات. شارك في الحلقة الثالثة للقانون والعلوم السياسية المنعقدة سنة 1969م ببغداد برعاية جامعة الدول العربية حيث ألقى بحثاً في القانون الدولي العام في الشريعة الإسلامية. ـ اختير عضواً في مجلس أمناء الجامعة الإسلامية في المدينة المنورة في السبعينات. ـ شارك في أسبوع الفقه الإسلامي في الرياض أوائل السبعينات وألقى محاضرة فيه. ـ شارك في أسبوع الفقه الإسلامي بدولة قطر سنة 1995 ـ 1996. ـ إضافة إلى إشرافه على رسائل الماجستير والدكتوراه في جامعتي بغداد وصنعاء فإنه عضو في مجلس المجتمع الفقهي الإسلامي التابع لرابطة العالم الإسلامي في مكة المكرمة، مما يظهر طول باعه في هذا المجال وأهمية حضوره. وهو عضو في لجنة تحكيم لنيل جائزة المرحوم هائل سعيد للعلوم والآداب. وقد نال جائزة الملك فيصل على أثر ظهور كتابه «الموسوعة» المفصل في أحكام المرأة والبيت المسلم تناول فيه الفقه على المذاهب الإسلامية المتعددة أورده في أحد عشر مجلداً. والمتتبع لإنتاجه العلمي يرى أهمية المواضيع المطروحة، كمقارنة الأحكام الشرعية بالأحكام الوضعية في كتابه نظرات في الشريعة الإسلامية مقارنة بالأحكام الوضعية، ثم كتابه المهم السنن الإلهية في الأمم والأفراد والجماعات التي أبرز فيه آثار البطر والكفر بنعم الله والظلم والفسق على دمار الأمم ويأتي ذلك كتنبيه لهذه الأمة مما وقعت فيه الأمم الغابرة التي استحقت غضب الله. وتجد الإشارة إلى العمل الفكري الذي تناول به مواضعيه حيث أخرج الكثير من مواضيع الفقه من نطاق التجميع إلى ساحة الإبداع وفضائه الرحب مستلهماً روح المعاصرة ومستفيداً من سعة اطلاعه على الأحكام الوضعية ساعده على فضح عوارها وعجزها عن الإحاطة بالقضايا البشرية المعقدة المتغيرة وأظهر من خلال ذلك بالحجة والبرهان عظمة التشريع الإسلامي في كل المجالات في مجال حقوق الأفراد يراجع كتابه «الفد والدولة في الشريعة الإسلامية» وأحكام الذميين والمستأمنين في دار الإسلام وفي مجال العلاقات الدولية وغيرها.

Tuesday, May 19, 2009

Amanat 13 Mei Mursyidul Am

BISMILLAHIR RAHMAANIR RAHIIM
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami (Allah) telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan keturunan, supaya kamu saling berkenalan (dan beramah mesra diantara satu sama lain). Sesungguhnya orang yang paling mulia dari kalangan kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa dari kalangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan (akan keadaan dan amalan kamu).” (Surah Al-Hujurat: Ayat 13). Dengan perkembangan-perkembangan laporan semasa di pelbagai segmen kehidupan baik luar negara mahupun dalam negeri, yang sejak akhir-akhir ini lebih banyak menimbulkan kerisauan, berbanding dengan berita, khabar dan harapan yang lega untuk kita semua, saya seolah-olah dapat merasakan betapa rakyat kita sudah semakin berada dalam rasa resah, ketidak tentuan dan serba salah.
Mereka bukan tidak ada sebuah kerajaan atau tidak ada pemimpin tetapi apalah daya mereka apabila mereka tidak lagi terasa yang kehidupan mereka dilindungi. Apa yang ada di carta semak “harapan sebuah kebahagiaan” yang dijanjikan untuk diri, keluarga, agama dan negara mereka; hampir semuanya kabur dan sedang berada dalam suasana yang cukup berkecamuk.Walaupun di sana terdapat banyak masjid yang indah-indah, teks khutbah, janji, piagam, lagu patriotik dan ikrar yang dilaung dan digantung di mana-mana tetapi ia sekadar deklarasi-deklarasi kosong yang tiada roh. Ini kerana ia kehilangan kejujuran.
Ia ketiadaan berkat kerana ia tidak diseru atas hasrat ikhlas untuk benar-benar memelihara adab dan agama, demokrasi dan keamanan serta perpaduan dan kesejahteraan. Dalam banyak kes dan contoh, apa yang rakyat lihat cumalah drama dan silap mata untuk songlap kepentingan awam menjadi milik kroni bagi pihak proksi dan rakan kongsi untuk tujuan-tujuan persendirian.Diatas nama mahukan politik yang stabil demi memperkukuhkan ekonomi negara, pengukuhan kerajaan telah dilakukan melalui projek-projek pembangunan. Dari situlah bermulanya ketirisan, pembaziran, rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Mereka yang memegang amanah, telah mengkhianati amanah.
Contoh tipikal ialah apa yang telah dan sedang berlaku di Perak sekarang. Maka, jadilah banyak slogan yang baik-baik itu menjadi motto kosong yang tidak memberi apa-apa kesan dan harapan pemulihan. Selaras dengan ini, jika tarikh 13 Mei sebelum ini sering dirujuk kepada tragedi buruk yang menghitamkan sejarah perpaduan kaum di negara kita maka saya kira tanggal 13 Mei untuk masa-masa ke hadapan boleh kita jadikan sebagai tanggal yang boleh mencetus momentum baru.Hari ini, 13 Mei 2009 Masehi bersamaan 18 Jamadil Awal 1430 Hijrah, izinkan saya mengajak diri saya dan seluruh rakyat Malaysia supaya kembali mencintai diri sendiri terlebih dahulu. Untuk mencintai diri demi untuk selamat di Yaumul Qiamah seperti yang sering orang Islam ulangi di setiap kali solat kita pertama-tamanya perlu sihat dan selamat terlebih dahulu.
Dari itu, kita perlu pula sentiasa berada dalam keadaan yang sentiasa tenang, tenteram dan gembira. Untuk bahagia, tenang dan gembira, tentu kita wajib hidup dalam sebuah disiplin hidup beragama. Kembalilah kepada ajaran agama dan bertaqwalah kepada Allah S.W.T; itu premis kebahagiaan yang pertama. Kedua, kita perlukan sebuah kerajaan yang betul-betul berjiwa rakyat.
Oleh kerana kita telah memilih sistem demokrasi berparlimen sebagai aliran pemerintahan dan premis hidup bernegara, maka kita perlu diberikan hak-hak sivil, kebebasan bersuara, berhimpun secara aman, menghormati prinsip pengasingan kuasa dan “rule of law and natural justice” serta segala amalan hak asasi manusia seperti yang dijamin oleh Perlembagaan.
Ini bertindak sebagai asas dan pra syarat utama bagi seluruh rakyat Malaysia. Rakyat perlu diberi atau dikembalikan semula hak-hak tersebut jika ia telah dirampas dari tangan mereka selama ini. Ketiga, setiap rakyat dari pelbagai bangsa, agama, etnik dan keturunan perlu mendapat perlindungan keselamatan dari segala gangguan jenayah ragut, rogol, rampas, bunuh, bom dan bakar yang semakin menjadi-jadi.
Selagi rakyat tidak merasa selamat dan terasa dilindungi ketika menjalani dan melaksanakan kehidupan beragama dan aktiviti mencari rezeki seharian; terasa dipelihara keselamatan mereka dari segi nyawa, maruah, air muka, tubuh badan dan harta benda dari difitnah dan dimusnah; maka selama itulah kerajaan yang bertanggungjawab tidak boleh terasa selamat.
Ini soal hak yang sangat asas. Ia menjadi hak asasi milik setiap rakyat yang wajib dipelihara, sentiasa diberi dan selamanya dihormati. Mari kita jadikan tanggal 13 Mei 2009 sebagai titik tolak perubahan ke arah memperkukuhkan suasana hidup beragama, mempereratkan persaudaraan dan muhibah serta menolak mana-mana pihak yang merosakkan perpaduan kaum dengan mencetuskan isu-isu perkauman yang bukan-bukan untuk mengaut mileage politik bagi melanjutkan hayat perjuangan mereka berasaskan semangat kebangsaan.
Kepada semua orang Islam tanpa mengira bangsa, izinkan saya berseru supaya hayatilah mesej dan roh lafaz salam “assala mu’alaikum warahmatullah” dengan sepenuhnya. Di sana ada makna persaudaraan yang sangat dalam. Bagi seluruh rakyat Malaysia pada amnya, mari kita kukuhkan ukhuwwah dalam semangat Pakatan Rakyat berbilang kaum untuk memulihkan demokrasi di Malaysia dengan menolak segala bentuk amalan kezaliman, rasuah dan ketidak adilan.
Terima kasih dan Wassalam.
NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Menteri Besar Kelantan
Merangkap Mursyidul Am PAS

Penganut Kristian Guna Kalimah ALLAH

KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, YB Dato' Ustaz Haji Mohamed Daud Al-Iraqi menjelaskan, tidak menjadi kesalahan kepada penganut Kristian dan Yahudi menggunakan kalimah 'Allah' malah ia sering digunakan oleh umat Krristian dan Yahudi sejak dari dahulu. "Cuma jika Allah itu dikaitkan dengan perbuatan dan pemujaan syirik seperti mendua atau mentigakan Tuhan, itu adalah bertentangan dengan agama dan syarak dan dilarang umat Islam mengikut serta; tetapi jika mereka merujuk Tuhan yang sama tidak mengapa," katanya ketika dihubungi Harakah.
Kontroversi berhubung penggunaan kalimah 'Allah' timbul apabila akhbar rasmi Gereja Katolik Malaysia, Herald The Catholic Weekly menggunakan perkataan 'Allah' bagi merujuk kepada 'God' dalam seksyen bahasa Melayu akhbar tersebut.
Pemilik akhbar itu juga menghadapi masalah untuk memperbaharui permit penerbitannya akibat isu tersebut. Menurut Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Dato' Johari Baharom, keputusan itu dibuat berasaskan 'kepada satu laporan yang dikemukakan kepada Bahagian Kawalan Penerbitan kementerian berkenaan.
"Herald boleh guna perkataan lain tetapi bukannya 'Allah'; itu akan mengelirukan orang ramai," Johari dipetik sebagai berkata.
Mengulas lanjut, Dato’ Mohamed berkata, ayat-ayat al-Quran turut menyatakan bahawa orang bukan Islam juga memperakui keesaan dan penciptaan dunia oleh Allah SWT termasuk menyebut kalimah Allah. Dalam pada itu, beliau menegaskan jika akhbar Herald mempunyai agenda tertentu seperti mengelirukan orang ramai bahawa Allah juga meredai agama mereka, maka itu adalah dilarang. Menurutnya, Islam mengakui Kristian dan Yahudi adalah agama langit (samawi) tetapi setelah Islam dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w., ajarannya memansuhkan agama-agama samawi sebelumnya.
Akhbar terbabit sebelum ini pernah menyelitkan sebuah rencana di seksyen bahasa Melayu pada Mei lalu di bawah tajuk "Kasih Allah: Tidak membeza-bezakan" di muka surat 23 yang dilihat cuba mempengaruhi orang Melayu yang beragama Islam terutama golongan remaja. Herald diterbitkan oleh The Archbishop of Kuala Lumpur bagi pihak The Bishops of Peninsular Malaysia, yang beralamat di Petaling Jaya.
KUALA LUMPUR, 16 Mei (Hrkh) - Majlis Syura Ulama PAS menyerahkan kebijaksanaan pewakilan dalam muktamar nanti untuk membuat pilihan memilih pucuk pimpinan yang bersesuaian dengan keputusan Muktamar pada Oktober 1982. Muktamar 1982 itu telah memutuskan dengan jelas dan nyata bahawa PAS melaksanakan dasar kepimpinan ulama dalam menerajui PAS.
Majlis Syura Ulama PAS yang bermesyuarat pada 10 Mei lalu yang dihadiri seluruh ahli syura memperincikan keluhan dan rasa tidak puas hati sama ada melalui akhbar atau 'blog'. Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din berkata, keputusan muktamar itu telah digunapakai tanpa sebarang masalah dan dihayati dengan teguh dan patuh.
Maka ketika itu Presiden PAS ialah seorang ulama, iaitu Almarhum Yusuf Rawa dan timbalannya pula adalah Almarhum Dato' Fadhil Noor. Jelasnya, apabila Fadhil Noor ditabalkan menjadi Presiden pula maka Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi menjadi timbalannya.
"Manakala selepas Hadi naik menjadi peneraju utama maka Ustaz Hassan Shukri pula menjadi timbalannya dan kemudian bertukar kepada Ustaz Nasaruddin Mat Isa hingga sekarang.
"Itulah mantapnya kepimpinan ulama yang diterima pakai hingga sekarang," tegas Haron Din ketika dihubungi Harakahdaily baru-baru ini.
Beliau juga yakin seluruh ahli PAS memahami prinsip itu dan tidak ada kegusaran kerana mereka akur kepada muktamar. Jelasnya, selagi muktamar tidak ubah keputusannya maka selama itulah PAS akan terus diterajui kepimpinan ulama. Bagaimanapun, beliau kesal dengan propaganda oleh media arus perdana yang memainkan isu dalaman PAS dan melaga-lagakan antara ulama dengan profesional.
Katanya, laporan media kerajaan seolah-olah menggambarkan ada pergolakan dalaman PAS dengan merebut jawatan yang dilihat sebagai suatu kurang sihat. "Mungkin mereka (media) terpengaruh dengan politik Umno yang telah begitu parah dalam persaingan merebut jawatan. "Maka akhbar yang dipunyai Umno ini seolah-olah sengaja untuk menggambarkan kemelut politik yang ada dalam PAS, sehingga sebahagian pimpinan PAS yang terheret ke dalam kencah itu lalu membuat komen seperti ada pertarungan dalaman merebut jawatan," jelas beliau. Tambah Haron, modal asas media arus perdana ini adalah pertembungan antara ulama dengan profesional.
Mengulas Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) yang akan memantau pemilihan PAS, Haron berkata badan itu perlu bukti yang kukuh jika benar ada unsur-unsur rasuah. Apa yang membimbangkan kata beliau, 'penyakit' rasuah dalam Umno cuba hendak dipalitkan ke dalam PAS.
"Keadaan ini seolah-olah hendak menggambarkan bukan sahaja Umno berpolitik wang malah PAS pun sedemikian," katanya. Justeru, tegas beliau selagi tidak ada bukti nyata yang dapat diketengahkan perkara ini PAS menganggap unsur itu tidak wujud.

25 tahun menilai kepimpinan ulama

Semenjak dasarnya menjadi tunjang parti 25 tahun lalu, pelbagai pahit-maung dilalui di samping mengecapi kejayaan silih berganti. Ketua Pengarang Harakah AHMAD LUTFI OTHMAN, Penolong Pengarang Harakahdaily AZAMIN AMIN dan Jurugambar WAN ZAHARI WAN SALLEH menemui Timbalan Mursyidul Am PAS Dato' Dr Haron Din di kediamannya 27 April lalu bagi menyorot kembali sejarah awal era kepimpinan ulama yang telah membawa PAS ke persada politik negara dan dihormati di mata dunia, serta cabaran yang mendepaninya. HARAKAH: Era kepimpinan ulama dalam PAS sudah menjangkau 25, satu usia yang boleh dikira matang. Boleh Dato' jelaskan secara umum pengertian kepimpinan ulama itu?
DR HARON DIN: Sejak PAs ditubuhkan tahun 1951, ia sebuah parti Islam yang tujuan utamanya untuk melaksanakan tuntutan Allah bagi mengislamkan masyarakat dan negara. Motto besar ketika itu, PAS ingin menegakkan sebuah negara Islam.Sesuai dengan nama, dasar dan matlamat, maka PAS dari awal dipimpin oleh ulama, bermula Almarhum Haji Ahmad Fuad daripada Bukit Mertajam. Pemangkin perjuangan ketika itu terdiri daripada ulama-ulama tanahair yang sejak dari awal dan sudah ada dalam Dewan Ulama PAS, termasuk Haji Ahmad Pahim dan Haji Ahmad Badawi.
Masyarakat pada awalnya sudah memahami bahawa PAS dipimpin oleh ulama-ulama yang berwibawa sehinggalah berlaku sedikit perubahan apabila PAS terpaksa dipimpin oleh Almarhum Dr Abbas Alias daripada kalangan profesional dan kemudiannya Almarhum Dato' Asri Muda. Seolah-olah memperlihatkan PAS tidak semestinya dipimpin oleh ulama tetapi juga boleh di kalangan profesional.
Sehinggalah Muktamar Tahunan 1983 membuat satu ketetapan, PAS mestilah menggariskan dengan jelas, ia mesti berdasarkan kepimpinan ulama.Peruntukan baru Majlis Syura Ulama dimasukkan dalam perlembagaan, dengan kriteria khusus keanggotaan syura ulama. Difahami secara umum dan secara spontan bahawa kepimpinan tertinggi PAS disandang oleh orang-orang yang diterima dalam PAS sebagai ulama.
Sepanjang 25 tahun ini, apakah pencapaian dalam era kepimpinan ulama?
Kepimpinan ulama PAS sudah menjangkau suku abad, satu tempoh yang tidak pendek dan tidak terlalu panjang untuk dinilai semula pencapaiannnya. Saya melihat sejak daripada era kepimpinan ulama, pencapaian besar perjuangan yang diletakkan atas landasan Islam bagi menuju matlamat, keagungan Islam dan memartabatkannya menjadi perjuangan yang memikat hati majoriti umat Islam di negara iniAntara hasilnya, bermula pada 1990, PAS menang di Kelantan, dan sampai kini terus memerintah.
Kemudiannya kita menang di Terengganu untuk satu penggal dan menjadi pembangkang yang kuat di Parlimen. Tiba-tiba dalam 2008, apabila 'swing' besar berlaku, kita dapat sokongan daripada bukan Islam. Kecenderungan ini mula nampak beberapa ketika sebelum pilihan raya lagi apabila kita berjaya menubuhkan Kelab Penyokong PAS kepada bukan Islam.
Keanggotaannya bertambah dengan pesat sekali. Ini bukan retorik sokongan tetapi ia berkaya diterjemahakan oleh bukan Islam dalam pilihan raya umum dan pilihan raya kecil selepas itu.Dominasi majoriti dua pertiga BN berjaya dinafikan. Dengan izin Allah jua, hitungan politik yang dulunya kita rasa mustahil, misalnya untuk Pakatan menguasai negeri-negeri seperti Selangor, Perak dan Pulau Pinang, kini jadi realiti.
Tiba pilihan raya kecil Permatang Pauh, Pakatan bukan menang sahaja tetapi majoritinya lebih tinggi daripada undi Umno-BN.Di Kuala Terengganu, senario terbalik. Permatang Pauh memang kawasan kubu KeADILan tetapi Kuala Terengganu kawasan Umno-BN. Usahanya untuk tebus balik juga cukup besar. Belanjanya besar dan harapan dia menang juga besar.Tetapi apa yang berlaku, rakyat terus tolak BN, dan beri kemenangan besar kepada calon PAS.
Kemudian urutan selepas itu, pencapaian semakin berlanjutan apabila Pakatan menang, juga dengan majoriti lebih besar di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Dengan pencapaian Pakatan Rakyat itu, siang-siang lagi di Dun Penanti, Umno sudah membuat pengisytiharaan bahawa Umno kemungkinan tidak menyertai pilihan raya kecil kali ini.Mana mungkin dalam politik dunia, sebuah parti memerintah yang ada semua kekuatan, jenteranya, wang, kemudahan kerajaan dan media siang-siang lagi mengaku kalah.
Pilihan raya pertama yang dihadapi saf kepimpinan ulama ialah pada 1986, Namun, pencapaiannya cukup menguji era kepimpinan ulama apabila ia menjadi antara pilihan raya terburuk kepada PAS, apabila sekadar menang satu kerusi Parlimen manakala Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat juga kalah di Bachok dan kita tidak berupaya menawan Kelantan. Apakah itu menandakan era kepimpinan politik tidak diterima rakyat?
Sepanjang sejarah politik negara, PAS masuk bertanding dan menang kali pertama satu kerusi di Kerian, Perak pada 1955 iaitu melalui Tuan Haji Ahmad Tuan Husin dan sampailah kepada era kepimpinan ulama. Pengaruh PAS tidak berubah dalam keadaan namanya parti Islam dan kepimpinan ulama di peringkat awal bukan menjadi satu faktor utama untuk mengubah tanggapan terhadap PAS.
Berbanding dengan pengaruh isu-isu pembangunan, pembasmian kemiskinan dan konflik kaum yang tercetus pada Mei 1969 yang membawa sehingga 1986.Kita lihat kempen-kempen melampau memburuk-burukkan PAS yang menonjol dalam seluruh media massa untuk mengajak masyarakat menolak PAS. Kita sedia menerima kekalahan jika ia berdasarkan kelemahan kita.
Soalnya, sejauh mana proses pilihan raya itu bebas dan adil bagi maksud ketelusan dan kejujuran dalam mengendalikan pilihan. Umpamanya, kenapa Suruhajaya Pilihan Raya (SPR) masih membuat keputusan dan dasar yang mengundang tafsiran negatif umum? Apa perlunya undi pos dalam suasana yang mereka juga boleh mengundi macam orang lain?
Kenapa tidak boleh hantar wakil parti untuk memantau dan melihat proses undi pos yang berjalan di pusat-pusat pengundian seperti di Bukit Aman, Mindef?
Sekiranya atas faktor keselamatan dan orang awam tidak boleh masuk, maka orang kampung saya pun boleh jawab, tidakkah di kawasan-kawasan sebegitu, orang awam juga boleh jual ikan, akhbar, dan barang-barang runcit. kawasan keselamatan?
Lagi satu, kenapa undi tidak dibilang pada hari mengundi, yang boleh disaksikan wakil yang bertanding dan dicatat jumlahnya sahaja? Kenapa perlu undi itu disimpan sehingga tiga hari?
Soalan-soalan yang timbul, termasuk pengundi hantu hanya membayangkan proses pilihan raya itu sebenarnya tidak bebas dan adil.Selain itu, perubahan sebuah kepimpinan tidak boleh dilihat dan diterima orang seperti "mee segera". Ia perlu masa untuk difahami dan perlu masa untuk melihat perubahan yang berlaku dalam sesuatu kepimpinan.
PAS ambil masa sehinggalah tahun 1990 apabila Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dan PAS menang di Kelantan.Itu kita lihat ada keberkesanan dalam era kepimpinan ulama. Oleh kerana itulah, diletakkan Tuan Guru sebagai Menteri Besar Kelantan. Selepas itu rakyat Kelantan terus menerus memberi sokongan kepada PAS dan Angkatan, kemudiannya Pakatan Rakyat, walaupun pernah pada 2004, PAS hanya menang majoriti satu kerusi sahaja.Semua ini dapatlah kita kaitkan sebagai suatu mesej penerimaan masyarakat kepada kepimpinan ulama dalam PAS. Ada pihak berpandangan era kepimpinan ulama bukannya disebabkan kesedaran dalaman PAS tetapi berpunca daripada usaha untuk menggantikan kepimpinan Dato' Asri Muda, dan pengaruh luar revolusi Islam Iran berbanding usaha ingin memartabatkan kepimpinan ulama itu sendiri.
Ketika itu memang kebangkitan Islam berlaku dengan jelas di seluruh dunia, dimulai dengan Ayatullah Khomeni menggantikan Shah Iran, seterusnya berlaku kejayaan Islam di beberapa negara Timur Tengah. Ombak kesedaran Islam itu semakin besar dan sampai juga ke Malaysia. Bagaimanapun, ia tentunya tidak berlaku secara tiba-tiba. Ada semacam 'paid up capital' atau modal berbayar yang mencetuskan era kepimpinan ulama.Pada tahun 1975, saya terlibat secara langsung dengan PAS, ketika itu masih lagi pensyarah di salah sebuah Universiti tempatan.
Saya dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan mendapat undian terbanyak.Selepas itu, saya dan Yang Dipertua PAS, Dato' Asri Muda berkempen dan berceramah di seluruh negara. Kami ke mana-mana bersama. Haji Subky Abdul Latif pernah menulis dalam sebuah bukunya bahawa antara memimpin yang wajar memimpin PAS selepas Dato' Asri ialah, dua orang iaitu, saya dan Dr Sanusi Daeng Mariok.
Maknanya telah tergambar kepada ahli PAS ketika itu bahawa perlunya ada perubahan dalam PAS dan ia mestilah berteraskan kepada kepimpinan ulama.Itu tanda kesedaran bahawa mereka yang mendalami agama, yang mahir dan arif dalam agama atau dengan bahasa mudahnya ulama, merupakan golongan yang selayaknya memimpin PAS.
Akhirnya selepas itu Almarhum Haji Yusof Rawa yang juga seoarang ulama mdipilih memimpin PAS.Suka saya tegaskan bahawa perubahan yang berlaku itu bukanlah kerana terikut-ikut tetapi sebagai landasan bahawa PAS memperjuangkan Islam sebagai satu cara hidup yang wajar dipimpin oleh ulama.
Berbanding Iran atau negara-negara Timur Tengah yang menyaksikan kemenangan Islam, komposisi penduduk Malaysia jauh lebih mencabar dan kompleks.
Dalam suasana seperti itu, bagaimanakah PAS berjaya menonjolkan kepimpinan ulama dan perjuangan Islamnya sehingga mutakhir ini golongan bukan Islam turut menyokong dan tertubuhnya Kelab Penyokong PAS?
Iklim politik Malaysia tidak boleh disamakan atau dibandingkan dengan komposisi di Iran yang majoritinya Syiah, atau di Algeria, Mesir dan Kuwait. Mereka lebih mudah untuk menampilkan kepimpinan ulama dan menterjemahkan Islam berbanding kita. Mereka berbangsa Arab dan faham bahasa al-Quran dengan mudah.
Dilema yang bermain di kepala saya sejak menjadi ahli PAS ketika di bangku pengajian lagi, adalah bagaimana PAS boleh merancang gerak kerja dengan berkesan sedangkan umat Islam hanya ada sekitar 50 peratus sahaja, malah itu pun berpecah-pecah.Sebenarnya perjuangan Islam ini harus dilihat daripada sejarah. Islam itu bermula daripada seorang iaitu Rasulullah s.a.w. Baginda berjuang seorang diri kemudian diikuti oleh golongan mustadafin.
Di tengah-tengah 'kemustahilan' itu, Allah bantu Nabi dan pejuang-pejuang agamanya walaupun ketika itu pihak musyrikin mahu membunuh Nabi dan pengikutnya. Ketika itu di Makkah hanya ada berbelas-belas orang Islam sahaja yang berbaih dengan Nabi. Dengan kuasa Allah, ketika Nabi sampai di Madinah, beratus-ratus orang menyambutnya dan dalam masa singkat, Madinah diperintah oleh Islam. Itu bukti sejarah.
Justeru, kita tetap yakin perjuangkan Islam dan Allah sudah berjanji, jika kita ikhlas, Allah akan membantu kita.Dalam pilihan raya Mac 2008, saya hampir tidak percaya bahawa kita akan menguasai lima negeri dan dapat menafikan majoriti dua pertiga BN di Parlimen, malah hingga kini keahlian Kelab Penyokong PAS hampir mencecah 100,000 daripada orang bukan Islam, suatu perkara yang tak pernah dibayangkan dulu.
Ketika saya berkampung berkempen di Bukit Gantang, saya melihat satu fenomena yang belum pernah saya lihat sebelum ini. Orang Cina dan India pegang bendera dan sepanduk PAS, malah anak-anak mereka melilit kepala dengan lilitan slogan PAS sambil berarak semasa hari penamaan calon. Saya tersentuh dan terkejut, apabila ada seorang Cina peluk saya sambil beri sebotol air minuman. Ia tak pernah berlaku sebelum ini.
Begitu juga dengan cerita kawan-kawan saya yang kebetulan ahli Umno. Mereka menyamar dan pergi ke kawasan hulu kampung Cina di Bukit Gantang. Sampai di hujung jalan mati, mereka lihat rumah-rumah orang Cina dipenuhi dengan bendera dan kain rentang PAS.Tiba-tiba keluar seorang Cina, bertanya kepada mereka: "You orang mana?"
Untuk 'menyelamatkan diri' dan tidak mahu dikenali sebagai penyokong Umno, mereka pun menjawab: "Kami orang Bulan." Apa lagi sambil menunjukkan isyarat tangan tanda bagus, orang Cina memanggil lebih ramai lagi kawan-kawan dan jiran tetangga untuk meraikan ahli Umno yang menyamar sebagai penyokong PAS tadi.
Kata kawan saya itu, kalau beginilah keadaanya, memang sah hancurlah Umno selepas ini! (Ketawa)Ya, orang yang menjauhi Islam dahulu akhirnya kini baik kepada Islam. Yang penting kita perlu ikhlas berjuang kerana Islam dan bukan kerana dunia.Ayat al-Quran ada menyebut, yang maksudnya, "Sekiranya kamu berjuang untuk tegak nama Allah, Allah janji tolong kamu dan menangkan kamu."
Ini jawapan Allah kepada golongan yang menyokong Islam dan ini hakikat yang bukan atas daya kita tetapi pertolongan Allah semata-mata.Bayangkan, dalam keadaan kita tidak punya media bersifat .
Harakah adalah untuk ahli PAS sahaja dan bukan Islam tidak boleh beli Harakah sebab mereka bukan ahli PAS, itu syarat dan sekatan kerajaan. Jadi bagaimana mesej Islam dan boleh sampai seruan kepada mereka ini jika ianya bukan datangnya daripada Allah SWT?
Walaupun PAS mempunyai saf dan teras kepimpinan ulama namun parti ini tidak pernah mengenepikan golongan profesional dan kedua-duanya dilihat cukup intim dalam usaha untuk melaksanakan perjuangan Islam yang sebenarnya. Boleh Dato' ulas gabung jalin kepimpinan ulama dan profesional ini dalam PAS?
PAS bukanlah parti yang dikongkong oleh ulama malah disokong oleh gabung-jalin yang rapat dengan tenaga profesional. Ulama boleh bergandingan dengan sesiapa sahaja serta sentiasa bantu-membantu di antara satu sama lain.Kepimpinan ulama hanyalah satu arah tuju yang kita nampak sebagai pengemudi parti.
Ulama laksana juruterbang yang mambawa kapal terbang atau nahkoda bagi sebuah kapal. Namun ia bukan kerja dia seorang tetapi beserta kakitangannya yang lain. Hal ehwal penumpang, kebajikan, keselamatan diuruskan oleh yang bukan 'pilot'. Kesinambungan itu yang membuatkan sesuatu perjalanan menjadi lancar.
Analogi itu ada di dalam PAS. Begitu juga seperti sejarah peperangan. Ada yang hebat berjuang dan ke depan. Nabi Muhammad mengetuai peperangan tetapi tidak pernah sekali pun membunuh. Begitu juga ada yang diperintahkan Nabi tetapi Nabi sendiri tidak pernah lakukan seperti azan dan qamat, sesuai dengan dirinya yang sentiasa jadi imam.
Ada ketika Nabi pernah perintah pasukan tentera Islam berkhemah tetapi ditegur oleh pakar perang bahawa kawasan itu tidak sesuai kerana jauh daripada air, dekat dengan laluan angin dan mengadap pancaran matahari. Nabi bersetuju dan pindah tempat lain. Itu menandakan, dalam perang masing-masing ada kepakarannya. Ada yang hebat menombak, memanah dan ada yang hebat berdakwah.Begitu juga dalam PAS, masing-masing ada kelebihannya dan saling tampung-menampung.
Oleh itu kelangsungan kepimpinan ulama mestilah diteruskan. Gandingan dengan tenaga profesional harus terus dimantapkan. PAS dengan parti lawan kita juga berbeza. Parti mereka pentingkan keduniaan, catur politiknya juga dunia dan modal besar serta janji mereka juga adalah dunia seperti pembangunan dan penambahan dari segi material.
Untuk berdepan dan menyaingi mereka, kita perlukan bukan sahaja ulama, tetapi juga tenaga dan buah fikiran golongan profesional untuk memantapkan parti dan bergerak memastikan kejayaan perjuangan Islam ini.Beza yang jelas dan nyata secara khusus ialah, kita PAS berjuang untuk ukhrawi (akhirat) dan juga duniawi (dunia).
Dan untuk itu gabungan ini mestilah sentiasa mantap.Mesti bergandingan dan tampung-menampung jika ada kebocoran dan bukannya mencari kelemahan dan mahu menjatuhkan pihak lain. Jangan parti kita jadi serupa Umno sehingga berlaku politik wang.Kesemua dalam Unno juga akui betapa politik wang menghancurkan mereka, apatah lagi kita. Jangan digunakan wang untuk memancing undi hatta beri jamuan untuk mesyuarat-mesyuarat kawasan.
Termasuk membelanjakan dan berikan wang untuk perasmian berkaitan pemilihan. Yang ini tidak pernah berlaku dalam PAS dan jangan benarkan ia menular dalam parti. Ada juga pernah timbul gagasan "mengulamakan profesional dan memprofesionalkan ulama". Boleh Dato' beri pendapat tentang hal ini.
Pernah kita tonjolkan istilah ini dengan hasrat untuk berbuat demikian. Ianya sedap didengar namun pada hakikatnya tidak semudah itu. Berapa masa yang diambil untuk jadi seorang ulama? Hatta yang mengaji pondok, lulus sarjana atau PhD, belum tentu lagi ulama. Begitu juga profesional seperti doktor, peguam, jurutera atau arkitek. Berapa lama masa yang diambil?Samakah profesional menjadi ulama atau sebaliknya? Tak mungkin sama.
Cuma yang kita mahu ialah kedua-duanya ada pengetahuan asas. Banyak membaca, mendalami ilmu dan menghafal al-Quran sehingga boleh berkata-kata seperti ulama walaupun mereka bukan ulama. Ternyata gagasan ini ada hasilnya apabila telah ada ketua-ketua kawasan, Naib-naib Presiden datang daripada golongan profesional malah AJK PAS Pusat separuh daripadanya bukan ulama.
Mereka ini boleh sebut dan petik ayat al-Quran dan Hadis. Ada golongan profesional membaca ayat-ayat al-Quran dalam ucapan, perbahasan, ceramah dan debat mereka malah ada yang boleh mengungkap kaedah fekah dengan betul dan tersusun.Begitu juga dengan "memprofesionalkan ulama".
Walaupun tidaklah menjadi seperti golongan profesional, tetapi ada ulama yang diminta menjadi penasihat-penasihat bank, ahli penasihat syariah Bank Negara, Suruhanjaya Sekuriti, Bank Muamalat, RHB. Dan ada ulama yang menduduki jawatan dalam badan-badan profesional.
Ternyata, ilmu perbankan atau hal ehwal profesional perlu ada pada seseorang ulama sebelum mereka diberi kepercayaan menjadi penasihat dan ini telah terbukti bahawa ulama juga boleh menjadi profesional tetapi ia tetap tidak sama dengan profesional yang sebenarnya dan begitu juga sebaliknya.Yang pasti, gabung-jalin ini mesti diteruskan dan gagasan ini perlu dimantapkan demi kelangsungan perjuangan PAS itu sendiri.
Sebagai Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' dilihat mempunyai keupayaan untuk melihat, jika ada, kegagalan dalam memahami gagasan kepimpinan ulama dan gabung-jalin kedua-dua golongan agar segala salah faham dapat dihindari.
Apabila berhadapan dengan soal pemilihan, pelbagai persoalan berbangkit terutama jika membincangkan isu kepimpinan ulama. Kita perlu sedar bahawa dasar kepimpinan ulama dibuat bukan untuk kepentingan sesiapa tetapi merupakan keperluan dalam perjuangan Islam. Wujud juga tafsiran yang sengaja atau mungkin tidak faham dengan perjuangan PAS apabila kepimpinan ulama mahu ditukar kepada kepimpinan Islam.Istilah itu tidak berlawanan jika kepimpinan Islam berteraskan ulama namun jika pemimpin yang memimpin adalah Islam sahaja, maka tafsirannya terlalu luas.
Seolah-olah, sesiapa sahaja boleh memimpin PAS asalkan dia itu Islam. Itu konteks yang luas dan boleh mengundang pelbagai hujah dan fitnah. Tetapi jika yang memimpin PAS itu adalah ulama, maka ada 'limitation' dan hadnya supaya ada ciri-ciri serta kriteria tertentu untuk menjadi pemimpin tertinggi parti Islam ini.Islam itu adalah agama yang mudah, maka diperluaskan tetapi jika ia luas sangat, maka sempitkan.
Jika kita letak landasan kepimpinan ulama maka ianya "tidaklah luas atau tidaklah sempit sangat".Pemimpin dalam Islam adalah imam, ia umpama analogi dalam solat di mana ada makmun di belakangnya. Dan ada doa yang menjelaskan ciri kepimpinan itu tadi iaitu: "Ya Allah, jadikanlah kami pemimpin bagi orang yang bertakwa."
Justeru, dalam hal bertakwa juga mempunyai peringkat-peringkat tertentu dan yang dipilih ialah yang tinggi takwanya. Lazimnya ulama mempunyai ciri-ciri ini.Nabi Muhammad adalah pemimpin dan juga imam. Ada ketika baginda khusyuk solat sampai mengerjakan Maghrib empat rakaat tetapi kemudiannya ditegur makmun. Rasullulah s.a.w. akur dan menunaikan sujud sahwi. Begitu juga dengan hal peperangan, baginda sentiasa menerima pandangan daripada sahabat yang arif berperang. Itu bukan kesilapan tetapi petunjuk ringkas daripada Rasullulah bahawa pemimpin boleh ditegur, dibantu dan diberi pandangan.
Begitu juga dalam PAS. Kelemahan kepimpinan ulama bukan untuk diperbesarkan tetapi mesti diperbetulkan. Kita kena ingat, semua orang mempunyai kelemahan dan sewajarnya ditampung bersama. Adakah dengan menukar kepimpinan maka kelemahan dan kesilapan tidak akan wujud sama sekali?
Tunjukkan di mana kesilapan kepimpinan ulama, dan apakah selepas mereka ditegur, segala teguran itu tidak diikut? Media, blog dan internet sepatutnya berlaku adil kepada kepimpinan ulama jika berlaku kelemahan ataupun salah faham. Boleh buat pertemuan, berjumpa sebelum membuat sebarang kesimpulan.
Saya lihat ada keterbukaan kepada kepimpinan ulama kita, mereka tidak mempunyai sebarang halangan untuk kita bersua dan mendapatkan penjelasan. Mereka sedia bertemu dan berbincang demi untuk kukuhkan parti sekali gus memantapkan perjuangan Islam yang menjadi dasar dan teras PAS selama ini.